Sejarah & Asal Usul Kek Lapis
Sejarah & Asal Usul Kek Lapis
Sejarah & Asal Usul Kek Lapis
Dulu pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya
wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri.
Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap
pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ole-ole untuk
dibawa pulang. Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik
serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.
Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja
untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan
sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ole-ole.
Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula
diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.
Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang
dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan
lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin
popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari
Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.