Modul LDK
Modul LDK
Modul LDK
Sesi Taruf
Masa : 30 minit
Objektif : Mengenali dengan lebih dekat identiti antara peserta dalam kumpulan.
Pelaksanaan :
1. Fasilitator dikehendaki mengarahkan kepada pelajar dalam kumpulan masingmasing untuk menyediakan satu barang yang dapat mewakili diri mereka.
2. Pastikan bahawa barang yang akan diserahkan kepada fasilitator ini tidak
diketahui oleh ahli-ahli dalam kumpulan.
3. Fasilitator dikehendaki mengambil semua barang tersebut dan kemudian
memberikan barang-barang tersebut kepada pelajar-pelajar semula. Pastikan
bahawa pelajar tidak diberikan barang kepunyaan mereka sendiri.
4. Pelajar akan diminta untuk memberikan tafsiran terhadap barang yang ada
ditangan mereka.
Perbincangan :
1. Minta setiap pelajar menjelaskan ciri-ciri pemilik barang berdasarkan barang yang
berada ditangan mereka.
2. Minta respon daripada pemilik barang tersebut sama ada mereka bersetuju dengan
pendapat daripada orang yang mentafsir barang kepunyaan mereka.
Kesimpulan :
1. Manusia memiliki kebolehan dan ciri-ciri yang tersendiri yang telah ditentukan
oleh Allah S.W.T.
2. Kita sebagai pelajar seharusnya melatih diri untuk menerima kelemahan dalam
diri dan dapat menerima pendapat daripada orang lain.
3. Melatih diri berinteraksi dan memberikan idea-idea yang bernas.
Trade Mark
Masa : 30 minit.
Objektif : Memecahkan dinding pemisah antara peserta dalam kumpulan dan
menekankan keperluan interaksi yang berkesan antara peserta.
Pelaksanaan :
1. Peserta dikehendaki memikirkan satu `trade mark bagi diri mereka.
2. Peserta pertama diminta melakukan `trade mark tersebut sambil menyebut nama
mereka.
3. Pelajar seterusnya akan melakukan perbuatan yang sama tetapi dalam masa yang
sama perlu melakukan `trade mark pelajar-pelajar sebelumnya.
4. Fasilitator hendaklah memastikan bahawa pelajar dapat mengingat `trade mark
semua pelajar dalam kumpulan mereka.
Perbincangan :
1. Melatih pelajar untuk membentuk identiti dalam diri masing-masing.
Rumah Idaman
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4
Objektif : Melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik serta memberi
idea-idea yang kreatif.
Pelaksanaan :
1. Fasi mengarahkan setiap kumpulan untuk melukis sebuah rumah (anggap bahawa
mereka adalah dalam sebuah keluarga, mesti ada seorang ketua dan seorang
pelukis)
2. Pastikan bahawa rumah yang dilukis memiliki ciri-ciri harmoni dan bersesuaian
dengan konsep kekeluargaan.
3. Fasi hanya dibenarkan membantu di peringkat awal.
Perbincangan :
1. Bincangkan sama ada rumah idaman itu bersesuaian dengan kumpulan mereka.
Jika ada pertelingkahan pendapat, minta mereka bincangkan semula apa yang
perlu diperlukan.
2. Tekankan bahawa segalanya adalah bermula dari rumah. Kaitkan dengan keadaan
harmoni, gembira dan semangat kekeluargaan (peranan ibu bapa, abang, kakak
dan adik)- bagi pelajar asrama (penyelia, ketua asrama) ia menjadi penentu
kepada kejayaan pelajar- kaitkan dengan keselesaan pembelajaran tanpa tekanan.
3. Tekankan bahawa permasalahan yang timbul sebenarnya dapat diatasi sekiranya
anggota keluarga dapat berbincang dengan cara yang baik dan bertolak ansur
antara satu sama lain-merujuk pelajar-pelajar asrama.
4. Bincangkan juga permasalahan yang dialami tidak seharusnya ditanggung sendiri,
sebaliknya terdapat anggota dalam keluarga yang dapat membantu.
Kesimpulan :
Rumah idaman merupakan satu modul yang menekankan keharmonian dalam keluarga
supaya ia dapat membentuk persekitaran yang sihat dalam proses pembentukan pelajar
yang cemerlang.
Barang Kesayangan
Bahan : Kertas A4
Masa : 30 minit
Pelaksanaan :
1. Pelajar akan diberikan sekeping kertas A4 setiap seorang dan diminta untuk
mencipta/membuat sesuatu barang /lukisan pada kertas untuk dihadiahkan kepada
orang yang tersayang.
2. Fasi seterusnya akan mengambil barang ciptaan/lukisan tersebut daripada pelajar
dan merosakkan/mengoyakkan kertas tersebut.
Perbincangan :
1. Minta pelajar nyatakan perasaan mereka masing-masing dalam situasi tersebut.
2. Bawa pelajar berfikir tentang pengorbanan orang lain terhadap diri mereka dan
adakah mereka menghargai pengorbanan tersebut.
3. Kaitkan juga bahawa pelajar seharusnya menyayangi diri mereka.
4. Pastikan bahawa Fasi dapat mngawal keadaan.
Kesimpulan :
1. Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah di atas kesempurnaan yang telah
dikurniakan.
2. Menghargai kasih sayang dan pengorbanan kedua ibu bapa terhadap diri pelajar.
3. Kesedaran tentang perlunya ada perasaan sayang terhadap diri sendiri.
Perompak Mantap
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4
Objekif : Mendedahkan kepada pelajar tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada pada
seorang pemimpin dan kepentingannya dalam aspek kepimpinan.
Pelaksanaan :
1. Fasi akan mengarahkan kepada pelajar-pelajar dalam kumpulan untuk
menyenaraikan seberapa banyak yang mungkin tentang ciri-ciri seorang
perompak yang berjaya.
2. Setiap pelajar akan diminta oleh fasi untuk membacakan kesemua ciri-ciri
perompak yang berjaya yang telah mereka senaraikan.
Perbincangan :
1. Pelajar akan diminta oleh fasi untuk mengubah ciri-ciri perompak berjaya tadi
kepada ciri-ciri pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.
2. Fasi akan membincangkan kepada pelajar tentang ciri-ciri ini dan kepentingannya
kepada seorang pemimpin.
3. Seperti perompak, pemimpin juga memerlukan ciri-ciri tertentu untuk
membolehkan dia berdiri sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.
Graf Kehidupan
Masa : 30 minit.
Bahan : Kertas A4 dan pen.
Objektif : Melatih pelajar bersikap terbuka dan mengikis sifat malu yang keterlaluan.
Pelaksanaan :
1. Peserta diminta melukis graf seperti gambarajah di bawah
gembira
sedih
10 tahun
2. Peserta diminta bercerita kisah suka dan duka berdasarkan tahun-tahun yang telah
dinyatakan.
3. Saling berkongsi cerita, terbuka kepada semua peserta. Hubungkan cara yang
telah digunakan tadi untuk merancang masa depan.
Perbincangan :
1. Melahirkan sifat keterbukaan peserta dan mengambil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku.
2. Fasi diminta untuk mengawal keadaan.
Pengajaran :
1. Kehidupan sentiasa berubah-ubah, ada tika bergembira dan ada tika berduka.
2. Setiap perkara yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan
sempadan.
Perbincangan :
1. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 5 minit untuk mempromosikan
buah ciptaan mereka.
2. Kumpulan lain akan diberi peluang untuk memberikan beberapa soalan kapada
kumpulan yang sedang membentangkan hasil kerja mereka.