Litar Akhir Pemanas Air
Litar Akhir Pemanas Air
Litar Akhir Pemanas Air
Litar Akhir Kuasa Peralatan Litar yang mengambil bekalan terus dari sumber
bekalan. Menggunakan peralatan kawalan tertentu bagi mengawal bekalan
seperti pemula, unit kawalan pemasak dan suis dwi kutub. Menggunakan saiz
kabel tidak kurang dari 4mm. Litar yang disambungkan pada peralatan elektrik
tertentu seperti pemanas air, pemasak dan unit penyaman udara dipanggil litar
akhir kuasa peralatan. Alat kawalan tertentu digunakan untuk mengawal bekalan
kuasa elektrik pada litar ini. Contohnya, pemula digunakan untuk unit pendingin
udara, suis pemanas air untuk alat pemanas air dan unit pemasak untuk
pemasak elektrik.
Nilai kadaran arusnya ialah 20 A ke atas. Jenis litar akhir yang disambung terus
daripada kotak agihan adalah seperti rajah dibawah :-
Pemasak dan Pemanas Air Dalam peraturan IEE Edisi ke -15 pada peraturan 54020 hingga 554-30 dinyatakan dengan jelas cara litar akhir dipasang. Secara
amnya litar akhir masih diikuti, sebagai contoh dalam peraturan ada menyatakan
bahawa pemanas peredaman melebihi 15 liter atau peralatan pemanas yang
besar. Pemanas ini hendaklah mempunyai litar akhir sendiri (tidak berkongsi
dengan litar lain).Rajah di atas menunjukkan litar akhir yang disambung terus
daripada Kotak Agihan
Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan
berikut:
Pemutus litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang
hendaklah mempunyai lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas.
Pembumian pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE rangka
pemanas diikat ke penyalut kabel.
RCCB (Residual Current Circuit Breaker) adalah peranti penting yang sering dipasang
pada sistem pembekalan elektrik di dalam sesebuah premis bertujuan untuk mengelakkan
renjatan elektrik yang boleh membawa kepada kematian. Sekiranya terdapat arus elektrik yang
melalui badan manusia, RCCB akan mengesan keadaan ini dan secara automatik memutuskan
bekalan elektrik.
Meskipun, RCCB telah dipasang pada papan agihan bekalan elektrik, tetapi ada
kemungkinan RCCB tersebut gagal/lambat berfungsi apabila berlaku renjatan elektrik. Ini adalah
kerana, RCCB di papan agihan tidak dapat mengesan arus renjatan elektrik yang kecil,
tambahan kualiti peralatan elektronik kebelakangan ini sangat rendah (tiada mendapat persijilan
dari agensi antarabangsa yang berkaitan) telah menyebabkan RCCB semakin kurang sentitif
untuk mengesan renjatan elektrik .
Oleh itu, pemasangan RCCB tambahan berkepekaan tinggi diperlukan untuk mengesan
kejadian renjatan elektrik yang disebabkan oleh litar pintas dari pemancur air panas.
RCCB tambahan ini hendaklah dipasang pada kabel bekalan kuasa pemancur air panas. RCCB
berkepekaan 10mA hendaklah digunakan pada pemasangan ini. RCCB 10mA sepatutnya
dipasang pada peralatan elektrik yang melibatkan air, tempat basah atau lembab dan tempat
hiburan awam seperti pemancur air panas, pam air, lampu dalam air dan alat permainan di
tempat hiburan awam . RCCB 10mA juga direka untuk pemasangan pada alat biomedikal di
hospital dan juga peralatan elektrik yang melibatkan pengunaaan oleh orang tua dan kanakkanak/bayi .
Kebanyakkan pemancur air panas yang dijual kini telah dilengkapi RCCB terbina dalam,
jadi dengan pemasangan RCCB tambahan ini, bermakna terdapat 2 peringkat keselamatan
untuk alat pemancur air panas. Sekiranya RCCB terbina dalam alat pemancur air panas
gagal/lambat berfungsi memutuskan bekalan elektrik apabila renjatan elektrik berlaku, maka
RCCB tambahan akan bertindak.