Tajuk Inovasi
Tajuk Inovasi
Tajuk Inovasi
secara amnya boleh didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang dapat memberikan
kegembiraan bahkan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira hasil
daripada aktiviti itu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan
keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Dalam maksud yang lain, kanak-kanak
bermain bukan kerana mereka inginkan sesuatu benda atau ingin mencapai tujuan
tertentu melainkan kepuasan. Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan
bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan
alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Hasil dapatan awal terhadap pelajar PPKI ini, kami dapati ada murid yang kurang
menumpuhkan pelajaran di dalam kelas, suka untuk tidur dan ini menganggu sesi
pembelajaran. Apabila ditanya, murid ini sering mengatakan yang dia penat. Namun
apabila seorang guru memberikan masa kepada murid-murid PPKI ini bermain pasir,
pelajar ini bersemangat dan tidak menunjukkan ciri-ciri mengantuk.
3.1 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah yang dihadapi oleh murid di kelas PPKI adalah, mereka sukar untuk
menumpuhkan perhatian di dalam kelas bahkan ada di antara mereka yang sering tidur
dan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak dapat
dijalankan dengan baik. Oleh itu kami telah memutuskan untuk membantu pelajar ini
agar mereka tidak bosan dan mengantuk di dalam kelas menerusi kit terapi pasir.
Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang
membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan
membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya. Terapi ini boleh dilaksanakan
kepada kanak-kanak, remaja, bahkan orang dewasa kerana terapi ini memberikan impak
positif seperti mengurangkan tekanan emosi bahkan membantu di dalam komunikasi dan
koordinasi.
Selain daripada itu, pelajar-pelajar pendidikan khas menghadapi masalah berkaitan
dengan koordinasi mata dan tangan. Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan
menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis untuk menulis sebarang idea.
Kemahiran ini sangat penting dan perlua ada di dalam setiap orang. Oleh itu melalui
penghasilan kit inovasi ini, murid dapat memperkuatkan kemahiran motor halus mereka.
4. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Saya membahagikan pelaksanaan kit terapi pasir ini kepada 3 bahagian iaitu
sebelum, semasa dan selepas untuk melihat tahap keberkesanan kit ini di dalam
membantu murid mengurus emosi mereka.
4.1 SEBELUM PELAKSANAAN KIT TERAPI PASIR
Sebelum merancang inovasi yang ingin dijalankan, kami mengenalpasti masalah
gangguan emosi yang dihadapi para pelajar PPKI. Daripada hasil pemerhatian semasa
mengajar, kami dapati para pelajar cepat berasa bosan bahkan yang lebih teruk lagi ada
segelintir pelajar yang tidur semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selalunya emosi
mereka berubah selepas waktu rehat. Oleh itu, kami merancang untuk melaksanakan
satu aktiviti yang sesuai kepada murid ini agar mereka tidak bosan di dalam kelas selain
murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus disamping murid dapat bermain.
Kami menyiapkan kit terapi pasir dengan menggunakan bahan-bahan terbuang
seperti kayu beroti dan papan lapis. Proses penghasilan kit ini tidak mengambil masa
yang agak lama kerana kami bekerja secara kumpulan dan kit ini dapat dihasilkan dalam
masa seminggu sahaja.
4.2 SEMASA PELAKSANAAN KIT TERAPI PASIR
Waktu pelaksanaan kit terapi pasir adalah selepas waktu rehat. Daripada pemerhatian,
waktu puncak kerana tumpuan pelajar untuk belajar di dalam kelas cepat terganggu dan
mereka akan cepat berasa bosan. Jika sesi pengajaran dan pembelajaran tetap
diteruskan maka murid tidak akan memahami apa yang diajar. Main adalah penting
kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990).
Terapi
umumnya ialah
satu
kaunseling
atau
kaedah
individu
untuk
serta
menolong
berkomunikasi
individu
menyelesaikan
masalah
Melalui
dalam
terapi,
sesuatu
psikososial.
pergerakan
otot
melakukan
terapi
boleh
menyebabkan kanak-kanak untuk lebih fokus dan akhirnya punca sebenar gangguan
emosi Gambar
dapat dikeluarkan
dikurangkan.
1 dan 2 atau
keadaan
pelajar semasa waktu rehat dan selepas waktu rehat
Dalam kit inovasi kami ini, kami tidak menggunakan pasir sebenar kerana pasir ini
tidak begitu sesuai untuk murid pendidikan khas. Ini kerana cara mereka bermain adalah
lebih kasar jika dibandingkan dengan pelajar perdana. Mereka sering menumpahkan
pasir keluar daripada kawasan bermain dan ini akan menyebabkan keadaan persekitaran
menjadi kotor. Oleh yang demikian, kami menggunakan pasir sintetik untuk mengantikan
pasir sebenar.
a.
dan
pembelajaran selepas daripada pelaksanaan kit terapi pasir ini. Ini kerana
menerusi pelaksanaan kit ini, murid dapat meluahkan segala emosi yang
terpendam di dalam diri mereka. Segala emosi-emosi yang menganggu dapat
disingkirkan menerusi aktiviti bermain.
GURU
Melalui pelaksanaan kit terapi pasir ini, guru dapat mengajar dengan lebih efektif
kerana murid memberikan tumpuan penuh semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak perlu lagi untuk meninggikan suara atau memarahi
pelajar. Selain itu juga, guru dapat memberikan peluang kepada murid untuk
meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Sebagai contoh menerusi aktiviti
membuat bentuk-bentuk daripada acuan bentuk yang ada, murid menggunakan
jari iaitu motor halus untuk membuat bentuk. Menerusi aktiviti ini, secara tidak
langsung, keupayaan motor halus mereka akan menjadi lebih baik daripada
sebelumnya.
PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah dapat menyediakan beberapa banyak kit seperti ini bahkan boleh
disediakan untuk setiap kelas yang ada kerana tidak memerlukan kos yang
mahal.. Bahan-bahan yang digunakan boleh digunakan daripada bahan-bahan
kitar semula seperti kayu dan papan lapis.
6. TEMPOH PELAKSANAAN INOVASI
Inovasi ini dijalankan sepanjang tempoh menjalankan internship pada 11 Julai hingga
5 Ogos 2016 di Kelas PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir.
7. RUJUKAN