Draf Forum

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

1.

0 TUGASAN 1
DRAF FORUM
Kumpulan 5
Tajuk : Isu Globalisasi Pendidikan
Peserta :
Moderator : Nor Rasyidah Fariha Binti Ramlan
Ahli Panel (1) : Emily Christina Binti Atin
Ahli Panel (2) : Wan Nurul Aqilah Binti Wan Mahyudin

Moderator/
Ahli Panel
Moderator

Isu / Perkara

Catatan

Ubi kayu untuk dimakan,


Buat santapan seisi keluarga;
Assalamualaikum saya ucapkan,
Sebagai tanda pembuka bicara.
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah Subhanahu Wataala
kerana dengan limpah kurnia

dan izin-Nya dapat kita bersua

muka dalam gelanggang forum pada pagi nirmala yang bening


lagi ceria ini. Saya, Nor Rasyidah Fariha Binti Ramlan selaku
moderator bagi forum pada pagi ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang

seimbang

dan

harmonis

dari

segi

jasmani,

emosi,

rohani,intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada


Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu

pengetahuan,

bertanggungjawab

dan

berketerampilan,
memberi

berakhlak

sumbangan

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

mulia,

terhadap

Tanpa kita

sedari secara tidak langsung,

memainkan

peranan

perpindahan

nilai

dalam

dunia

pengetahuan

hasil

globalisasi turut

pendidikan
ledakan

melalui
teknologi

maklumat yang pesat. Hal ini adalah menjadikan Malaysia


sebagai pusat kecemerlangan pendidikan seiring dengan negara
maju seperti Amerika Syarikat,United Kingdom dan Australia
yang amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan
bidang pendidikan. Ilmu pengetahuan memainkan peranan
utama sebagai jentera pembangunan negara. Justeru, globalisasi
meninggalkan kesan ke atas pendidikan negara dan mempunyai
cabaran dalam merealisasikannya. Dalam hal ini, peranan guru
dan murid turut dituntut bagi menangani cabaran ini.

Kata

orang tua-tua, yang bulat tidak akan datang bergolek dan


yang pipih tidak akan datang melayang.
seharusnya
sebarang

tidak
inisiatif,

terus-terusan
sebaliknya

memainkkan peranan

mendakap

harus

menyokong

bangkit

Justeru guru
tubuh

tanpa

untuk

turut

sebarang prakarsa bagi

menghadapi cabaran isu globalisasi pendidikan.


Baiklah sidang hadirin sekalian, sebelum kita menelusuri lebih
mendalam topik perbincangan, molek kiranya kita berkenalan
dengan

ahli- ahli panel kita yang anggun lagi bergaya pada

hari ini.
Di sebelah kanan saya, Puan Emily Christina Binti Atin yang
merupakan ahli panel yang pertama. Beliau bertugas sebagai
Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bangi. Selamat datang puan,
apa khabar ?
Ahli Panel
1

Terima kasih saudari moderator. Alhamdulillah, khabar baik.

Moderator

Seterusnya ahli panel kedua, anggun dengan busana biru , iaitu


Dr.Wan Nurul Aqilah Binti Wan Mahyudin. Beliau merupakan
Pensyarah Cemerlang di IPG Kampus Teknik. Selamat datang
juga.

Ahli Panel
2
Moderator

Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik,maka saya


berada di sini bersama moderator dan para hadirin. Salam forum
buat semua.
Sidang hadirin sekalian,
Apakah sebenarnya globalisasi pendidikan dan sejauh manakah
kita

diberikan

pendidikan?

Bagi

pendedahan

tentang

menjawab

persoalan

mengajukan soalan ini


memberikan
Ahli Panel
1

penjelasan

konsep
ini,

globalisasi

izinkan

saya

kepada ahli panel pertama untuk


mengenai

definisi

atau

konsep

globalisasi pendidikan itu sendiri. Dipersilakan.


Terima kasih kepada moderator yang cantik molek pekertinya
membawa rasional persoalan. Assalamualaikum w.b.t.
Terlebih

dahulu,

yang

dihormati,

kombinasi

intelektual

kehakiman, rakan panel dan seterusnya hadirin yang dirahmati


Allah sekalian.
Era

globalisasi

meletakkan

Malaysia

berhadapan

dengan

pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun


sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita
menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik
kita memahami maksud sebenar globalisasi. Globalisasi berasal
daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga
perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu
perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud
seantero dunia.
Manakala,menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986)
telah

mentafsirkan

global

bermaksud

mengenai

dunia

seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Dari


sudut pengertian yang lain, globalisasi pula bererti fenomena
yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia
disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Globalisasi juga bermaksud suatu proses yang membolehkan
sesuatu

aktiviti

disebar

atau

diperluaskan

ke

peringkat

antarabangsa atau ke seluruh dunia melalui kemudahan sistem

komunikasi. Globalisasi boleh definisikan sebagai suatu usaha


mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh
sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh
dunia. Cendekiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai dunia tanpa
sempadan borderless world, suatu fenomena tatacara baru
dalam mewujudkan ciri-ciri penyejagatan. Dunia mahu dijadikan
suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu yang
singkat hasil perkembangan mendadak teknologi maklumat yang
menggunakan

media

komunikasi

seperti

Internet,

media

elektronik, dan teknologi siber. Globalisasi yang diberi erti luas


ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan kerana
ianya sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat
Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga
berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina
kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa
kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa dengan
globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan
ianya

berfokus

kepada

profesion

keguruan

yang

semakin

mencabar di negara ini.


Ringkasnya, globalisasi pendidikan ini membawa definisi proses
perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang
berkualiti dan ianya akan memberi tekanan dan cabaran kepada
guru agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada
pengajaran moden serta berpandukan kepada hasil dapatan
penyelidikan pendidikan yang terkini.
Moderator

Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep


yang utuh lagi berisi.

Sebentar tadi

panel pertama ada

menyatakan bahawa, globalisasi adalah suatu hakikat yang tidak

dapat

dipertikaikan

dalam

arus

permodenan

ini.

Malah,

fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang ICT


atau

Revolusi

ICT.

Tambahan

pula,

fenomena

globalisasi

terutamanya dalam pendidikan telah mencetuskan pelbagai


cabaran dalam pelaksanaannya.
Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada
ahli panel kita yang kedua, apakah cabaran-cabaran yang
dihadapi terhadap isu globalisasi pendidikan
Ahli Panel
2

yang tercetus

daripada trend globalisasi?


Assalamualaikum w.b.t ,salam ukhwah dan salam kasih
sayang
Terima kasih Saudari moderator .
Sidang hadirin yang dihormati Allah.
Soalan yang amat menarik daripada moderator forum kita pada
hari

ini.

Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk


berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini,
umum

sedia

maklum

bahawa

globalisasi

dalam

sistem

pendidikan negara telah memberi banyak kesan terhadap


pendidikan

negara

pada

hari

ini.Tindak

balas

daripada

keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini


telah memberi kesan yang baik kepada kualiti hidup masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Dalam menempuh globalisasi
pendidikan

yang

pesat

berkembang

ini

sebenarnya

telah

membentuk banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh segenap


lapisan masyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai
misi dan visi pendidikan negara iaitu meningkatkan taraf
pendidikan bertaraf dunia. Menurut Hussain Mohamed (1998)
globalisasi

menyebabkan

pendidikan

negara

lebih

terbuka

kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan


cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras
dengan

keinginan

menjadikan

Kecemerlangan Pendidikan Dunia.

Malaysia

sebagai

Pusat

Oleh itu, ingin saya fokus kan terhadap terdapat lima cabaran
asas terhadap dunia globalisasi yang perlu ditempuh oleh
segenap masyarakat di Negara kita.
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang
pendidikan

dalam

mencadangkan

era

untuk

globalisasi,

merombak

pihak

cara-cara

UNESCO

telah

membangunkan

potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara


formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad (2001)
menyatakan

supaya

diperbanyakkan

institusi

latihan

dan

pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai


kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber
manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih
bermakna

kepada

pembangunan

negara

dan

juga

perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka


akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu
dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan
peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap
siagaan

yang

tinggi

dalam

berhadapan

dengan

pelbagai

kemungkinan era globalisasi kini.


Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi
cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi.
Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong
berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan
negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud,
terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan
seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan
pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan
penggunaan multimedia.
2.

Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan

persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai


penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran

daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini


memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan
maklumat

sesuai

dengan

keupayaan

mereka

dan

aplikasi

pelbagai stail pembelajaran.


3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi
membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada
pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu,
pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik
darjah

untuk

pengajaran

dan

pembelajaran.

Ini

bagi

membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan


dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara
elektronik dengan rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi
maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan
diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan
dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan.
Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal
ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan
teknologi
perisian

telekomunikasi
baru

telah

dan

pengkomputeran.

diaplikasikan

yang

Beberapa

dikenali

sebagai

Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information


System)

bagi

meningkatkan

kecekapan

dalam

pengurusan

pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak


membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat
keputusan.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas
yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul,


memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan

kecekapan

dalam

penyediaan

gred/markah

peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
-

Membuat

agihan

sumber

kewangan,

buku

teks,

dan

sebagainya.
-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta
pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
Selain itu, Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa
proses

globalisasi

yang

melanda

dunia

telah

membawa

perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma


kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara
itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan
kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan
lembah

bukit,

kesemuanya

telah

menerima

tempias

dan

pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat


pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama
dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang
begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.
Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan
aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi
impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di
bawah:
1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang
positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Perwatakan

guru

yang

penyayang,

penyabar,

jujur,
sedia

amanah,
memberi

bersopan
pertolongan,

santun,
sedia

berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat


menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak

orang yang taat kepada amalan agama.


2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap
amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang,
bertolong

bantu,

kehidupan

kesantunan

beragama

adalah

akhlak

dan

mengamalkan

elemen-elemen

yang

perlu

dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut


merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara
bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform,
persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input
penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap
positif

terhadap

semangat

bekerjasama,

berdikari,

tolong

menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.


Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan
ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan
relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan
globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
Usaha

yang

dilihat

perkembangan

menerusi

profesionalisme

cabaran

globalisasi

keguruan

dalam

ialah

dapat

meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan


akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan
kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah
dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global,
kemahiran

ICT

dan

meluaskan

konsep

interaksi

pembelajaran

global

membolehkan

mengatasi

halangan

guru
bilik

darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru


perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan
guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.
Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan
mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan
bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan

kemajuan

anak-anak

mereka.

Pihak

perancang

pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit

secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah


secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu
dan

mengurangkan

menghalang

tumpuan

pelaksanaan

kepada

pendidikan

aspek
kita

lain

akan

terutama

bagi

memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.


Setakat ini sahaja saudari pengerusi. Terima kasih.
Moderator

Sungguh bernas lontaran idea daripada ahli panel kita yang


kedua. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus
bekerjasama

bagi

menangani

pelbagai

cabaran

globalisasi

pendidikan pada masa kini kerana cabaran tersebut perlu


ditempuh oleh segenap masyarakat di Negara kita bak kata
pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Seterusnya,
bagi mengupas isu ini dengan lebih mendalam lagi saya
persilakan panel kita yang pertama untuk memberikan sedikit
ulasan

mengenai

krisis-krisis

yang

tercetus

daripada

isu

globalisasi pendidikan ini bagi pusingan kedua forum kita pada


Ahli Panel
1

hari ini.
Terima kasih moderator yang sentiasa aktif menanyakan banyak
persoalan intelek. Baiklah, saya akan mengupas secara ringkas
dan padat mengenai krisis-krisis yang tercetus daripada isu
globalisasi pendidikan. Satu perancangan yang lebih baik boleh
dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana
ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di
negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami
kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan
bidang

pendidikan.

Globalisasi

memberikan

kesan

buruk

terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, disamping


perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat
yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun.
Krisis

kewangan

menimbulkan
pembangunan

timbul

masalah

apabila
membiayai

pendidikan.

Ini

negara

membangun

perbelanjaan

termasuklah

untuk

penyediaan

kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan

untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan


sekolah

dengan

infrastruktur

lengkap,

pendidikan

literasi

komputer dan sebagainya.


Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan
diperluaskan

melibatkan

dengan negara maju.


kepentingan

kerana

institusi

pendidikan

membangun

Apa yang pasti, program seperti ada


pengetahuan

dan

kemahiran

tertentu

dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan


kepakaran

dalam

bidang

perubatan,

biodiversiti

dan

kejuruteraan.
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran
dalam

sesuatu

bidang

dan

kemahiran

tertentu

akan

menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di


negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan
dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.
Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu
dipertahankan

dan

sentiasa

dipertingkatkan

kerana

warga

pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang


berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam
mendidik dan memimpin masyarakat ke arah perubahan dan
kemajuan.
Krisis

pendidikan

global

seperti

jurang

pendidikan

juga

menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah


dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan
global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya
menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang
pendidikan.
Terima kasih
Moderator

kepada

ahli

panel

pertama

kerana

telah

menyimpulkan satu akronim yang amat bernas dan mudah


diingati mengenai pelbagai krisis yang tercetus daripada isu
globalisasi pendidikan. Jelaslah bahawa profesion keguruan
memainkan peranan yang penting terutamanya dari sudut nilai
intelektual

dan

ianya

perlu

dipertahankan

dan

sentiasa

dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam

membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru


perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin
masyarakat ke arah perubahan dan kemajuan.
Tanpa

melengahkan

mempersilakan

masa

panel

yang

kedua

bergerak

untuk

pantas,

mengulas

lebih

saya
lanjut

terhadap sejauhmanakah isu globalisasi yang kini menjadi trend


hangat memberi impak kepada kita? Adakah memberi kesan
baik sahaja atau memberi kesan buruk semata atau memiliki pro
dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi
dalam pendidikan.
Ahli Panel
2

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi


dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya
sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, globalisasi
pendidikan ini membawa pro dan kontranya. Antara kesan positif
yang boleh kita dapat melalui globalisasi dalam pendidikan ialah
:

budaya pembelajaran sepanjang hayat


kebolehan berkomunikasi dalam bahasa

bahasa antarabangsa
menguasai
kemahiran

pekerjaan dan kehidupan seharian


pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
perubahan peranan guru dalam bilik darjah
peluang pendidikan terbuka luas
persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan

dan inovasi
perkongsian

sumbangan

teknologi

hasil

ibunda

untuk

penyelidikan

dan

keperluan

tentang

pengajaran dan pembelajaran


Terdapat beberapa

kesan negatif melalui globalisasi dalam

pendidikan iaitu:

kadar pengangguran semakin meningkat


pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke

luar Negara
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
perdagangan pendidikan

penyebaran

dengan intelek dan rohani


berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber

bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah Negara


pemantauan mendalam dari aspek permasalahan

sumber-sumber

yang

tidak

bersesuaian

antisosial
Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif,
ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan
bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau
sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan
dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang
bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai
negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Sekian,
terima kasih.
Moderator

Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita


kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat serta buah
fikiran masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak
sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya
masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita samasama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan
tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).
Kesimpulannya isu yang berkaitan dengan globalisasi dalam
pendidikan sebenarnya bukanlah suatu isu yang patut kita
pandang remeh kerana isu ini mempunyai pelbagai cabaran
yang perlu ditempuh dari segenap lapisan masyarakat.Tegasnya,
kesemua cabaran perlu diberi perhatian meliputi keperluan
terhadap

pembelajaran

telekomunikasi

dan

berterusan,

maklumat,

penggunaan

pengurusan

teknologi

pendidikan,

pembentukan jati diri murid serta kualiti guru. Kesemua cabaran


ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu daripada semua
pihak agar globalisasi pendidikan yang berlaku dalam negara
kita ini tercapai dengan sempurna dan baik.

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah


serangkap pantun yang berbunyi,
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi
terima

kasih

kepada

semua

hadirin

yang

sudi

hadir

menyaksikan forum ini. Sekian sahaja sesi forum untuk hari ini,
terkasar

bahasa,

tersilap

bicara,

mohon

dimaafkan.

Wallahualam Saya akhiri forum kita pada pagi ini dengan lafaz
yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah, Assalamualaikum
Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai