Strategi Penyelidikan Abduktif

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

STRATEGI PENYELIDIKAN ABDUKTIF

Pendahuluan,

Strategi penyelidikan abduktif ialah salah satu kaedah penyelidikan yang berasaskan
kepada falsafah Interpretivisme.Sudut tumpuan strategi ini ialah membangunkan suatu
kaedah khusus untuk penyelidikan alam sosial.Ia bermula dengan menerokai beberapa
elemen reality sosial termasuklah komponen-komponen seperti bahasa seharian,ilmu yang
digunakan oleh aktor-aktor sosial dalam penghasilan dan penghasilan semula realiti sosial
mereka,serta tafsiran aktor-aktor sosial tentang pengalaman mereka sendiri.Penerokaan ini
diikuti dengan penghuraian semula keterangan-keterangan seharian dalam bentuk keterangan
sains sosial dan seboleh-bolehnya dalam penghuraian yang ditunggak-bumikan.

Menurut strategi penyelidikan abduktif, apabila penyelidik memasuki dunia kehidupan


aktor sosial untuk mengenggam pengetahuan aktor sosial, Realiti sosial sesungguhnya telah
dikonstrukkan secara bersama oleh penyelidik dan aktor sosial melalui satu siri dialog atau
penceritaan (Blaikie, 2000). Justeru itu, dengan menggunakan metodologi ini, tema dan
makna-makna yang diinterpretasikan menurut pandangan dunia mereka sendiri telah
diterokai dan difahami oleh penyelidik.

Oleh kerana kaitannya dengan pelbagai pendekatan Interpretivis ,strategi penyelidikan


abduktif ini juga mengandungi pelbagai bentuk dan versi.Kepelbagaian ini merupakan satu
lagi bentuk keunikan strategi abduktif.Interpretivisme mengambil kira tradisi yang
berkongsi andaian ontological yang sama seperti hermeneutic,fenomenologi sosial,interaksi
simbolik,sosiologi eksistensial dan konstruktivisme.Ahli-ahli interpretevisme menumpukan
kepada proses pembinaan corak-corak asas atau perhubungan dalam kehidupan sosial.Mereka
menegaskan corak-corak perhubungan statistic(contohnya kolerasi) tidak boleh difahami
secara berasingan tanpa memahami keadaan atau interpretasi di sebalik corak-corak tersebut.

Sebagai salah satu strategi penyelidikan yang mengambil sokongan falsafah interpretevisme
strategi ini mengambil kira aspek-aspek dalaman yang tidak ditekankan atau diabaikan oleh
falsafah Positivisme dan Kritikal Rasionalisme,iaitu perkara-perkara seperti makna dan
interpretasi ,motif dan niat yang digunakan manusia dalam kehidupan seharian dan yang
mempengaruhi tingkahlaku mereka.Interpretivisme mengetengahkan dan menjadikan
perkara-perkara ini sebagai agenda teras dalam teori sosial dan penyelidikan.

Andaian Ontologikal

Strategi penyelidikan abduktif mempunyai beberapa andaian ontological yang berlainan


dengan strategi penyelidikan yang lain,walaupun demikain terdapat beberapa persamaan
dengan strategi penyelidikan retroduktif.Diantara andaian ontological strategi penyelidikan
abduktif adalah :

Konsep teras yang berdasarkan interprestasi.Konsep ini menganggap reality sosial


sebagai binaan sosial yang terdiri dari pada interpretasi actor-aktor sosial.
Interpretasi Sosial bersifat intersubjektif.Konsep ini meliha tahli-ahli sesuatu
kumpulan satu kesefahaman bersama tenteng makna-makan tertentu.Oleh yang
demikian interpretasi-interpretasi ini merupakan satu kewujudan intersubjektif.

Kesaling bergantungan,Konsep ini menyatakan realiti sosial merupakan ciptaan


aktor-aktor sosial yang tidak wujud secara berasingan darpada aktiviti sosial mereka
bersama.

Kesedia adaan.Konsep ini dijelaskan dengan premis bahawa reality sosial


merupakan dunia simbolik atau makna-makna dan interprestasi-interpretasi yang
sedia ada.

Pendirian relativisnya.Strategi penyelidikan abduktif dianggap relativis bukannya


absolutis.Relativis mengutarakan fahaman bahawa terdapat lebih dari suatu realiti
yang benar.Idea ini menolak pernyataan bahawa wujudnya satu reality sosial yang
tunggal dan mutlak.

Andaian Epistemologi

Ilmu sains sosial diperoleh dari konsep serta makna seharian dari ilmu yang dikongsi
bersama secara sosial.
Penerangan yang dibuat oleh ahli-ahli sains merupakan penerangan semula
menggunakan bahsa saintifik berhubung dengan kehidupan seharian actor-aktor
sosial.
Penerangan dikembangkan kepada teori-teori untuk menjelaskan apa yang actor-aktor
sosial tidak nampak.

Prisip-prinsip Penyelidikan Abduktif

Terdapat enam prisip-prinsip yang digunapakai dalam strategi penyelidikan abduktif.

1. Laluan Pemahaman
Prisip asas titiktolak untuk mengumpul sesuatu maklumat, bagi penyelidikan abduktif
laluan atau kecapaian untuk memasuki dunia sosial adakah dengan memahami
penerangan yang boleh diperolehi dari manusia tentang tingkahlaku diantara mereka.

2. Keterangan aktor-aktor sosial.


Seseorang penyelidik semestinya mempunyai maklumat tentang aktor-aktor sosial
tersebut,pandangan dalaman melalui keterangan aktor-aktor sosial ini penting untuk
penyelidik melakukan analisis selanjutnya.

3. Keterimaabaian.
Kesinambungan dari prisip kedua,percakapan actor sosial tidak semestinya melalui
proses-proses analisis kritikal secara sedar dalam diri mereka,banyak aktiviti sosial
bersifat rutin yang diterima-abai dengan sikap tidak reflektif,iaitu tanpa renungan.
4. Proba atau Pugaran Mental
Lanjutan dari prisip ketiga .oleh kerana keadaan rutin,actor-aktor sosial hanya akan
memikir semula,mencari makna dan membentuk interpretasi dalam konteks
tertentu.Diantara konteks ini termasuklah apabila proba pertanyaan tentang
tingkahlaku actor-aktor sosial dikemukakan atau kehidupan sosial mereka diganggu
gugat atau tidak boleh diramalkan lagi.

5. Prosedur Refleksif
Ahli sains sosial mungkin perlu menggunalkan prosedur-prosedur atau kaedah
menggalakkan renungan semula untuk memperolehi makna teori.Prinsip ini
menekankan destinasi strategi penyelidikan abduktif.

6. Penggabungan Makna
Akhirnya selepas cebisan-cebisan makna dari produk-produk luaran,penyelidik
melalaui kaedah kajian ini perlu berusaha menggabungkannya.Prinsip ini perlu
menggunakan kepakaran yang seolah-olah menyusun gambar puzzle daripada
cebisan-cebisan yang berselerak.Gabungan makna ini akan memberi satu gambaran
luas yang mungkin berbentuk teknikal atau teoritis.

FALSAFAH INTERPRETEVISME

Falsafah penyelidikan abduktif dipelopori oleh tokoh-tokoh pemikir interpretevisme yang


tersohor seperti Szhutz,Dilthey,Weber,Dilthey,Husserl,Schleiermacher,Ricouer dan
Giddens.Menurut mereka falsafah ini adalah khusus untuk penyelidikan sains sosial sahaja
dan tidak boleh digunakan dalam sains tulen atau sains semulajadi.Tidak seperti strategi
penyelidikan induktif,deduktif,atau retroduktif.

Interpretevisme juga dilihat atau dilabel sebagai antipositivis,ini adalah kerana falsafah ini
membuat andaian bahawa sains sosial melibatkan subjek yang berbeza jika dibandingkan
dengan sains tulen.

Penyelidikan sains sosial memerlukan pemahaman tentang dunia sains sosial yang dibina
manusia dan dibina semula melalui aktiviti-aktiviti yang berterusan.Subjektiviti ini
menjadikan alam sosial suatu alam yang bukan bersifat objektif.

Tidak memadai sekiranya ilmuan mengkaji hanya produk dan pemerhatian luaran actor sosial
sahaja tanpa mengenali sebab,proses serta makna sosial pembinaan produk.Hal yang
demikian meletakkan falsafah interpretevisme diluar rangkuman sains tulen.

Oleh kerana kepelbagaian perspektif dalam interpretevisme,terdapat ramai penulis dan


pemikir yang menyumbangkan ilmu mereka yang dibahagikan kepada beberapa kelompok
ahli iterpretevisme iaitu:

Ahli pemikir interpretevis yang berasal dari hermeneutic iaitu


Schleiermacher,Dilthey dan Hussel.
Ahli pemikir sumbangan klasik iaitu Weber dan Schutz.
Ahli pemikir ilmiah kontemporari iaitu Gidden dan Ricouer.

Interpretivisme juga mentafsir unsur-unsur kajian dengan mengintegrasi kepentingan-


kepentingan manusia dalam skop kajian.Penyelidik interpretivisme membuat tanggapan
bahawa realiti sosial hanya melalui pembinaan sosial seperti bahasa,kesedaran,makna dan
instrument.Krtikan-kritikan terhadap falsafah positivism telah menyebabkan kemunculan
interpretivisme dalam bidang sains sosial.

Kepelbagaian paling jelas yang ada dalam interpretevisme ialah:

Hemaneutic
Fenomenologi
Interaksionisme Simbolik.

Anda mungkin juga menyukai