Penguasaan Isi Kandungan Penting Bagi Seorang Guru
Penguasaan Isi Kandungan Penting Bagi Seorang Guru
Penguasaan Isi Kandungan Penting Bagi Seorang Guru
Sebagai seorang guru penguasaan isi kandungan sangat penting. Menurut, Wan Ali (2000)
menyatakan bahawa guru perlu mempunyai kepakaran dari pelbagai aspek seperti
penguasaan terhadap bidang pelajaran yang diajar, menguasai kaedah pengajaran dan
pengurusan disiplin pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Selain itu, Sulaiman (2004) ada menyatakan bahawa guru
seharusnya mempunyai ilmu yang khusus dalam bidang subjek yang diajarnya. Sebagai
contoh, sebagai seorang guru sejarah yang mengajar tentang pendudukan Jepun di Tanah
Melayu perlu menguasai topik tersebut. Ini akan membantu guru untuk memahami,
menerangkan dan mengajar murid semasa PdPc dijalankan. Selain itu, apabila pelajar
bertanya soalan tentang topik yang diajar guru akan dapat menjawab dan menerangkan
jawapan yang tepat kepada murid. Tambahan pula, guru akan berasa yakin untuk mengajar
semasa di dalam kelas kerana mampu menguasai isi kandungan dan ditambah dengan
kemahiran pedadogi akan menyebabkan PdPc lebih berkesan.
Saya setuju dengan pendapat saudari. Sebagai seorang gru, penguasaan isi kandungan sangat
penting. Sebagai seorang guru, haruslah menguasai subjek yang diajarnya agar untuk
memahami, menerangkan dan mengajar kepada murid semasa di dalam kelas. Adanya
penguasaan isi kadungan serta ditambah dengan kemahiran pedadogi yang baik akan, guru
akan mudah meyampai dan menjawab soalan yang akan diajukan oleh murid-murid.
Menurut Broen J.W (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di
dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan terhad kepada buku teks sahaja,
tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran serta
pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja bahan yang boleh
digunakan serta sesuai semasa PdPc berjalan.
Semasa saya menjalani latihan mengajar terdapat beberapa bahan bantu mengajar
yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Saya telah
menggunakan BBM seperti komputer riba, LCD projektor, kertas mahjung, speaker
dan banyak lagi. Selain itu, saya banyak menggunakan gambar-gambar yang
berkaitan dengan topik pembelajaran yang akan diajar. Saya menunjukkan gambar
semasa set induksi untuk mecetuskan idea murid-murid tentang topik sejarah yang
akan bakal dipelajari. Selain itu, penggunaan BBM yang sesuai akan membantu untuk
menarik minat murid-murid semasa proses PdPc berjalan.
Oleh itu, BBM ini penting digunakan semasa PdPc berjalan. Hal ini kerana, pelajar
akan berasa lebih seronok serta tidak bosan semasa proses pembelajaran berlaku.
Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalani latihan mengajar, murid berasa
subjek sejarah membosankan kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingati. Oleh
dengan adanya BBM ini membantu pelajar lebih memahami sesuatu topik yang diajar
serta berseronok sambal belajar.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Penggunaan BBM akan membantu pelajar
untuk lebih memahami topik pembelajaran dan berasa seronok semasa proses
pengajaran san pembelajaran. Selain itu juga, penggunaan BBM ini juga akan
membantu mencetuskan idea murid tentang sesuatu topik yang diajar oleh guru.
Nyatakan 2 aktiviti PAK 21 yang telah berjaya anda laksanakan semasa menjalani
latihan mengajar.
Selain itu, saya juga telak melaksanakan aktiviti permainan dam ular. Guru akan
menyediakan BBM untuk permainan dam ular. Murid-murid akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Selepas itu, setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk
mengerakkan ‘buah’ dam. Selepas membaling buah dadu, ‘buah’ dam tersebut akan
digerakan kemudian guru akan bertanya soalan berdasarkan tempat buah dam
berhenti. Sekiranya murid menjawab dengan betul, buah dam akan digerakan dua
petak kehadapan manakala jawapan yang salah buah dam akan digerakan dua
langkah kebelakang. Aktiviti seperti ini bukan sahaja meyeronokkan malah
mewujudkan persaingan yang positif di kalangan murid. Bermain sambal belajar
merupakan salah aktiviti PAK 21 yang dapat membantu menarik minat murid untuk
belajar.
Jelaskan bagaimana anda memupuk dan mengembangkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam
kalangan murid semasa menjalani latihan mengajar yang lalu (jawaban mestilah dengan merujuk salah
satu Kemahiran Pemikiran Sejarah sahaja).
Kemahiran pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi membolehkan murid-murid
menerokai idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Semasa menjalani latihan
mengajar saya telah mengembangkan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid dengan
memahamai kronologi. Sebagai contoh tajuk Perkembangan di Eropah, murid perlu melihat masa lalu
dan memahami konsep masa perkembangan yang berlaku. Melalui kronologi pelajar akan mudah
memahami bagaimana Eropah berkembang dari zaman gelap, zaman renaissance sehinggalah
berlaku gerakan reformation. Selain itu, saya juga meminta murid membuat imaginasi dengan
melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah. Sebagai contoh saya meminta murid membayangkan
peristiwa sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu secara visual. Kemudian membayangkan
kesukaran serta kesengsaraan penduduk Tanah Melayu disebabkan oleh pendudukan Jepun untuk
mewujudkan rasa empati dalam diri pelajar. Hal ini akan menyedarkan murid bahawa negara perlu
dipertahankan daripada pejajahan negara luar bagi mengelakkan peristiwa hitam berulang kembali.
Secara kesimpulanya, penerapan KPS dalam diri pelajar perlu kerana akan membantu murid untuk
memahami sesuatu peristiwa sejarah.