Minit Mesyuarat 1m1s Bil 2

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) LADANG HUNTLY,

34900 PANTAI REMIS,


PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK.:ABD1078
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Kepada,

Guru Besar & Semua Guru,

Tuan/Puan,

MESYUARAT 1 MURID 1 SUKAN BIL. 2/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan mesyuarat seperti di atas
mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 20.06.2017
Masa : 2.15ptg - 3.45ptg
Tempat : Pusat sumber sekolah

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-


3.1 Ucapan Setiausaha 1M1S
3.2 Ucapan GPK Kokurikulum
3.3 Ucapan Pengerusi
3.4 Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu
3.5 Perkara Berbangkit
3.6 Peralatan Permainan
3.7 Hal-hal lain
3.8 Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diadahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................................

(RUKUMANI A/P GOVAL)

SETIAUSAHA 1 MURID 1 SUKAN


SJK(T) LADANG HUNTLY, 34900 PANTAI REMIS,PERAK.
SENARAI/KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Mesyuarat 1 Murid 1 Sukan Bil. 2/2017


Tarikh & Hari : 20 Jun 2017 & Selasa
Masa : 2.15-3.45 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Bil. Nama Guru Jawatan Tandatangan

1. En.M.Kanavathy Guru Besar

2. Pn.T. Agnes Caroline Guru Penolong Kanan

3. En.J.Vinothanan Guru HEM

4. En.V.Sundaram Guru Koko

5. Pn.G.Rukumani Setiausaha 1M1S

6. Pn.S.Tharini Guru Penasihat Permainan Dalaman

7. Pn.V.Saraswathy Guru Penasihat Bola Jaring

8. Pn.M.Sarojini Guru Penasihat Permainan Dalaman

9. Cik S.Sritha Guru Penasihat Bola Jaring

10. Pn. M. Umahdevi Guru Penasihat Bola Jaring

11. Pn.C.Parameswary Guru Penasihat Permainan Dalaman

TIDAK HADIR
Bil. Nama Guru Tahun

Disediakan oleh,

................................................

(RUKUMANI A/P GOVAL)


SETIAUSAHA 1 MURID 1 SUKAN
Minit Mesyuarat 1 Murid 1 Sukan Bil.2 / 2017
SJK(T) Ladang Huntly, 34900 Pantai Remis,Perak.

Tarikh : 20 Jun 2017


Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Hari : Selasa
Masa : 2.15 petang 3.45 petang

Hadir:-
1. En. M.Kanavathy (Guru Besar)
2. Pn.T. Agnes Caroline (Guru Kanan Pentadbiran)
3. En.J.Vinothanan (GPK HEM)
4. En.V.Sundaram (Guru Ko-kurikulum)
5. Pn.G.Rukumani
6. Pn.V.Saraswathy
7. Pn. M. Umahdewi
8. Cik S.Sritha
9. Pn.C.Parameswary
10. Pn.S.Tharini
11. Pn.M.Sarojini
Tidak Hadir :
1. Tiada

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Setiausaha 1 Murid 1 Sukan


1.1 Setiausaha 1M1S mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran pada mesyuarat kali kedua untuk sesi persekolahan 2017.

1.2 Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan pertandingan bola jaring antara unit 1 murid
1 sukan pada bulan Mei 2017. Tarikh pertandingan akan ditetapkan.
1.3 Pertandingan bola jaring antara sekolah telah dijalankan dengan jayanya mengikut masa
yang ditetapkan. Semua guru pengiring atau penasihat telah memainkan peranan dengan
baik dan penglibatan peserta amat menggalakkan.
1.4 Unit permainan bola jaring akan bertukar untuk bermain permainan dalaman manakala unit
permainan dalaman akan bertukar kepada bola baling pada sesi kedua tahun ini.
1.5 Satu pertandingan bola baling antara sekolah telah dirancang dan semua guru penasihat
bola baling diminta agar melatih ahli unitnya.
Tindakan : Semua guru

2. Ucapan GPK Kokurikulum

2.1 Guru kokurikulum mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran pada mesyuarat kali kedua untuk sesi persekolahan 2017.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada unit 1 murid 1 sukan kerana dapat menjalankan
mesyuarat kali kedua.
2.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan kecemerlangan
pelaksanaan pertandingan bola jaring antara sekolah yang berlangsung pada 19/04/2017.
2.4 Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan
Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi
bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan
susulan.
Tindakan : Semua guru
3. Ucapan Pengerusi

3.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat
kali kedua 1 murid 1 sukan 2017.
3.2 Guru Besar merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi
komitmen dalam menjayakan pertandingan bola jaring antara sekolah.
3.3 Beliau menyaran semua guru untuk mengoptimumkan pengunaan prasarana, kemudahan
dan peralatan sukan bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
3.4 Beliau turut meminta semua guru untuk mengutamakan keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-
langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Tindakan : Semua guru
4 .Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

4.1 Setiausaha 1 murid 1 sukan membentangkan minit mesyuarat bil.1/2017 dan dicadangkan
untuk disahkan oleh Pn.C.Parameswary dan disokong oleh Pn. M. Umahdewi.
5.Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

6. Peralatan Permainan

6.1 Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
6.2 Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai.
6.3 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini.
6.4 Guru penasihat diminta menyenaraikan peralatan permainan yang diperlukan untuk
melaksanakan permainan unit masing-masing.
Tindakan : Semua Guru

7.Hal-Hal Lain

Tiada hal-hal lain dibincangkan

8 .Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi berharap agar program dan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _________________________ __________________________

(RUKUMANI A/P GOVAL) (EN. V.SUNDARAM) (EN.M.KANAVATHY )

GURU PENASIHAT PENGAKAP PK KOKURIKULUM GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai