Kisah Luqman Alhakim
Kisah Luqman Alhakim
Kisah Luqman Alhakim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Bismillahirahmanirrahim…
Kepada Tuan Pengerusi Majlis dan para Juri Hakim yang adil lagi bijaksana
seterusnya pada rakan-rakan sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang berjudul
“Kepintaran Lukmanul Hakim”
Pada zaman dahulu, di sebuah lembah yang kering, terdapat sebuah kampung yang
aman dan damai. Di kampung tersebut terdapat seorang hamba Allah yang pintar
lagi bijaksana, beliau adalah Luqmanul Hakim yang bermaksud Lukman Yang
Bijaksana.
Kepintaran beliau telah disebut di dalam Al-Quran, Surah Luqman ayat yang ke
12:
Kawan-kawan nak tahu tak…….? Luqmanul Hakim adalah seorang hamba Allah yang
soleh dan juga pakar dalam pendidikan anak-anak. Beliau telah mendidik anaknya
dengan penuh hikmah dan kasih sayang sebagai seorang ayah.
Pada suatu hari……..Luqman dan anaknya berehat sambil menghirup udara segar,
pada kesempatan itu…..Luqman pun berkata kepada anaknya, di mana peristiwa ini
telah disebut dalam surah Luqman dari ayat 13hingga 18.
Dengan penuh kasih sayang, Luqman pun memeluk dan membelai anaknya dan
berkata:
Di samping itu, terdapat juga kisah yang dikaitkan dengan Luqman iaitu kisah
Luqman menasihati anaknya tentang telatah manusia.
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah
masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut
dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang
tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari
himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.
Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu
bersama-sama dengan anaknya.
“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”
Oleh karena tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari
himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,
“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”sungguh tidak bijak
mereka itu”.
Setelah melintas kawasan pasar dan dalam pejalanan pulang ke rumah, Lukman Al-Hakim
memecah kesunyian dan berkata kepada anaknya…..
“Wahai anakku amanah Allah, tahukah engkau apakah peristiwa yang kita lalui
bersama tadi?”
“Apa dia ayahku, aku lihat ramai orang di pasar sedang berurus niaga”.
“Itu memang benar anakku…tapi ada lagi urusniaga yang lebih besar yang perlu
kamu ketahui, iaitu tentang sikap buruk dan telatah manusia yang terkadang tidak
disedari”.
“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.
Sesungguhnya seseorang tidak menjadi fakir melainkan tertimpa kepadanya tiga
perkara, yaitu:
Tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan
diperdaya orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) dan lebih celaka
lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan
meringan-ringankannya.”
Antaranya ialah:
Setiap amalan kita samada yang besar atau kecil tetap akan dibalas oleh Allah
Mendirikan sembahyang, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan
bersabar di atas setiap dugaan.
Nilailah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita menilai orang lain.
Dengan ini sekian dahulu cerita saya untuk kali ini, wabillahitaufiq
walhidayah……………………..