MODUL FASILITATOR SAHABAT PPDa BERSAMA PETRONAS

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 40

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS

Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

1. Pengenalan

Program Sahabat PPDa-Petronas adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran


Malaysia dan Petronas untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam
pendidikan pencegahan dadah. Untuk tujuan tersebut 100 orang pemimpin-
pelajar akan dilatih sebagai fasilitator bagi mengendalikan program Orientasi
Sahabat PPDa-Petronas yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah
menengah dan rendah.

2. Matlamat

Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran membimbing dan memudahcara


dan mampu menggunakan kemahiran tersebut untuk membimbing peserta
-peserta Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah lainnya bagi mencapai visi Sekolah Bebas Dadah Menjelang
Tahun 2012.

3. Objektif

Pada akhir program peserta-peserta :

1. memiliki pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan


fasilitator yang baik.
2. memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator
yang baik.
3. mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan
PPDa lainnya dengan berkesan.

4. Sasaran & Jumlah Peserta


1. Pemimpin pelajar sekolah menengah ( Tkn 3 hingga 6 )
2. Pemimpin murid sekolah rendah ( Thn 5 dan 6 )
3. Bilangan peserta : 50 lelaki + 50 perempuan

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 1


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

5. Jangkamasa Latihan
3 hari 2 malam ( 2 hari )

6. Tentatif Program
( Rujuk jadual )

7. Tempat
Dewan dan tempat terbuka

8. Pengisian
1. Suai kenal
2. Kemahiran Kepimpinan
- Potensi diri
- Berfikir positif
- Ciri-ciri pemimpin yang baik
3. Kemahiran Interpersonal
- kemahiran mendengar
- kemahiran melayan
- kemahiran membimbing
4. Kemahiran asertif
5. Kemahiran berucap
- pengacaraan majlis
6. Nafas segar dan Riadah
7. Moral dan Kerohanian
8. Rumusan dan penilaian
9. Pensijilan dan penutupan.

9. Pendekatan
1. Taklimat
2. LDK
3. Main peranan
4. Aktiviti kaunseling
5. Ceramah
6. Latihan fizikal

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 2


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

10. Modul Latihan

10.1 SLOT 1 : SUAI KENAL

1. AKTIVITI TANGAN
(a) Angkat tangan (P) & (L) – 1 tangan – 2 tangan , kira 10 hingga
:konsep adil.
(b) Kira tepukan (P) & (L)– 1,2,3,4,5,6.......
(c) Angkat tangan (P) – cium tangan
Angkat tangan (L) – cium tangan

2. PERTANDINGAN BOLA
2 kumpulan –lelaki & perempuan
(L)- Manchester (P) – Chelsea
Fasi memberi arahan berdasarkan tangan dan peserta dikehendaki
bertindak berdasarkan gerakan tangan fasi.
Dahi–(P) alamak (L) – Ayoyo
Gol –kaki ( fasillitator )
Fasi memberi arahan dengan menggabungkan gerakan tangan dan juga
kaki fasilitator.

3. SESI MENGURUT
Kumpulan dibahagikan kepada 6 kumpulan ( 2 kumpulan perempuan dan
4 kumpulan lelaki)
(a) urut gaya ahli sukan
Peserta belakang mengurut orang hadapan
Dimulakan dengan urutan yang kuat dan diikuti pula dengan urutan yang
lembut.
(b) tangan letak atas bahu- urut dengan kuat diikuti dengan urut kasih
sayang
- tumbuk ahli sukan
-tumbuk kasih sayang
-karate ahli sukan
(c) ‘chop’ pinggang kawan – 6x

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 3


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

(d) urut dahi – putaran depan dan belakang


Vice versa

3. SENAMAN KASIH SAYANG


Barisan 1 mengadap B2, B3 mengadap B4 dan B5 mengadap B6
(pastikan tidak bercampur lelaki dan perempuan)
1. lutut bertemu lutut
(a) salam perkenalan
(b) cium tangan kawan berbunyi dengan mulut
(c) mata bertemu mata, pegang bahu
Geli/seronok/: normal

Kesimpulan
Aktiviti yang dijalankan tidak ada nilai jika tidak ikhlas
90% gosok – ikhlas -
- anak dan ibubapa
10% rasa ganjil – one word x pernah dibelai
Jika cium berbunyi maka akan dibalas dengan berbunyi juga
Prinsip keikhlasan samada disekolah, /rakan

4. RINGGIT MALAYSIA
Kumpulan dibentuk menjadi 4 baris ( 3baris lelaki dan 1baris perempuan)
Setiap peserta akan mendapat nilai ringgit mengikut warna.
Barisan 1 – 10 sen
Barisan 2 – 50 sen
Barisan 3 – 5 sen
Barisan 4 – 20 sen
(a) fasi memberikan arahan untuk membentuk kumpulan berdasarkan nilai-
nilai yang dikehendaki oleh fasi dalam masa 1 minit.
(b) Kumpulan yang tidak berjaya dikenakan denda
Denda bergantung kepada budibicara fasi.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 4


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

5. AKTIVITI 3S (SUKA SAMA SUKA)


1. Peserta diarahkan membentuk kumpulan berdasarkan
(a) bilangan ahli keluarga yang sama
(b) bulan kelahiran
2. Peserta dikehendaki beratur mengikut turutan umur.
Peserta diminta mengira dari no.1 hingga 6 kemudian dikehendaki
membentuk kumpulan berdasarkan nombor tersebut. Maka
terbentuklah 6 kumpulan.
3. Didalam kumpulan , peserta dikehendaki menghantar wakil yang
mempunyai
(a) badan yang paling slim
(b) badan yang paling gagah
(c) suara yang paling kuat
(d) suara yang paling manja
(e) wajah yang paling handsome
(f) wajah yang paling cun
(g)bakat untuk menggayakan lagu
Setiap aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini diberikan markah
berdasarkan pengadilan oleh fasi.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 5


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

10.2 SLOT 2 : KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Matlamat
Melatih fasilitator dalam kalangan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam
aspek kepimpinan, pengendalian kumpulan dan bijak membuat keputusan.

Objektif
1. Melahirkan fasilitator yang mempunyai potensi diri yang dapat
mengendalikan sesuatu aktiviti
2. Membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dengan pendekatan
yang lebih berkesan
3. Melahirkan kepimpinan yang mempunyai “positif thinking”.
4. Melahirkan fasilitator yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi.

Aktiviti 1 : AKU PEMIMPIN

Masa : 30 Minit

Alatan : Kertas A4, Pen

Objektif : 1. Mengetahui bahawa setiap individu ada potensi diri


2. Peserta dapat menghargai potensi diri

Langkah
1. Peserta diminta berada dalam kumpulan kecil
2. Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4 dan pen.
3. Peserta diminta menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.
4. Setiap peserta membacakan jawatan yang pernah disandang kepada ahli
kumpulannya
5. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang ahli kumpulan yang
menyandang jawatan paling banyak.
6. Peserta tersebut diminta menyatakan semula kepada semua peserta.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 6


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

7. Fasilitator meminta peserta menyatakan perasaan apabila menyatakan


jawatan-jawatan yang pernah di sandang kepada rakan-rakan

Rumusan
1. Setiap insan unik dan bernilai
2. Setiap insan yang dilahirkan adalah pemimpin.
3. Sebaik-baiknya berbanggalah dengan diri kita dan apa yang kita ada
kerana ia adalah kelebihan diri kita

Aktiviti 2 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Masa : 30 Minit

Alatan : Borang kekuatan dan kelemahan, pen

Objektif : 1. Berani mengakui kekuatan dan kelemahan diri


2. Dapat meningkat konsep kendiri

Langkah
1. Peserta berada dalam kelompok besar
2. Fasilitator mengedarkan borang kekuatan dan kelemahan kepada peserta.
3. Peserta diminta mengisi borang tersebut.
4. Beberapa peserta diminta membaca maklumat yang diisi dalam borang.
5. Fasilitator membuat rumusan.

Rumusan
1. Setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan
2. Setiap insan perlu meningkatkan kekuatan diri untuk menjadi pemimpin
yang cemerlang.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 7


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

NAMA : _________________________________________

KEKUATAN KELEMAHAN

Aktiviti 3 : AKU PEMIMPIN CEMERLANG

Masa : 30 Minit

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 8


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Alatan : Pen, kertas mahjong, kertas memo

Objektif : 1. Peserta menyedari bahawa setiap individu


mempunyai bakat kepimpinan
2. Peserta dapat menyatakan ciri-ciri pemimpin cemerlang

Langkah
1. Peserta diminta berada dalam kumpulan kecil
2. Setiap peserta diberikan sehelai kertas memo dan pen.
3. Setiap kumpulan diminta melukis gambarajah manusia di kertas mahjong
yang disediakan.
4. Peserta diminta menulis satu ciri pemimpin cemerlang yang ada dalam diri
masing-masing.
5. Setiap peserta membaca dan menjelaskan ciri kepimpinan yang telah
ditulisnya
6. Ahli kumpulan diminta bersoaljawab mengenai ciri kepimpinan tersebut.
7. Peserta diminta menampal ciri kepimpinan tersebut pada gambarajah
manusia yang telah dilukis
8. Setiap kumpulan diminta membentangkan ciri-ciri kepimpinan kepada
kelompok besar .

Rumusan
1. Setiap insan ada ciri-ciri kepimpinan dalam diri
2. Setiap insan perlu mempraktikan cirri-ciri pemimpin cemerlang dalam
setiap tugasan dan tanggungjawab.

Aktiviti 4 : KAPAL KARAM

Masa : 30 Minit

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 9


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Alatan : Lampiran ‘Kapal Karam’


Objektif : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan cepat
2 Keputusan yang dibuat mestilah tepat dan tidak terburu-
buru.
Langkah
1. Fasilitator mengedarkan lampiran ‘kapal karam kepada peserta
2. Peserta dikehendaki menyenaraikan enam orang yang perlu diselamatkan
mengikut keutamaan.
3. Setelah itu fasilitator meminta peserta menyatakan pendapat mereka
tentang penyusunan nama tersebut.
4. Peserta lain diminta memberi pendapat.

Rumusan
1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3. Keputusan yang dibuat hasil pemikiran yang tajam.

KAPAL KARAM

ORANG KAYA YANG


BUDIMAN GURU KELAS ANDA

KAWAN KARIB ADIK YANG NAKAL

PENGEDAR DADAH YANG


IBU YANG SAKIT TUA JUTAWAN

PENAGIH DADAH YANG ORANG MISKIN


INSAF
BAPA YANG TIDAK
ABANG YANG BUTA BEKERJA

10.3 SLOT 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 10


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Matlamat Pelajar perlu mengetahui kepentingan komunikasi secara


berkesan di antara individu untuk memperbaiki dan
mengeratkan perhubungan dari hasil maklumat yang jelas
dan tepat.

Objektif :
i) Pelajar akan mendapat pengetahuan bahawa sesuatu mesej
itu akan berubah apabila disalurkan melalui ramai penyampai.

ii) Pelajar dapat mengkaji dan mengenalpasti perbezaan


antara komunikasi sehala dengan komunikasi dua hala.

iii) Pelajar dapat mengetahui kepentingan komunikasi tanpa lisan


untuk menghantar dan menginterprestasikan mesej.

Aktiviti 1 : SAMPAIKAN MESEJKU

Peserta : 6 hingga 8 orang


Masa : 40 minit
Bahan : Teks mesej, kertas dan pen.

Prosedur :

1. Bahagikan kumpulan kepada 6 hingga 8 orang. Setiap kumpulan


berada dalam satu barisan pada jarak 2 meter antara satu sama
lain.

2. Peserta pertama akan diberi mesej untuk dihafal dalam masa 1


minit kemudian diminta menyampaikan mesej tersebut secara
berbisik kepada peserta kedua tanpa didengari oleh orang lain.

3. Peserta kedua bergerak menyampaikan mesej kepada rakan


peserta ketiga dan seterusnya hingga peserta terakhir.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 11


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

4. Peserta terakhir perlu menulis mesej yang diterima dari rakannya


pada sehelai kertas.

5. Bandingkan antara mesej yang terhasil oleh setiap kumpulan


dengan mesej asal.

6. Jika perlu, setiap kumpulan membuat mengenalpasti kelemahan


dan kekuatan kumpulan masing-masing.

7. Sebagai pengukuhan aktiviti ini boleh diulang dengan mesej yang


lain.

Rumusan : Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan ketelusan dalam


menyampaikan mesej supaya ketepatan mesej itu dapat
dikekalkan.

Aktiviti 2 : PERMAINAN RAJAH

Peserta : 10 orang
Masa : 40 minit
Bahan : Helaian aktiviti / rajah, sehelai kertas kosong dan sebatang
pen bagi setiap orang.
Prosedur :

1. Peserta diminta mencari pasangan dan duduk secara berdepan.


Peserta 1 diberi helaian aktiviti /rajah yang telah disediakan
manakala Peserta 2 diberi sehelai kertas kosong dan sebatang
pen.

2. Peserta 1 dikehendaki menghuraikan rajah secara lisan kepada


pasangannya. Peserta 2 dikehendaki melukis rajah tersebut pada
bahagian atas kertas kosong tanpa dibenarkan bertanya soalan.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 12


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Walau bagaimanapun mereka dibenarkan meminta supaya sesuatu


arahan diulang tetapi tidak dibenarkan meminta sebarang
penjelasan.

3. Langkah 2 diulang. Kali ini peserta dibenarkan untuk bertanya


soalan. Rajah akan dilukis pada kali kedua dibahagian bawah
kertas kosong tadi.

4. Kedua-dua lakaran dibandingkan dengan rajah asal.

Rumusan :

Komunikasi sehala melibatkan sesuatu mesej dihantar daripada seorang


individu kepada individu yang lain tanpa maklum balas. Komunikasi 2 hala
pula melibatkan maklumbalas daripada pihak penerima mesej dan
penyampai mesej melalui soalan yang ditanya, bersetuju tentang sesuatu
perkara dan bertanya sesuatu dengan menggunakan cara yang berlainan.

Aktiviti 3 : KOMUNIKASI TANPA LISAN

Peserta : 10 orang

Masa : 40 minit

Bahan : Helaian aktiviti komunikasi tanpa lisan, kertas kosong dan


pen

Prosedur :

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 13


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

1. Tiga orang peserta dipilih sebagai model untuk melakukan


komunikasi tanpa lisan berdasarkan mesej yang disediakan. Aktiviti
ini berbentuk pertandingan antara kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas kosong dan pen untuk


membuat catatan pemerhatian.

3. Setiap model secara bergilir-gilir menterjemahkan mesej dan situasi


berdasarkan skrip mesej yang dibekalkan melalui komunikasi tanpa
lisan.

4. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membuat pemerhatian


dan menterjemahkan mesej berdasarkan situasi yang dilakukan
oleh model.

5. Aktiviti ini berterusan dengan mesej yang kedua dan ketiga dengan
cara yang sama.

6. Setelah tamat tiga mesej, setiap kumpulan membacakan catatan


yang dibuat oleh kumpulan dan dibandingkan dengan skrip asal.

Rumusan :

Membina kerjasama dalam membuat keputusan terbaik.

Lampiran 1

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 14


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Aktiviti 1 : Dengarlah Mesejku

Mesej 1 - 15 patah perkataan

Contoh : RAMAI MANGSA BANJIR TELAH MEMBANJIRI


BANJARAN TITIWANGSA UNTUK MENERIMA
SUMBANGAN DARI TABUNG BENCANA ALAM NEGARA

Mesej 2 - 25 patah perkataan

Contoh : BEG TANGAN KAKAK YANG DIPERBUAT DARIPADA


KULIT BUAYA TELAH TERJATUH KE DALAM KOLAM
BUAYA SEMASA KAKAK MENONTON PERTUNJUKAN
BUAYA DI TAMAN BUAYA BERHAMPIRAN TAMAN BUDAYA
NEGERI MELAKA

Aktiviti 2 : Permainan Rajah

Aktiviti 3 : Komunikasi Tanpa Lisan

Mesej 1 : Buli
JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 15
Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Pada suatu petang, ketika saya menunggu bas untuk pulang ke rumah,
tiba-tiba datang tiga orang pelajar Tingkatan 4 menghampiri saya. Mereka
mengugut dan membuli saya dengan meminta wang. Saya ketakutan dan
menjerit meminta tolong. Akhirnya saya diselamatkan oleh pengawal keselamatan
sekolah.

Mesej 2 : Pergaduhan

Pada waktu rehat, ketika pelajar beratur membeli makanan berlaku


tolak-menolak di antara satu sama lain. Ini menyebabkan pergaduhan berlaku di
antara beberapa orang pelajar. Situasi ini telah dapat dileraikan oleh guru bertugas.
Pelajar yang terlibat telah dinasihatkan bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Mesej 3 : Merokok

Ketika pergi ke tandas saya melihat lima orang pelajar sedang


merokok. Saya terus memberi teguran kepada pelajar tersebut sebaliknya mereka
bertindak kasar lalu menumbuk saya. Saya terus terjatuh. Kejadian tersebut
disedari oleh guru disiplin. Pelajar tersebut telah dihukum rotan oleh guru disiplin.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 16


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

10.4 SLOT 4 : AKTIVITI SIMULASI KUMPULAN

Tajuk : Selamatkan Sahabatku


Alatan :
1. 2 buah mangkuk berisi soda bikarbonat dan cuka setiap kumpulan
2. 1 baldi untuk setiap kumpulan
3. 5 utas tali rapia berukuran 6 meter
Langkah :
1. Dilaksanakan dalam kumpulan kecil
2. setiap tali akan dipegang oleh 2 orang peserta
3. mangkuk dan baldi diletak ditengah bulatan berkeluasan 2 meter
4. peserta akan berusaha untuk mengalihkan bekas ini ke sasaran sejauh 50
meter.
5. bahan dalam baldi dan mangkuk tidak boleh tumpah
6. kumpulan yang melakukan kesilapan akan didenda
7. kumpulan yang melaksanakan dengan sempurna akan diberi ganjaran

Falsafah :
1. Kumpulan perlu berhati-hati supaya sampai ke destinasi tanpa
kemalangan
2. menggalakkan kerjasama kumpulan, mematuhi arahan, disiplin diri,
3. melahirkan daya kepimpinan
Rumusan :
1. tempoh masa yang diambil
2. bagaimana boleh berlaku kemalangan ( bahan tumpah)
3. Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut
4. bagaimana reaksi ahli kumpulan
5. apakah kekuatan kumpulan yang berjaya
6. apakah yang telah dipelajari oleh setiap ahli melalui aktiviti ini yang boleh
diaplikasikan disekolah

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 17


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

10.5 SLOT 5 : KEMAHIRAN BERUCAP

Tajuk : Dengarlah Ucapanku

Matlamat : Membentuk peserta yang mempunyai keyakinan dan ktrampilan


diri dalam menyampaikan ucapan.

Objektif : Di akhir sesi ini pelajar akan dapat;

1. menguasai asas kemahiran membuat pengucapan


awam di hadapan umum (eye contact, lontaran dan
intonasi suara , gaya bahasa badan)
2. memahami susun atur acara majlis dan senarai
tetamu yang dijemput mengikut jawatan
3. mengendalikan majlis dengan lancar dan berkesan

Aktiviti umum :
a) Intonasi suara
1. tinggi/rendah/sederhana
2. mood suara
(tegas/gembira/sedih/marah/arahan/dsb...)-mimik
muka
3. kelancaran

b) Eye contact
1. tumpuan kearah hadirin

c) Gaya bahasa badan (body language)


1. gaya tangan
2. gaya gerak badan

d) Penyediaan skrip mengendalikan majlis


1. senarai tetamu
2. bacaan doa/ikrar
3. urutan majlis
4. penutup

Aktiviti kumpulan :
a) Latihan suara/mimik muka/gaya bahasa badan
1. berdasarkan skrip yang disediakan (pelbagai
mood)
2. spontan

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 18


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

10.6 SLOT 6 : KEMAHIRAN MEMUDAH CARA “ASERTIF”

Aktiviti 1 : Simulasi 1 – Kemahiran “Katakan Tidak”

a. Objektif :

1. Berani mengatakan TIDAK kepada perkara-perkara negatif


2. Berani membuat keputusan tanpa menyinggung perasaan orang lain

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 19


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

3. Menghargai diri sendiri dan orang lain

b. Bahan : Petikan Situasi 1 (Dunia Baru)

c. Jangkamasa : 30 minit
d. Aktiviti/Langkah :
1. Fasilitator mengedarkan petikan situasi 1
2. Setiap ahli kumpulan diberi masa 5 minit untuk membaca dan
memahami petikan
3. Fasilitator membantu ahli kumpulan untuk memilih peranan serta
melakonkan watak masing-masing
4. Ahli kumpulan diminta untuk memberikan respon (Sumbangsaran)
5. Fasilitator membuat rumusan

e. Falsafah :
1. Menghargai diri dan orang lain

Aktiviti 2 : Simulasi 2 – Kemahiran “Tegas Diri”

Objektif :

1. Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri


2. Berani membuat keputusan tanpa pengaruh luar
3. Mempertahankan prinsip dan etika diri

Bahan : Petikan Situasi 2 (Aku Tetap Aku)

a. Jangkamasa : 30 minit

b. Aktiviti/Langkah:
1. Fasilitator mengedarkan petikan situasi 2
2. Setiap ahli kumpulan diberi masa 5 minit untuk membaca dan
memahami petikan
3. Fasilitator membantu ahli kumpulan untuk memilih peranan serta
melakonkan watak masing-masing
4. Ahli kumpulan diminta untuk memberikan respon (Sumbangsaran)
5. Fasilitator membuat rumusan

c. Falsafah :
1. Setiap individu mempunyai hak untuk menyatakan perasaan,
pendapat, kepercayaan dan sikap masing-masing.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 20


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

RIADAH / PERMAINAN KAUNSELING

Aktiviti 1
Tajuk : Langkah bertuah
Alatan :
1. Belon berisi air
2. kerusi
3. benang
4. duit mainan
Langkah – langkah
1. Peserta bergerak didalam kumpulan masing-masing dan diberikan
tugasan.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 21


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

2. Kemudian setiap kumpulan diberikan benang, belon yang berisi air dan
juga kerusi.
3. Peserta dikehendaki mengikat diri dalam kumpulan lelaki dan perempuan
dan mereka dikehendaki menjunjung kerusi yang berisi belon sambil
berjalan menaiki tangga.
4. Markah akan diberikan berdasarkan kejayaan kumpulan tidak
memutuskan benang dan juga belon tidak jatuh kebawah
5. kemudian peserta juga dikehendaki melambung belon yang berisi air dan
menyambutnya semula.
6. Mereka yang berjaya akan diberikan markah
7. Peserta juga dikehendaki mengambil nilai matawang didalam kolam
dengan menggunakan kemahiran apa sahaja bagi mengumpulkan mata
kumpulan masing-masing.

Falsafah :
1. mengeratkan hubungan antara ahli
2. melahirkan semangat bertolak ansur
3. meningkatkan semangat kerjasama

Aktiviti 2
Tajuk : Jambatan Emas
Alatan :
1. Straw
2. Cincin
Langkah :
1. peserta akan diberikan 3 batang straw seorang
2. setiap peserta akan menyambung straw
3. peserta akan mengimbangi straw tersebut di atas 2 jari telunjuk pada
paras dada

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 22


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

4. fasi akan memasukkan dua bentuk cincin di kiri dan kanan straw sebagai
pengimbang
5. Peserta dikehendaki meletakkan straw di atas tanah tanpa menjatuhkan
cincin

Falsafah :

1. melatih keseimbangan minda dan psikomotor peserta


2. memupuk kemahiran membuat keputusan
3. melatih kemahiran mendengar arahan dengan teliti
4. melahirkan semangat kerjasama, disiplin diri
5. membina keyakinan diri

Aktiviti 3

Tajuk : Puncak Impian

Alatan :

1. Straw
2. Salotape

Langkah :

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 2 bungkus straw dan 1 salotape

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 23


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

2. Peserta diminta membina menara dengan menggunakan alatan yang


dibekalkan

Falsafah :

1. mencungkil bakat dan kreativiti peserta


2. melatih peserta supaya sentiasa berhati-hati dalam hidup
3. menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan
4. membina keyakinan diri

KULIAH SUBUH

1. Kuliah Maghrib 1

1. NAMA AKTIVITI : Santapan Senja 1


2. MATLAMAT: Kesedaran kepentingan ilmu bagi seorang pemimpin dalam
organisasi
3. OBJEKTIF :
3.1 Menerangkan kepentingan mendalami ilmu bagi seorang pemimpin
organisasi
3.2 Menyatakan kesan terhasil dalam sebuah organisasi yang mempunyai
pemimpin berilmu
4. JANGKA MASA : 45 minit
5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla
6. LANGKAH :
JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 24
Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan


kuliah.
6.2 Penceramah menerangkan kepentingan mendalami ilmu bagi
seorang pemimpin organisasi
6.3 Penceramah menyatakan kesan terhasil dalam sebuah organisasi
yang mempunyai pemimpin berilmu
6.4 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN
7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN
Peserta diminta menulis pada satu kertas kosong jenis-jenis ilmu
yang perlu mereka dalami.
9. TENAGA :
9.1 Seorang penceramah
9.2 Seorang juru acara

2. Kuliah Maghrib 2

1. NAMA AKTIVITI : Santapan Senja 2


2. MATLAMAT: Kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pemimpin teladan
3. OBJEKTIF :
3.1 Melahirkan pemimpin yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT
3.2 Menyatakan faktor kegagalan seorang pemimpin yang tidak berakhlak
3.3 Membuat perbandingan antara pemimpin yang berakhlak dengan
pemimpin yang tidak berakhlak
4. JANGKA MASA : 45 minit
5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla
6. LANGKAH :
6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan
kuliah.
6.2 Penceramah menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk
melahirkan pemimpin yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah
SWT
6.3 Penceramah menyatakan faktor kegagalan seorang pemimpin yang
tidak berakhlak
6.4 Penceramah membuat perbandingan antara pemimpin yang
berakhlak dengan pemimpin yang tidak berakhlak
6.5 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN
7.1 Sistem pembesar suara

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 25


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

8. PENILAIAN / DAPATAN
Peserta diminta mengulas kembali tanggungjawab mereka sebagai
seorang pemimpin yang berakhlak.
9. TENAGA :
9.1 Seorang penceramah
9.2 Seorang juru acara

3. Kuliah Subuh 1

1. NAMA AKTIVITI : Murni Pagi 1


2. MATLAMAT: Menjadikan diri sebagai pemimpin yang boleh dicontohi
3. OBJEKTIF :
3.1 Menerangkan sikap yang perlu ditonjolkan oleh seorang pemimpin
organisasi
3.2 Menyedarkan bahawa setiap perlakuan seorang pemimpin akan
diteladani oleh orang bawahannya.
4. JANGKA MASA : 30 minit
5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla
6. LANGKAH :
6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan
kuliah.
6.2 Penceramah menerangkan sikap yang perlu ditonjolkan oleh
seorang pemimpin organisasi
6.3 Penceramah menyedarkan bahawa setiap perlakuan seorang
pemimpin akan diteladani oleh orang bawahannya
6.4 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN
7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN
Peserta diminta menulis pada satu kertas tokoh pemimpin Islam
yang boleh dijadikan idola.
9. TENAGA :
9.1 Seorang penceramah
9.2 Seorang juru acara

4. Kuliah Subuh 2

1. NAMA AKTIVITI : Murni Pagi 2

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 26


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

2. MATLAMAT: Kesedaran mengenai pemimpin yang berkemahiran dalam


pengurusan organisasi.
3. OBJEKTIF :
3.1 Menyatakan kecemerlangan organisasi yang diuruskan dengan
berkesan
3.2 Menerangkan keperluan mempunyai pemimpin yang berkemahiran.
4. JANGKA MASA : 30 minit
5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla
6. LANGKAH :
6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan
kuliah.
6.2 Penceramah menyatakan kecemerlangan organisasi yang
diuruskan dengan berkesan.
6.3 Penceramah menerangkan keperluan mempunyai pemimpin yang
berkemahiran
6.4 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN
7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN
Peserta diminta menulis program yang ingin dilaksanakan di
peringkat sekolah.
9. TENAGA :

9.1 Seorang penceramah


9.2 Seorang juru acara

SESI PENILAIAN DAN RUMUSAN

1. Semua peserta berada dalam kumpulan besar.


2. Peserta diedarkan borang penilaian kursus dan diminta
melengkapkannya.
3. Peserta-peserta diberikan peluang berkongsi dapatan dan pandangan
terhadap aktiviti-aktiviti yang disertai sepanjang kursus berlangsung.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 27


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

4. Fasilitator membuat rumusan akhir dan menyatakan harapan kepada


kefungsian peserta selepas selesai kursus.
1. Pengetahuan dan kemahiran sangat penting dalam
menjalankan sesuatu tugas.
2. Gunakan segala ilmu yang diperolehi untuk menyampaikan
mesej yang baik kepada rakan-rakan lain.
3. Pimpin diri ke arah kebaikan dan pimpin rakan-rakan untuk
mencapai cita-cita yang sama.

SENARAI PENGGUBAL MODUL

1. En. Muhamed Shuhaimi Bin Abd Rashid KU JPN Johor


2. En. Mohd Farris Bin Ismail KU JPN Putrajaya
3. En. Wan Muhamad Azan Bin W Jaafar PKU JPN Pahang
4. En. Abdul Latif Bin Yusof PKU JPN Melaka
5. Pn. Hjh Rosinah Bt Hj. Hussein PKU JPWP Kuala Lumpur
JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 28
Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

6. En. Isahak Bin Osman PKU JPN Pulau Pinang


7. En. Ahmad Bin Sauti PKU JP Sarawak
8. En. Nordin Bin Abdullah PKU JPN Perlis
9. En. Abd Ghani Bin Jaafar PKD Pontian, Johor
10. En. Sabri Bin Sulaiman PKD Mersing, Johor
11. En. Abdul Rashid Bin Awang PKD Temerloh, Pahang
12. En. Ahmad Kamari Bin Salleh PKD Batang Padang, Perak
13. En. Zubir Bin Harun PKD Dungun, Terengganu
14. En. Mat Yusof Bin Mat Ali PKD Marang, Terengganu
15. En Rosli bin Puteh PKD Kulai

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 29


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JADUAL KURSUS
FASILITATOR SAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT NEGERI
( PELAJAR MENENGAH DAN RENDAH )
TARIKH :
Masa 5.30 7.00 8.00 10.00 10.00 10.30 12.30 2.30 4.30 7.00 8.30 10.30
7.00 8.00 10.30 12.30 2.30 4.30 7.00 8.30 10.30 11.00

RiadahSolat,Minum petang,

KuliahKemas diri, Makan, Solat,


Slot 1
Perjalanan pergi Daftar
Hari 1

Taklimat SUAI
KENAL

Minum Tidur
Slot 2 Slot 3 Slot 4 Slot 5
Kemas diri, Solat, Kuliah

KEMAHIRAN KEMAHIRAN AKTIVITI MAHIR


Nafas Segar, Sarapan.

Rehat Makan Solat


Hari 2

KEPIMPINAN INTERPERSONAL SIMULASI BERUCAP


Rehat, minum

KUMPULAN

Slot 6 Slot 7
KEMAHIRAN RUMUSAN Perjalanan balik
Hari 3

MEMUDAHCARA PENILAIAN
ASERTIF PENUTUP

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 30


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 31


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 32


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 33


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 34


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 35


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 36


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 37


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 38


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

PENILAIAN KURSUS
PROGRAM SAHABAT PPDa- PETRONAS

BORANG PENILAIAN

Arahan : Tandakan mengikut skala yang diberikan. Sangat Baik (SB), Baik (B), Sederhana (S),
Kurang baik (KB) dan Lemah (L). Sila bulatkan satu nombor sahaja bagi setiap penyataan

SB B S KB L
1. Pendaftaran 1 2 3 4 5
2. Makanan 1 2 3 4 5
3. Penginapan 1 2 3 4 5
4. Tempoh Kursus 1 2 3 4 5
5. Taklimat dan Ice Breaking 1 2 3 4 5
6. Bicara Intelek 1 2 3 4 5
7. LDK 1 1 2 3 4 5
8. LDK 2 1 2 3 4 5
9. LDK 3 1 2 3 4 5
10. LDK 4 1 2 3 4 5
11. LDK 5 1 2 3 4 5
12. Sukan seling 1 2 3 4 5

Cadangan :

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 39


Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS
Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2008 40

Anda mungkin juga menyukai