Permainan Bahasa 1
Permainan Bahasa 1
Permainan Bahasa 1
Nama permainan
: Kotak Misteri
Kemahiran
Jenis aktiviti
Prosedur permainan
KELEBIHAN
Dapat menarik perhatian murid-
KELEMAHAN
Memerlukan tempoh masa yang
PERMAINAN BAHASA
murid untuk mengambil bahagian
dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (p&p).
Suasana proses p&p menjadi
panjang.
Kawalan kelas dari sedi kawalan
(kebisingan).
Memerlukan masa yang panjang
untuk dirancang dan dikendalikan
oleh guru.
Kanak-kanak yang lemah akan
berasa rendah diri.
cabaran.
Dapat membina keyakinan dalam
diri murid.
Memberikan peluang kepada
murid-murid untuk
memperlihatkan secara langsung
kreativiti, bakat dan potensi diri.
CARA MENGATASI KELEMAHAN
Guru perlu merancang dengan teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising
tetapi tidak sehingga menggangu keseronokan permainan.
Guru melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.
Memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan cabutan
kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.
PERMAINAN BAHASA
Terdapat banyak kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada permainan
bahasa ini sepertimana permainan bahasa yang lain yang tidak boleh dimainkan
pada semua situasi dan peringkat umur murid-murid. Hal ini terpulang kepada
kreativiti seorang guru tersebut dalam mengubahsuai seseuatu permainan bahasa
itu untuk disesuaikan dengan murid-murid mereka.
Kelebihan yang pertama ialah permainan Kotak Misteri ini dapat menarik
perhatian murid-murid untuk mengambil perhatian murid-muridnya untuk mengambil
bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). Hal ini kerana, kelancaran
sesuatu proses p&p juga bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh muridmurid. Kedua ialah suasana proses p&p menjadi lebih seronok dan berkesan dengan
kerjasama murid-murid dengan guru mereka. Aktiviti ini lebih berfokuskan latihan
murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila memikirkan jawapan.
Apabila mereka dapat memberikan perkataan yang berkaitan, secara tidak
langsung permainan bahasa ini dapat memupuk semangat daya saing mereka,
membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi caparan, dapat
membina keyakinan dalam diri murid dan sterusnya dapat memberikan peluan
kepada murid untuk memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi
diri menerusi dendaan.
Walau bagaimanapun, permainan bahasa ini berlangsung dalam tempoh
masa yang panjang dalam p&p. Kawalan kelas dari segi kebisingan suara muridmurid akan berlaku setiapkali pusingan dan dendaan tersebut berlaku. Selain itu,
guru juga memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan mengendalikan
permainan ini dan seterusnya kanak-kanak yang lemah akan berasa rendah diri
apabila mereka tidak dapat memberikan sebarang jawapan.
Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh guru khasnya dalam
membaiki kelemahan yang ada. Pertama sekali ialah guru perlu merancang dengan
teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.Kemudian
memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising tetapi
tidaklah sehingga menggangu keseronokan permainan.Perkara ketiga ialahguru
melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.Akhir sekali
ialah guru perlu memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan
cabutan kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.