New Punca Tsunami

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Punca tsunami
2.1 BAGAIMANAKAH TERJADINYA TSUNAMI
Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan
ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan
gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah
runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada
permukaan laut.
2.1.1 LETUPAN GUNUNG BERAPI
Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan
masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan
mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya.
Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan
berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan
seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan
ombak setinggi 12 tingkat bangunan.




Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan
persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di
Selat Sunda ndonesia.
Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di ndonesia adalah seperti berikut, 19
Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12
Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa
dan pada 3 Jun 1994 bencana tsunami melanda daerah Banyuwangi
mengorbankan seramai 208 orang.

2.1.2 HENTAMAN KOMET ATAU ASTEROID


entaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi.
Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan
bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit
Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.
Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangkakan
bahawa sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan
lautan Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan Pantai Barat atas
sehingga Pergunungan Appalachian dan menengelamkan persisiran Perancis dan
Portugis.

2.1.3 GEMPA BUMI DASAR LAUT
Selain itu , punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar
laut yangberpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku
pada zonterbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau
"lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri
menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi.
Terdapat zon terbenam "subductionzones" di pinggir negara Chile, Nicaragua,
Mexico, dan ndonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh 100
tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga
1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa.
Negara ndonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang
merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan ndo-
Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, ndonesia
juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.
Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-
sekat melekat sekejap sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua,
tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada

dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas;
sementara bahagian lain mungkin tenggelam.
Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan
tsunami pun terhasil. Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia,
tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik.
"Pacific Ring of Fire".
Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak
tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan
Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik.
Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah
Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut.
Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang
tsunami. Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu
sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak
dapat dibezakan dengan ombak biasa.










2.1.4 OMBAK TERSEBAR DAN MERUNDUK


Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara
puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya,
puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak.
Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan
atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.
Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang
tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga.
Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di
persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang
mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepus setelah bergerak selama
22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-
alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.
Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan
dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam
ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian
dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu,
gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal
di dasar lautan. ni menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini
sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.
Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang
amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti
ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami
sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim
air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan
kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan
tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan
permainan.

2.1.5 BENTUK PERMUKAAN DASAR LAUT


Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai
memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang
terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan . Pada
tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata
setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki).
Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak
dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami
setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.

Anda mungkin juga menyukai