Kemahiran Sepak Kuda
Kemahiran Sepak Kuda
Kemahiran Sepak Kuda
Kemahiran Asas
1. Berdiri dalam keadaan selesa.
Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di
hadapan.
Kegunaan
1. Untuk menyelamatkan bola yang jauh dan rendah.
Aktiviti Kemahiran
1. Statik
Prosedur :
Prosedur permainan :
a. Pelajar diagihkan dalam dua kumpulan
dalam bilangan 5-6 orang.
b. Seorang pelajar berada di tengah
gelanggang dan seorang lagi berdiri di
tengah gelanggang bertentangan.
c. A akan melambungkan bola kepada B bagi memulakan permainan.
d. B akan menerima bola dengan menggunakan sepak kuda dan berlari ke arah
belakang gelanggang dan B2 masuk menerima bola.
e. A akan menerima hantaran tersebut dan
mengembalikan ke gelanggang lawan dan
bergerak ke belakang gelanggang, A2
masuk dan menerima bola.
f. Aktiviti diteruskan sehingga bola mati.
g. Mata akan diberikan kepada kumpulan yang dapat mengawal bola.
h. Kumpulan yang paling banyak menjatuhkan bola dikira kalah.
Aktiviti Kecil
Permainan dalam bulatan
Prosedur permainan :
a. Pelajar berada dalam bentuk bulatan.
b. Menggunakan sepak kuda, tandukan untuk
mengawal dan mengumpan bola kepada pemain lain.
Contohnya pemain 1 kepada pemain 2.
c. Permainan dijalankan 3 pusingan. 1 pusingan
selama 5 minit.
d. Setiap sentuhan mendapat satu mata.
e. Jika bola jatuh ke tanah pemain boleh memulakan
kembali menimang dengan pemain 1 melontar
kepada pemain yang lain jika tempoh 5 minit
tidak dihabiskan.
f. Tamat satu pusingan jumlah mata akan dicatatkan.
g. Begitu juga seterusnya untuk pusingan ke-2 dan ke-3.
h. Kumpulan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira pemenang.
Prosedur Permainan :
a. Menggunakan gelanggang /gelanggang tanah yang diubahsuai seperti
gelanggang bola tampar.
b. Menggunakan sebiji bola sepak takraw.
c. Satu pasukan 6 pemain.
d. Setiap pasukan boleh membuat 5sentuhan.
e. Sentuhan keenam perlu melepasi jaring kepada pihak lawan dengan
menggunakan sepak kuda sahaja.
f. Bola dibenarkan melantun ke tanah sekali sebelum sentuhan dibuat.
g. Pemain boleh menggunakan semua
kemahiran asas sepak takraw seperti
sepak sila, sepak kuda, tandukan,
rejaman dan hadangan dalam
permainan ini namun hanya sepakan
kuda sahaja akan diberikan mata.
h. Ketinggian jaring ialah 1.45m. Jika
tiada gelanggang, permainan ini boleh menggunakan tiang pelbagai guna untuk
dijadikan tiang bagi meletakkan jaring.
i. Mata dikira apabila pasukan dapat mematikan bola ke gelanggang lawan.
j. Sepak mula dibuat oleh pasukan yang mendapat mata. Sepak mula dibuat
secara lambungan sendiri di garisan belakang gelanggang. Pemain boleh bergilir
membuat sepak mula.
k. Sepak mula permulaan diberikan kepada pasukan yang memenangi undian.
l. Semua pemain digalakkan membuat sentuhan. Mata permainan ialah 15 mata.
Reference
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/1murid1sukan/articlefile_file_002150.pdf