Teori Keperibadian

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 21

1.

BAB 7 Pemikiran Sebagai Asas Etika Dan Nilai-Nilai Moral Bahagian Pertama
2.
Pemikiran Sebagai Asas Pembentukan Etika
Pemikiran adalah asas dalam membentuk etika kehidupan yang harmonis,
sejahtera dan sejagat. Melalui asas ini, beberapa teori etika telah dibina untuk
memerihalkan pendekatan etika yang dapat diimplentasikan dalam kehidupan
manusia. Oleh itu, terdapat dua kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh etika
iaitu kaedah deontologikal dan teleologikal dalam membincangkan tingkah laku
manusia yang dikategorikan baik atau buruk, patut atau tidak dan benar atau
salah.
Teori Etika Deontologi
Teori ini menggunakan pendekatan berorientasikan tindakan. Mengikut
pendekatan ini, pengukuran dan penilaian sesuatu tingkah laku bergantung
kepada tindakan seseorang individu dan bukan akibat daripada tindakan
tersebut. Ini menunjukkan bahawa penilaian tentang betul atau salah tindakan
seseorang dilihat daripada pengukuran. Situasi ini tidak relevan kerana dalam
aspek yang lain peraturan yang dipegang oleh golongan tersebut kmungkinan
tidak dapat diterima dalam konteks yang sejagat. Individu yang menerima
deontologi menganggap bahawa sesuatu tindakan bermoral akan melibatkan
kesedaran diri (bernilai intrinsik) dalam menghadapi halangan-halangan atau
peraturan yang ditetapkan atas kepentingan antara diri dengan kebaikan umum.
3.
Teori deontologi dihuraikan seperti berikut:
Teori deontologi peraturan (rule deontologry) yang mengatakan bahawa
kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan itu adalah terdiri daripada
satu atau lebih peraturan. Peraturan itu merupakan asas dan bukan
pertimbangan moral seseorang itu dalam sesuatu tindakan. Tindakan ini dirujuk
kepada situasi yang tertentu yang dirujuk pula kepada peraturan-peraturan
berkenaan. Dalam erti kata lain, pengukuran dan pertimbangan tindakan
seseorang individu adalah bergantung kepada kepiawaian dan bukan
keseronokan atau kesengsaraan. Oleh itu, deontologi peraturan mementingkan
kebaikan sesuatu tindakan itu dibandingkan dengan kepiawaian yang sesuai
untuk dilakukan oleh individu.
Teori deontologi tindakan (act deontology) menegaskan bahawa semua
pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menitikberatkan apa
yang telah berlaku atau tindakan dalam situasi tertentu seperti tindakan
menyerang Iraq adalah tindakan yang diambil oleh Amerika bagi membanteras
penganas-penganas tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi oleh rakyat
Iraq.
4.

Teori-Teori Etika Deontologikal


Perbincangan teori etika deontogikal melihat kepada teori prinsip kewajipan
( duty ) dan teori keperibadian mulia ( virtues ).
a) Prinsip Kewajipan
Salah satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan (rule deontology)
yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724 - 1804) ialah prinsip kewajipan
atau tugas (duty). Prinsip ini menegaskan bahawa tugas dilakukan semata-mata
kerana tugas itu. Kant cuba mengenal pasti peraturan asas sejagat (universal)
bagi tindakan yang perlu individu gunakan sebagai rujukan. Oleh itu, Kant
menegaskan bahawa untuk pertimbangan sesuatu tindakan (sama ada betul
atau salah) individu perlu melihat sama ada tindakan tersebut mematuhi
peraturan universal moral atau tidak. Individu tidak perlu menjangka dan menilai
kesan tindakan individu sebelum individu melakukan tindakan tersebut. Individu
perlu mengambil kira kebebasan, keadilan, kebijaksanaan dan pilihan untuk
sesuatu tindakan yang bermoral. Dengan wujud kebebasan dan keadilan,
individu boleh menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan sesuatu
tindakan yang telah dirujuk kepada peraturan universal moral. Tindakan ini
dianggap sehagai tindakan bermoral. Ini bererti konsep peraturan universal
mengawal tindakan seseorang.
5.
Kant menjelaskan hal ini sebagai:
Konsep tekad baik (Goodwill)
Konsep tekad baik atau goodwill bermaksud sesuatu yang baik tanpa syarat
dalam melakukan sesuatu tindakan. Kant menyatakan perkara-perkara yang baik
ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan
pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant
tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa vang telah atau
ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik
hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini
kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya
atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian
moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah
suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan
sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan
atau menghormati undang-undang.
Oleh itu, secara ringkas, Kant menegaskan bahawa individu yang baik dari segi
moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan
atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang.
Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan
tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu
pilihan. Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan,
diperaku dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih

dikenali sebagai categorical imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat).
Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak
cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu
mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara
rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang
yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan
konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat
adalah formula asas prinsip kemoralan.
6.
Prinsip perintah mutlak ( Categorical Imperative Principle )
Prinsip ini merupakan prinsip moral yang bermaksud peraturan atau undangundang moral telah dibentuk harus dipatuhi oleh semua orang tanpa
pengecualian. Prinsip-prinsip yang tidak mampu melayani semua ejen maka
perlu ditolak atau menjadi peraturan moral. Kemoralan bermula apabila individu
menolak prinsip-prinsip yang tidak boleh dijadikan peraturan universal. Dalam
hal ini, Kant menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan
tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak
atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini
akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan
memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan
digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali
sebagai categorical imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip
moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap
bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu mesti
bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya,
prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang
objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep
pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat adalah
formula asas prinsip kemoralan.
7.
Prinsip bermatlamatkan kemanusian
Tekad baik juga mementingkan prinsip kemanusiaan yang menjadi matlamat,
bukan alat perlakuan individu. Sebagai contoh, tindakan menculik adalah satu
tindakan yang menjadikan manusia sebagai alat mendapat wang tebusan. Ini
bermakna, bukan kemanusiaan yang menjadi matlamat perlakuan penculik itu.
Tekad individu yang rasional
Seterusnya formula tekad baik ialah tekad yang menggubal undang-undang
moral sejagat dengan tekad individu yang rasional. Contohnya, prinsip jangan
mungkir janji yang digunakan bagi individu yang menggunakan prinsip tekad
yang rasional. Alasannya orang yang rasional akan berfikir tindakan memungkiri
janji akan menyebabkan orang akan hilang kepercayaan.

8.
b) Teori Keperibadian Mulia (Virtue Ethics)
Teori keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia ari
segi falsafah moral. Tumpuan persoalannya tentang Apa yang harus aku jadi?.
Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang
berasaskan kepada keunggulan. Kemahiran dalam etika diharapkan dapat
membantu manusia untuk membuat penaakulan moral yang bijak dalam
kehidupan. Eika keperibadian mulia dinyatakan sebagai etika virtues dalam
penulisan Aristotle (384-322 S.M). Perkataan virtue berasal daripada perkataan
Latin iaitu virtus atau Greek dengan perkataan arete, yang bermaksud kekuatan
yang merujuk kepada kelakian. Bagi Aristotle, `virtues' atau keperibadian mulia
adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian,
kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang mernainkan peranan penting
dalam kehidupan bermoral masa kini.Bagi beliau, terdapat dua jenis
keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral.
Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk
memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala
keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan
berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman.
Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung
menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa
keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan
sesuatu tujuan. Keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana
seseorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Aristotle
berpendapat cara yang baik untuk memperoleh keperibadian mulia ialah melalui
latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan
diri sendiri.
9.
Satu lagi ciri keperibadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap
keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak
terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan
yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela (sila lihat jadual Virtues dan Vices
Aristotle). Setiap individu perlu mengambil jalan tengah dalam hal-hal berkaitan
dengan keyakinan atau ketakutan. Jika tidak individu itu dianggap sebagai
pengecut. Doktrin jalan tengah tidak boleh digunakan bagi tindakan yang
bersifat jahat kerana apa juga cara dilakukan, sama ada berlebihan, kurang atau
sederhana tetap dikatakan jahat dan salah.
10.
Jadual Virtues dan Vices Aristotle
Bidang perlakuan atauPerasaanBerlebihanJalan tengahTerlalu kurang Kegentaran
ataukelakutan danKeyakinanKegopohanKeberanian Perasaan atau
perlakuanpengecut ataupenakut Keseronokkan dan kesakitanBerkelakuan

tidakSenonohTahan diriKeadaan tidak boleh dinikmati Pendapatan


danperbelanjaan (kecil) Boros bazirMurah hatiLokek, kikir atau kedekut
Pendapatan danperbelanjaan (besar) Pemborosan kasarDermawanKecil-kecilan
Kemuliaan dan keaiban Bermegah-megah, keangkuhanKemuliaan diriMudah
takut MarahPanas hati SabarKurang semangat Pengucapan diriCakap besar,
sombong, penuh lagak. Ketulusan dan kebenaranPernyataan merendahkan
diriPerbualan Kel akarBijakCanggung, kasar Kelakuan sosial Mempertahankan
diriRamah tamahSuka mengalah Perasaan malu Terlalu maluSopanMuka tebal
Kemarahan keranaketidakadilan Mencemburui Kemarahan yang wajarSuka pada
kejahatan
11.
Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu sifat
semulajadi telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada
Tuhan yang telah menganugerahkan insan seperti para nabi dan rasul yang
memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Bahkan manusia mempunyai
sifat naluri ingin tahu dan suka meniru juga membantu dalam membentuk
keperibadian mulia. Ini menunjukkan bahawa keperibadian mulia seseorang idak
semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana ia turut dipengaruhi oleh
sosial masyarakat, perkembangan semasa dan rakan sebayanya. Selain itu,
keperibadian mulia boleh diperoleh dengan memerhati dan bergaul rapat dengan
mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.
Seterusnya, Barnes (1979) mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana
doktrin tersebut tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat
sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana
mempunyai maksud yang sama seperti mana tindakan yang patut diambil tanpa
memberi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan cara yang patut,
sederhana atau baik apabila menghadapi situasi moral. Keadaan ini menjadikan
seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. Begitu
juga McPhail (1982) yang berpendapat bahawa doktrin ini tidak relevan dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pertimbangan dalam sikap bercakap benar. Ini
kerana percakapan hanya boleh dikategorikan sebagai benar atau tidak benar.
Selain itu, dalam hal keadilan, menurut Abul Quasem (1976) yang memetik kata
Al-Ghazali bahawa keadilan bukan satu jalan tengah antara dua tindakan yang
melampau. Jalan tengah untuk keadilan tidak akan wujud dalam kezaliman dan
penderitaan.
12.
Perbincangan di atas telah membayangkan memang sukar untuk menerima
konsep etika keperibadian mulia. Namun, keperibadian mulia tidak boteh
diketepikan dalam menerangkan etika. Wallacc (1978) berpendapat bahawa
keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan
untuk kesejahteraan hidup manusia. Philip Foot (1978) menunjukkan bahawa
manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian. kesederhanaan dan
kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada sifat untuk meletakkan keadilan.
Geach (1977) menerangkan mengapa manusia memerlukan kebijaksanaan

praktikal untuk apa jua rancangan sama ada besar atau kecil? Beliau berkata
bahawa manusia memerlukan keadilan untuk mendapatkan kerjasama dan
saling mernpercayai supaya kehidupan manusia tidak bersifat kehaiwanan dan
manusia juga memerlukan keberanian untuk ketabahan dalam menghadapi
kegagalan, kesulitan dan bahaya. Warnock (1976) berkata keperibadian mulia
boleh membentuk simpati manusia dan ini akan memberi sumbangan dalam
merapatkan hubungan manusia.
Secara keseluruhannya, etika keperibadian mulia amat penting untuk
memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu
yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan
penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat
mulia dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati
seseorang individu. Dalam hal ini, etika yang melibatkan keperibadian mulia dan
kemoralan akan mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan ciri-ciri watak yang
cemerlang serta murni. Malah kemoralan dan kemuliaan akan diterima oleh
masyarakat yang bertamadun dan mempunyai perikemanusiaan dalam
memlihara keharmonian dan kesejahteraan sejagat.
13.
Teori Teleologikal
Golongan yang mengatakan bahawa tiada pertalian antara peraturan
masyarakat (kemoralan sosial) dan keperibadian mulia dengan etika, biasanya
lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Oleh itu, mereka telah
berfalsafah dan akhirnya menghasilkan beberapa teori etika yang
mengutamakan atau berasaskan prinsip tertentu yang berbeza dan
bertentangan. Ia dikategorikan sebagai teori teleologi yang menegaskan bahawa
kriteria dan piawai asas tentang sesuatu tindakan atau peraturan yang benar,
baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang
dianggap baik. Oleh itu, teori teleologi dikenali sebagai consequentialism.
Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai
instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap
bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan atau mungkin yang hendak
dihasilkan melebihi kejahatan. Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai
pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta
kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujud beberapa jenis
teori teleologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan individualisme (egoisme).
14.
a) UTILITARIANISM
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling
banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada
sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
keseronokan iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Quinton (1973), misalnya,

menganggap individu yang mendokong utilitarianisme sebagai mereka yang


bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh
natijah daripada tindakan tersebut. Penentu nilai berkenaan ialah keseronokan
dan kesakitan yang wujud bersamanya. Warnock (1979) pula berpendapat
bahawa perkataan utilitarian dicipta oleh Jeremy Bentham (1748-1832). Oleh itu,
Bentham telah dianggap sebagai pengasas prinsip utiliti dalam perbahasan
moral. Sesungguhnya, Bentham mengatakan bahawa manusia dikuasai dan
dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha
mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.
Selain itu, utilitarianisme juga menjadi asas teori kepada John Stuart Mill (18061873) yang memperihalkan utilitarianisme sebagai Konsep utiliti atau Prinsip
Kebahagiaan Terbanyak dengan menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu
benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan
dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Dalam konteks ini, kebahagiaan ialah
keseronokan yang dihajati dan tiadanya kesakitan, manakala kedukaan ialah
kesakitan dan tiadanya keseronokan. Keseronokan yang bebas daripada
kesakitan adalah natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.
15.
Sebagai contoh, isu moral yang berkaitan dengan peperangan. Bagi golongan
utilitarianisme dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan, perlu
dipertimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh
peperangan itu. Menurut etika utilitarianisme, peperangan tidak boleh
dijustifikasikan jika kemudaratan dijangka melebihi akibat baik yang dinikmati
oleh negara yang melancarkan peperangan. Sebaliknya, peperangan serta cara
peperangan itu dikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika
utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada
kesengsaraan dan penderitaan. Justeru, utilitarianisme akan menyokong
tindakan mengebom bandar-bandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak
berdosa terkorban) yntuk menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak
Nazi menang, dunia ini akan kehilangan sifat kemanusiaan dan kezaliman akan
berleluasa. Walau apapun, yang menjadi masalah ialah setiap negara yang
pernah berperang selalunya mendakwa mereka berbuat demikian untuk
menegakkan kebenaran bagi kebaikan dunia, manakala cara serta alat
peperangan canggih yang digunakan adalah wajar dari segi moral.
16.
Ini menunjukkan Bentham dan Mill mengetengahkan isu moral dari segi
pengalaman keseronokan yang dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan.
Dalam hal ini, sesetengah perkara yang menggunakan prinsip utiliti dengan
meminimumkan kesakitan, akan membenarkan situasi tertentu untuk melakukan
perkara tidak baik atas alasan perlu bagi menyekat berlakunya sesuatu yang
lebih buruk. Misalnya, kita akan dibenarkan mendera dengan keras seseorang
yang telah membuat kesalahan, malahan menghukum orang yang tidak bersalah
untuk mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan
lebih besar. Begitu juga untuk memaksimumkan keseronokan, sesuatu perlakuan

yang melibatkan bercakap bohong, tidak menepati janji dan sebagainya yang
boleh membawa kebahagiaan kepada 10 orang, akan diutamakan daripada
perlakuan lain yang dapat menjana jumlah kebahagiaan yang sama hanya
kepada sembilan orang walaupun perlakuan yang kedua ini tidak melibatkan
perkara tidak baik seperti bercakap bohong.
Contoh lain yang menggunakan prinsip memaksimumkan kebahagiaan yang
tidak relevan iaitu dalam mengagihkan wang atau barang kepada sekumpulan
manusia, orang yang paling iri hati atau tamak sepatutnya mendapat lebih. Ini
kerana orang biasa mudah bersyukur, tetapi orang yang iri hati atau tamak mesti
mahu lebih daripada orang lain untuk kepuasan, keseronokkan dan kebahagiaan.
Keadaan ini sebenarnya tidak adil dan berat sebelah. Oleh itu, mestilah diakui
bahawa konsep utiliti dengan mudah boleh berkonflik dengan prinsip keadilan.
Kerumitan mendamaikan utiliti dengan keadilan (suatu prinsip atau virtue moral
yang asas) bukan sahaja boleh menjadikan prinsip utiliti itu kurang menarik,
malah menyebabkan sukar bagi kita untuk menggunakan prinsip utiliti itu
sebagai asas moral atau etika yang memuaskan.
17.
ISTILAH-ISTILAH UTILITARISME
Terdapat dua istilah dalam prinsip utiliti iaitu:
a) Kebaikan.
Menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mesti dikaitkan dengan
kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita
sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana
ada nilai lain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai
matlamat hidup. Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan kualiti
lain vang menjadikan kehidupan itu berharga. Semua nilai-nilai moral tersebut
adalah lebih penting berbanding dengan keseronokan dan sesuatu yang benarbenar baik dari segi moral. Patut juga ditekankan bahawa terdapat keseronokan
yang jahat dan hasad kerana ada manusia (sadist) yang berasa seronok
membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.
Umumnya, perlakuan ini dianggap sebagai tidak baik, tetapi jika seseorang itu
menikmati keseronokan melakukannya, perlakuan orang itu pasti lebih durjana
berbanding jika dia melakukannya atas sebab lain. Misalnya, menyeksa orang
lain kerana hendak mendapatkan sesuatu daripada pihak musuh mungkin tidak
sejahat menyeksa seseorang kerana keseronokan.
18.
b) kebahagiaan.
Prinsip utiliti juga menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. Sedangkan
terdapat perbezaan antara keseronokan dan kebahagiaan. Menurut Frankena
(1973), `keseronokan' membayangkan perasaan yang agak khusus dan
membayangkan sensasi `rendah' atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak

mendalam atau berpanjangan. Manakala kebahagiaan melibatkan kepuasan


jangka panjang dan lebih mendalam. Selain itu, ungkapan seperti 'kehidupan
yang menyeronokan' menggambarkan sesuatu yang agak berbeza daripada
rangkai kata 'kehidupan yang membahagiakan'. Oleh itu, jika kita bersetuju
dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa keseronokan
ialah kebahagiaan, keraguan kita akan bertambah tentang sama ada
kebahagiaan mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak.
19.
PRINSIP-PRINSIP UTILITARISME
Prinsip-prinsip utiliti terdiri daripada:
Prinsip utiliti dalam keseronokan dan kesakitan yang melibatkan perasaan.
Perasaan adalah subjektif. Seperti yang dinyatakan oleh Durkheim (1968),
keseronokan atau kebahagiaan pada hakikatnya ialah suatu perasaan atau
pengalaman yang subjektif yang setiap orang menikmatinya mengikut kehendak
sendiri. Oleh itu, prinsip utiliti tidak bersifat objektif tetapi subjektif atau relatif
seperti juga prinsip simpati atau antipati yang telah dikritik oleh Bentham.
(Bentham mengkritik dan memburuk-burukkan prinsip simpati, antipati dan
prinsip etika yang lain dengan tujuan menyokong dan mewajarkan prinsip
utilitinya.)
20.
Keseronokan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang
disangsikan atau kabur.
Mereka yang berfahaman utilitarianisme percaya bahawa keseronokan dan
kesakitan adalah sensasi. Semua tingkah laku yang sensasi hanya boleh
digolongkan kepada keseronokan dan kesakitan. Golongan itu juga menganggap
bahawa keseronokan dan kesakitan itu bertentangan. Tetapi ramai pengkritik
utilitarianisme berpendapat bahawa semua kepercayaan dan anggapan itu tidak
tepat. Parekh (1974), misalnya, berhujah bahawa ada keadaan minda yang tidak
boleh diterangkan dengan betul dan tepat bagi menggambarkan keseronokan
atau kesakitan. Menurutnya, terdapat sensasi yang sebelum tercapai intensiti
atau keamatan minimum tertentu, sesungguhnya bukan sensasi keseronokan
atau sensasi kesakitan dan terdapat sensasi yang tidak enak dan kurang
menyenangkan tetapi tidak menyakitkan seperti gatal di kepala dan terdapat
pula sensasi yang menyakitkan tetapi tidak semestinya merunsingkan atau tidak
menyenangkan contohnya semasa melahirkan anak
21.
prinsip utiliti menggambarkan manusia hanya sebagai pemburu keseronokan
atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan.
Dalam hal ini, terdapat hujah yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan
bahawa gambaran tentang manusia ini tidak tepat. Sebagaimana hujah yang

dikemukakan oleh Nietzsche (1968) yang mengatakan bahawa untuk berusaha


mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh
halangan. Ini ditafsirkan oleh Nietzsche sebagai mengejar atau memburu kuasa
melalui kesakitan. Dengan kata lain, kesakitan dialami apabila berhadapan
rintangan ketika bertekad untuk berkuasa, Oleh itu, kesakitan ialah sesuatu yang
wujud dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang tetap dan semula jadi.
Kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untuk mencapai kuasa.
Nietzsche juga menggambarkan kesakitan sebagai 'bapa' kepada keseronokan
dan pendahuluan kepada keseronokan kerana kesakitan ialah pengalaman
mengatasi sesuatu rintangan atau halangan.
22.
Tindakan baik atau jahat yang boleh disukat.
Golongan utilitarisme mengukur tingkah laku yang baik dan jahat boleh
diimbangi dan disukat. Melalui usaha Bentham, satu kaedah telah berjaya dihasil
yang dikenali sebagai 'kalkulus hedonik' yang dapat mengukur keseronokan dan
kesakitan dengan menggunakan tujuh keadaan atau dimensi, iaitu:
kekuatan ( intensity ) keseronokan yang dihasilkan oleh tindakan.
Jangka masa (duration) keseronokan
Kepastian (certaintv) keseronokan akan berlaku
Kesegeraan atau kelambatan (propinquity) dalam pengalaman bagi keseronokan.
sifat kesuburan (fecundity) atau kecenderungan diikuti dengan lebih banyak
keseronokan.
Ketulenan (purity) atau kecenderungan sesuatu tindakan dalam menghasilkan
kesan yang berlawanan (kesan sebaliknya) dan kesakitan, juga akan dikira,
keputusannya boleh dibandingkan untuk mencari perimbangan keseluruhan bagi
baik atau buruk.
Kalkulus disempurnakan dengan pendarapan (kalian) perimbangan keseluruhan
dengan bilangan orang yang mengalaminya ( extent ).
23.
Empat dimensi yang pertama perlu diambil kira dalam menghisab nilai
keseronokan dan kesakitan. Perkiraan ini hanya merujuk seseorang insan dan
bagi sesuatu keseronokan atau kesakitan. Tetapi apabila keseronokan atau
kesakitan lain dipertimbangkan, dimensi kelima dan keenam hendaklah diambil
kira. Dimensi ketujuh pula dipertimbangkan apabila perkiraan ini melibatkan
lebih seorang insan. Namun begitu, kalkulus hedonik Bentham yang menyukat
keseronokan dan kesakitan mempunyai kelemahan dari aspek kesukaran
menghadapi masalah.

1) tiada manusia yang boleh memberikan jumlah perasaannya dengan tepat.


Contohnya, intensiti keseronokan atau kesakitan yang dirasai seseorang sukar
disukat. Satu lagi masalah ialah setiap orang mengalami keseronokan dan
kesakitan yang tidak sama dari segi mutunya. Menyedari hal ini, Mill (1964)
berkata, tidak munasabah jika dalam mentaksir dan menyukat keseronokan atau
kesakitan, perkiraan hanya bergantung kepada kuantiti sedangkan dalam menilai
unsur lain, kuantiti dan kualiti diambil kira. Oleh sebab kualiti mempengaruhi
nilai, timbul persoalan sama ada seseorang itu boleh membuat perbandingan
kuantitatif antara keseronokan dengan kesakitan yang tidak serupa dari segi
kualiti.
24.
terdapat kerumitan menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang
pada masa yang berlainan dan berkait dengan pengalaman yang berbeza.
Menurut Mackie (1979), sukatan antara orang perseorangan menimbulkan
kerumitan yang lebih besar. Justeru, Bentham yang menyedari masalah ini, telah
menghuraikan perbincangannya dengan memperkenalkan 32 situasi yang
mempengaruhi perasaan, tetapi kerana situasi itu sendiri wujud dalam jumlah
gabungan yang tidak terhad, keadaan ini tidak dapat membantu bagi
membandingkan perasaan individu yang berbeza terhadap keseronokan atau
kesakitan. Tegasnya, terdapat kerumitan yang tidak boleh diatasi untuk
menyukat atau mengimbangi keseronokan dan kesakitan. Oleh itu, kenyataan ini
merupakan suatu tentangan yang serius terhadap kekuatan prinsip utiliti.
25.
Individualisme dan Egoisme
Individualisme adalah teori etika yang berasaskan sosial yang menganjurkan
kemerdekaan, kebenaran dan kebebasan bagi individu. Ia adalah sikap individu
atau kumpulan yang mementingkan diri dari aspek pemikiran dan etika yang
dikenali sebagai egoisme. Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menganggap
nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk atau jahat jika
sesuatu itu merugikan diri sendiri. Egoisme boleh dibahagikan kepada egoisme
psikologi atau egoisme etika. Egoisme psikologi ialah satu teori deskriptif
mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan, manakala egoisme etika
cara untuk bertindak. Dalam erti kata lain, egoisme psikologi berpendapat
bahawa semua orang adalah selfish, manakala egoisme etika berpendapat
bahawa semua orang perlu selfish. Biasanya egoisme psikologi digunakan
sebagai justifikasi bagi egoisme etika. (Eow. 2000)
Rand (1964) dalam buku The Virtue of Selfishness menyatakan perkataan
`selfishness' adalah concern with ones own interests. Webster's Third
International Dictionary pula mendefinisikan `selfishness' sebagai satu teori yang
bertujuan untuk merealisasikan kendiri maka ia merupakan satu ungkapan yang
amat besar sehingga dapat merangkumi setiap sistem etika misalnya guru yang
mengutamakan keluarganya daripada tugas sekolah tidak boleh dikatakan
`selfish'. Oleh itu, penggunaan istilah `selfish dan 'unselfishly' hanya bertujuan

untuk menandakan perbezaan antara bentuk tindakan, tujuan, motif, dan


keadaan kelakuan itu. Sayang kepada diri sendiri (self-love) ialah alasan yang
mudah untuk menerangkan berlakunya egoisme.
26.
Beberapa faktor yang menggalakkan egoisme berlaku iaitu:
pengaruh persekitaran sosial terhadap nilai-nilai seseorang individu. John Dewey
mengatakan bahawa pertimbangan moral kita, tabiat dan kelakuan ditentukan
atau dibiasakan secara sosial. Apabila fikiran seseorang ditentukan secara
indiividualistik dan penyusunan sosial adalah kurang penting maka tidak hairan
seseorang individu akan cuba mencari justifikasi egoistik bagi tingkah lakunya
lebih-lebih lagi dijelaskan dengan teori ekonomi yang mengatakan bahawa setiap
orang hanya boleh hidup jika ia dapat mencari keuntungan dalam persaingan
dengan orang lain, maka. egoisme akan diterima oleh sosial sebagai satu sifat
yang mulia bagi diri sendiri.
sikap mempertahankan diri sendiri (ego) atau sikap mengagumi diri sendiri.
Keadaan ini wujud daripada keinginan hendak mempertahankan diri daripada
perasaan malu atau berdosa yang disebabkan oleh ketidaksamaan pembahagian
dan keuntungan yang memanfaatkan diri tetapi mengakibatkan orang lain
menderita. Oleh itu, kita berusaha untuk meyakinkan diri sendiri bahawa hak
keistimewaan kita adalah untuk hidup dan ini adalah berpatutan.
ketidakanjalan dalam motif dan dorongan kerana setiap motif personaliti
dikaitkan dengan perkembangan individu. Egoisme melibatkan perletakan
kebaikan, kepentingan, dan kebajikan diri sendiri atas orang lain. Seorang bayi
merampas barang mainannya dari bayi lain mungkin berbeza denban seorang
dewasa merampas harta pusaka dari ahli keluarganya.
27.
Secara umum, teori egoistik ini boleh dikaji dalam dua aspek, iaitu psikologi dan
etika. manakala, aspek kedua egoistik adalah satu perkara ideal vang
memerlukan seseorang bertindak secara egoistik. Thomas Hobbes (1588-1679)
menjelaskan bahawa perkara-perkara yang ingin dilakukan adalah
"baik" (good) dan perkara-perkara yang kita benci sebagai
"jahat" (evil). Tiada perkara dengan sendirinya adalah baik atau jahat
tetapi akan menjadi baik atau jahat apabila seseorang menerima atau
menolaknya. Sesuatu tindakan manusia adalah untuk mencapai apa yang baik
iaitu perkara yang mereka inginkan atau untuk mengelak segala yang jahat iaitu
perkara yang dibenci. Ini bererti Hobbes berpendapat bahawa manusia sentiasa
bertindak untuk mencapai sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.
28.
Moritz Schlick (1882-1936) pula mengatakan bahawa peraturan motivasi yang
memberi pilihan antara dua keadaan akan mendorong individu memilih perkara
yang paling baik untuk diri sendiri. Schlick mengatakan bahawa ini tetap ialah

cara manusia bertindak pada kebanyakan masa. Manakala Bishop Joseph Butler
(1692-1752) menerangkan tentang beberapa sifat naluri manusia yang
menekankan kepentingan diri sendiri seperti mengikut selera, sayangkan diri,
murah hati dan suara hati adalah keperluan untuk keseronokan dan kepuasan
diri. Hal ini menunjukkan manusia mempunyai suara hati untuk menghalang
manusia daripada melakukan kejahatan dan membantu mereka untuk membuat
kebaikan.
Frankena (1973) pula berpandangan bahawa egoisme adalah satu teori etika
tentang kebaikan dan keburukan atau kebajikan yang diperolehi oleh individu.
Kemungkinan terdapat antara golongan ini yang bersifat hedonis yang
mengutamakan kebaikan dan kebajikan dengan keseronokan yang diperolehi
secara personal. Atau mereka juga mungkin mengenal pasti kebaikan dan
kebajikan melalui pengetahuan, kekuasaan dan realisasi kendiri atau golongan
ini juga mengabungkan antara keseronokkan dengan pengetahuan dalam
mencari pengertian kebaikan dan kebajikan diri sendiri. Dengan kata lain, etika
egoisme juga dikatakan individualisme apabila meletakkan individu mempunyai
kewajipan moral untuk bertindak dan mengambil keputusan dengan merujuk
piawaian moral yang dapat meningkatkan kebajikan diri iaitu mementingkan diri
sendiri dan memberi keuntungan secara individu.
29.
Bahagian Kedua
Pemikiran Sebagai Asas Pembentukan Nilai-Nilai Moral
Pemikiran sebagai asas pembentukan nilai-nilai moral mempunyai kaitan dengan
aliran-aliran pemikiran yang terdiri daripada naturalisme, emotivisme,
intuisionisme dan rasionalisme. Ia menjeaskan bahawa setiap fahaman
pemikiran yang diamalkan oleh setiap individu membentuk tingkah laku dan
memberi nilai yang berbeza dalam kehidupan.
DEFINISI NILAI
Nilai bermaksud standard dan prinsip individu dalam mempertimbangkan harga
sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan sesuatu benda, situasi dan manusia.
Pertimbangan ini termasuk bentuk yang berfaedah, diingini atau sebaliknya
buruk, busuk, benci dan lain-lain lagi. Selain itu terdapat beberapa definisi`nilai'
seperti berikut:
Semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya
dapat mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu (George Lundberg).
Setiap objek yang mulia dan dihargai dianggap bernilai. (Robert Part)
Nilai-nilai ialah motif yang diperhatikan seperti objek itu, kualiti atau syarat-syarat yang memotivasikan.
Nilai adalah sebarang objek yang digunakan untuk sebarang keperluan. (Howard
Becher).

Nilai ialah suatu tekanan keperluan yang dikehendaki atau dipilih oleh orang
pada suatu masa yang sama. (Stuart C. Dodd).
Nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang
individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan
mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yang sedia ada dan tingkah
laku yang akan dilakukannya. (Clyde Kluckhon).
Nilai ialah piawai norma masyarakat yang dipengaruhi oleh perikemanusiaan
(Philip E. Jacob).
30.
ASAS-ASAS NILAI
Terdapat beberapa asas dalam pembentukan nilai yang mempunyai hubungan
dengan kepercayaan, sikap, norma dan sistem nilai.
a) Nilai dan Kepercayaan
Kepercayaan terhadap sesuatu nilai wujud dengan memberi asas pegangan dan
bimbingan dalam kehidupan. Kepercayaan nilai terbentuk melalui kepercayaan
agama, kepercayaan politik dan kepercayaan budaya. Terdapat tiga jenis
kepercayaan yang membentuk nilai iaitu:
Kepercayaan deskriptif : kepercayaan yang mempunyai kemungkinan benar atau
tidak.
Kepercayaan evaluatif : kepercayaan yang dipertimbangkan baik atau buruk.
Kepercayaan perskriptif : hasil sesuatu tindakan yang ditunjukan sama ada
dikehendaki atau tidak.
31.
Nilai dan Sikap
Nilai mempunyai hubungan dengan sikap. Sesuatu nilai boleh berperanan
sebagai suatu organisasi tema bagi sebilangan sikap. Setengah-setengah sikap
merupakan pelahiran perasaan atau emosi, khususnya bagi nilai-nilai umum.
Pada umumnya, nilai mencorakkan perubahan sikap. Melalui proses pembatinan
nilai sama ada secara sedar atau tidak sedar, terbentuk satu piawai atau kriteria
bagi mengembangkan dan mengekalkan sikap terhadap objek dan situasi.
Pembentukan sikap juga melibatkan komponen kognitif, efektif, dan tingkah laku
seperti berikut:
Komponen efektif meliputi pencarian seseorang. la merupakan tindak balas
emosi terhadap orang atau objek.
Komponen kognitif boleh dikonsepsikan sebagai kepercayaan seseorang tentang
pengetahuan fakta, objek, atau orang.

Komponen tingkah laku melibatkan tingkah laku berterus terang seseorang yang
diarahkan kepada objek atau orang.
32.
Nilai dan Norma
Nilai mempunyai asas norma. Mengikut Marvin E. Shaw norma ialah peraturan
tingkah laku yang ditegakkan atau diasaskan oleh anggota kelompok bagi
mengekalkan keselarasan tingkah laku. Norma-norma memberikan asas
peramalan tingkah laku anggota masyarakat. Ini membolehkan individu
melakukan tindakan seperti yang dilakukan oleh orang lain dan memberikan
tindak balas yang sewajarnya yang berasaskan noma-norma masyarakat.
Norma-norma tersebut mencerminkan nilai dan amalan yang baik. Dalam hal ini,
setiap orang akan menyokong pengiktirafan norma berkenaan yang mempunyai
kestabilan yang lebih tinggi dalam sesebuah masyarakat hingga di anggap
sebagai budaya.
Sistem Nilai
Pemilihan nilai secara sistematik amat penting dalam mempengaruhi sistem
sosial yang menjadi pegangan individu dan kelompok masyarakat. Sesuatu nilai
yang dipelajari akan menjadi sebati dan seterusnya membentuk sistem nilai
yang disusun mengikut keutamaan bagi kelompok tersebut. Dalam sistem nilai
ini, nilai tersebut disusun berdasarkan kepentingan setiap nilai mengikut pilihan
individu atau masyarakat dengan mengenalpasti dan menyenaraikan satu set
atau himpunan nilai berdasarkan keutamaan setiap nilai yang dipilihnya.
33.
JENIS-JENIS NILAI
Terdapat tiga jenis nilai yang digunakan iaitu:
Nilai Sifat ialah menyatakan ketinggian nilai sesuatu objek seperti nilai yang
diberikan kepada masa dengan membawa perumpamaan sebagai emas.
Nilai Kadar iaitu sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkaraperkara seperti nilai harga barang atau markah penilaian ketua terhadap tugastugas yang dijalankan.
Nilai Aksiologi yang berkaitan dengan falsafah nilai seperti nilai budi.
34.
FUNGSI-FUNGSI NILAI
Nilai mempunyai beberapa fungsi dalam kehidupan yang meliputi:
Nilai mencorakkan norma masyarakat.
Nilai mempunyai pertalian dengan sikap.

Nilai sebagai suatu kriteria membuat keputusan.


Nilai memberikan haluan kepada perubahan sosial.
Nilai adalah untuk mengawal dan mencorakkan pola tingkah laku.
Nilai sebagai proses sosialisasi, pembatinan nilai atau penerapan nilai murni.
Nilai juga mempengaruhi sikap, pegangan, prinsip dan falsafah hidup individu.
Nilai sebagai panduan dalam kehidupan dan memelihara perhubungan antara
manusia.
Nilai berperanan sebagai skrin pengamatan dari segi menentukan corak dan
fenomena sosial yang ditunjukkan oleh seseorang.
35.
BENTUK-BENTUK NILAI
Pembentukan nilai berlaku apabila individu mengkategorikan manfaat sesuatu
dalam kehidupan dengan memberi ukuran terhadap perbuatan tersebut. Berikut
bentuk-bentuk nilai yang wujud, iaitu:
1) Nilai Moral atau Etika
Nilai moral atau etika ialah nilai yang menekankan soal tingkah laku yang
ditunjukkan oleh seseorang dalam setiap tingkah laku dan tidak bercanggah
dengan kepentingan hidup manusia dan agama. Apabila seseorang bertindak
mematuhi nilai-nilai etika atau melakukan sesuatu perbuatan, kerja atau
tanggungjawab dengan mengambil kira tindakannya itu berasaskan standard
etika, dia boleh dikatakan telah mengamalkan nilai-nilai moral. Dengan kata lain,
nilai moral menentukan cara seseorang bertindak berdasarkan peraturanperaturan moral atau nilai-nilai etika. Etika menekankan persoalan kepentingan
moral yang berasaskan apa yang benar dan yang salah. Justeru, nilai moral atau
etika merupakan satu cara bagaimana penghakiman dibuat terhadap tingkah
taku dan tindakan seseorang.
36.
2) Nilai Estetik
Nilai estetik mempunyai kaitan dengan keseronokan, kenikmatan, atau kepuasan
dalam kehidupan manusia terutamanya dalam nilai kesenian dan kebudayaan.
Nilai estetik dapat mengimplementasikan kenikmatan emosi atau penghayatan
perasaan, aspirasi seni, keindahan dan ekspresi, iaitu cara melahirkan perasaan,
pendapat, pandangan, dan sikap yang berkaitan dengan nilai-nilai kehidupan.
Nilai-nilai ini juga tidak dapat disisihkan daripada nilai-nilai moral. Nilai estetik
terdapat dalam segala bentuk hasil kesenian dan kebudayaan. Contohnya, seni
bina, seni lukis, seni kerja tangan, kesusasteraan, dan sebagainya.
3) Nilai Instrumental

Nilai instrumental ialah nilai yang diterima sebagai nilai yang penting untuk
dikembangkan dan diterapkan kepada anggota masyarakat. Bagi kebanyakan
orang wang merupakan benda yang berharga atau bernilai kerana wang
merupakan benda yang berharga atau bernilai dan dapat mengangkat taraf
hidup manusia, menaikkan status dan memberikan kebahagiaan. Terdapat
beberapa nilai instrumental seperti ingin berjaya, berfikiran terbuka,
berkebolehan, periang, imaginatif, berdikari, intelektual, logik, hormat,
tanggungjawab dan mengawal diri atau disiplin.
37.
4) Nilai Universal
Nilai Universal atau nilai sejagat ialah nilai yang diterima umum dalam semua
masyarakat. Contoh nilai sejagat ini ialah benar, cantik, dan baik. Nilai-nilai
universal juga meliputi nilai-nilai penting bagi kehidupan manusia seperti sopan
santun, kekayaan, kebebasan, kasih sayang dan kuasa. Nilai-nilai ini wujud tanpa
mengenal batasan atau had dalam sesebuah masyarakat, tetapi sesuatu nilai
dalam nilai universal akan berbeza antara satu sama lain berdasarkan budaya
masyarakat yang pelbagai. Namun begitu, penerimaan manusia kini terhadap
nilai universal telah berubah dengan sikap keterbukaan dan rasional telah
mencorakkan kehidupan yang terkeluar daripada keadaan primitif dan mencapai
suatu tamadun bagi mengukuhkan kestabilan sosial dan kehidupan mereka.
5) Nilai Tingkah Laku
Nilai-nilai kejujuran, ketangkasan, kerajinan. sopan santun, dan kerjasama
menunjukkan tingkah laku seseorang. Nilai-nilai tingkah laku boleh diperluaskan
dengan meliputi aspek-aspek seperti menghormati hak dan harta benda orang
lain serta mematuhi peraturan-peraturan dan nilai-nilai kewarganegaraan yang
baik.
38.
6) Nilai Tradisi
Kepentingan nilai-nilai tradisi dalam sesebuah masyarakat perlu dipertahankan
dan dihayati oleh anggota masyarakat bagi mengukuhkan ikatan sosial dan
mengekalkan identiti masyarakat tersebut. Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak
dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang mencorakkan
beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota masyarakat.
Nilai ini juga merupakan nilai sesama masyarakat, umpamanya, nilai-nilai
gotong-royong, kesetiaan, kepatuhan, perpaduan dan pengetahuan yang telah
terbentuk dari satu generasi ke satu generasi. Nilai-nilai tradisi sesuatu
masyarakat yang bersifat konservatif boleh juga bersifat progresif. Umpamanya,
nilai-nilai tradisi yang menekankan kepentingan nilai-nilai bekerja kuat, disiplin
diri dan berdikari merupakan nilai-nilai progresif yang menggalakkan anggota
masyarakat membuat perubahan dan mencapai kemajuan.Walau bagaimanapun,
nilai-nilai tradisi boleh juga mempunyai pengaruh yang negatif yang menyekat
dan menghalang kemajuan. Umpamanya, nilai berserah kepada takdir dan nilai

kesetiaan ikutan adalah bertentangan dengan nilai kebebasan yang


menyebabkan anggota masyarakat terkongkong, pasif, dan sukar berubah.
39.
7) Nilal Instrinsik dan Ekstrinsik
Nilai intrinsik merupakan nilai dalaman yang dapat membentuk kekuatan jiwa,
perasaan dan kesedaran, dan merupakan proses pembatinan nilai. Manakala
nilai ekstrinsik pula bermaksud nilai tingkah laku yang dikembangkan melalui
latihan, indoktrinasi, inkuiri, ekspositori, eksposisi, dan sebagainya.
8) Nilai Sosial
Nilai sosial ialah nilai yang dimiliki bersama oleh kelompok-kelompok
masyarakat. Nilai ini dipersetujui oleh kelompok sosial kerana ia mempunyai
kebaikan dan memberi faedah kepada anggota masyarakat berkenaan. Nilai
sosial ini menjadi satu ikatan kehidupan yang terarah, terkawal, dan terbatas.
Nilai sosial juga berperanan sebagai pendorong kepada perubahan sosial masa
kini yang penuh dengan cabaran dan persaingan. Justeru nilai sosial yang positif
akan memberi panduan nilai-nilai yang wajar diamalkan dan dihayati oleh semua
orang.
40.
9) Nilai Agama
Nilai agama bertujuan supaya masyarakat yang mempercayai tentang
kewujudan Tuhan mengamalkan segala nilai-nilai murni yang disarankan dalam
agama masing-masing. Pengaplikasian nilai agama dalam kehidupan akan dapat
membaiki taraf hidup manusia dan mencapai hasil yang maksimum terhadap
sumber kemakmuran yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluknya.
10) Nilai Budaya
Nilai-nilai budaya ialah pandangan masyarakat terhadap sesuatu yang
berfaedah, iaitu sebagai keutamaan dan tanda penolakan. Nilai ini berkaitan
dengan setiap individu, objek, perhubungan, dan pengalaman. Nilai budaya amat
penting dalam pembangunan manusia yang menuju ke arah kecemerlangan
Negara dan masa depan tamadun yang lebih gemilang.
41.
PROSES-PROSES DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN BERASASKAN NILAI
Nilai mencerminkan pemikiran individu dan seterusnya masyarakat tentang
sesuatu perkara, isu dan cara penyelesaian masalah. Nilai mempengaruhi
perkembangan pemikiran dan mencorakkan dimensi pemikiran serta aspek
kemoralan dan etika individu dan masyarakat. Nilai juga menjadi petunjuk dan
ukuran bagi mentafsirkan pemikiran seseorang. Dalam kehidupan seharian,
seseorang mengeluarkan pelbagai pendapat, pandangan, membuat keputusan

dan mengambil tindakan yang dilakukan dengan dipengaruhi nilai-nilai tertentu


seperti nilai intelektual, profesional, moral dan etika.
42.
Oleh sebab itu, terdapat beberapa proses dalam membentuk pemikiran yang
berasaskan nilai-nilai moral iaitu:
a) PROSES INDOKTRINASI
Indoktrinasi ialah satu bentuk pengajaran atau pendidikan yang disampaikan
sama ada secara formal atau tidak formal yang memberi kesan yang amat
penting dan luas dalam penghayatan dan penerimaan nilai-nilai yang dituntut
oleh masyarakat untuk diamalkan golongan generasi muda, khususnya kanakkanak dan remaja. Melalui proses indoktrinasi, nilai-nilai tertentu, khususnya
nilai-nilai yang baik ditanam untuk diikuti, dipatuhi, diamalkan dan
dipertahankan. Nilai agama, nilai budaya dan nilai kerohanian pada asasnya
dikembangkan melalui proses indoktrinasi oleh pihak yang berkuasa seperti ibu
bapa, ulama dan juga guru. Apabila seseorang itu semakin dewasa dan
berkeupayaan berfikir secara kritis, nilai-nilai yang dipelajari mula dikuasai dan
ini mengembangkan kemahiran berfikir. Kaedah indoktrinasi yang telah
diamalkan sejak zaman-berzaman, sering kali disangkal sebagai satu kaedah
tradisional dan tidak menggalakkan seseorang itu berfikir sebelum menerima
sesuatu yang dipelajari. Indoktrinasi ialah pembelajaran yang dipaksakan untuk
diikuti dan diterima tanpa perlu dipersoalkan. Rasionalnya ialah kaedah ini dikira
sebagai satu pendekatan yang sesuai dilakukan pada peringkat awal
perkembangan pembelajaran. Bagaimanapun proses indoktrinasi berlaku dalam
semua bentuk pembelajaran, khususnya daripada golongan dewasa kepada
golongan muda, daripada golongan ibu bapa kepada anak-anak, daripada guru
kepada pelajar, daripada pemimpin kepada golongan yang dipimpinnya.
Indoktrinasi moral berlaku dengan meluas dalam institusi sekolah, keluarga dan
juga institusi agama. Individu seharusnya menerima nilai-nilai yang disampaikan
kepada mereka. Selain itu, ketamadunan sesebuah masyarakat juga
menggunakan proses indoktrinasi dengan mewarisi cara dan nilai-nilai hidup
melalui kaedah peniruan, ikutan, dan mencontohi.
43.
b) PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis juga membentuk pemikiran individu dalam menilai suatu tingkah
laku. Ini berlaku apabila proses seperti menyoal, menilai, membuat
pertimbangan, menganalisis, berhujah, mengkritik, memahami isu dan
persoalan, akan meningkatkan kemampuan pemikiran seseorang dalam
membuat sesuatu keputusan. Banyak isu yang berkaitan dengan nilai
memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dikembangkan. Nilai yang begitu
kuat mempengaruhi segala tindak-tanduk individu dan masyakarat memerlukan
pelajar melihat kewajarannya daripada pelbagai perspektif. Banyak nilai yang
bercanggah dengan prinsip kemoralan dan etika, agama dan juga hak asasi

manusia yang perlu diperbahaskan supaya isu tersebut lebih objektif dalam
membuat sesuatu pertimbangan. Selain itu, melalui pemikiran kritis, individu dan
masyarakat akan dapat menyelesaikan krisis moral yang dihadapi,
membebaskan pemikiran dengan nilai-nilai negatif yang mengongkong serta
menafikan hak individu sehingga menyebabkan masyarakat mundur dan rendah
taraf pemikiran dan kemoralan mereka. Masyarakat yang tidak kritis ialah
masyarakat yang menutup pembaharuan dan perubahan daripada berlaku
sehingga wujud tuntutan supaya diadakan revolusi mental bagi membawa
masyarakat kepada perubahan dan kemajuan. Justeru proses pemikiran kritis
amat penting dalam melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran dan
perubahan.
44.
c) TAAKULAN MORAL
Taakulan moral bermaksud sesuatu hujah dan pandangan yang dikemukakan
perlu berlandaskan kepada prinsip dan hukum-hukum moral. Namun, prinsip dan
hukum moral terbentuk pada kekuatan akidah, kepercayaan, etika, nilai murni,
kebenaran, keadilan dan hak asasi. Justeru dalam menerapkan proses pemikiran
dalam membentuk nilai, pembinaan tersebut perlu diasakan kepada nilai-nilai
murni secara menyeluruh dengan menitikberatkan unsur jasmani, emosi,
intelektual dan spiritual. Melalui proses ini, taakulan moral yang dibina akan
dapat mengemukakan hujah dan fakta-fakta moral yang relevan, logik dan
syumul. Situasi ini akan dapat menyediakan manusia yang memahami nilal
moral sebagai landasan mencorakkan pemikiran idealisme mereka yang
seimbang.
d) PERTIMBANGAN NILAI
Pertimbangan nilai diperlukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan hubungan
personal, agama, perbezaan kaum, jantina, minat, sikap, persepsi, pengalaman
lampau, pendidikan, moral dan keadilan. Membuat pertimbangan nilai juga
melibatkan proses membuat pilihan, membuat keputusan, menentukan
pendirian dan sikap. Oleh itu, pertimbangan yang dibuat perlu berasaskan
kepada fakta, data, maklumat, bukti, prinsip etika dan moral dan pemikiran yang
rasional. Manusia yang sentiasa membuat pertimbangan sebelum mengambil
sesuatu keputusan adalah orang sentiasa memikirkan hasil yang terbaik dengan
nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.
45.
e) PEMIKIRAN RASIONAL
Pemikiran rasional adalah proses membincangkan sesuatu nilai dengan
membuat keputusan dalam menentukan pendirian untuk menyokong atau
menolak sesuatu kes moral. Justeru kematangan emosi akan mendorong
seseorang mencapai kematangan berfikir dan kebolehan mengawal emosi
supaya bersikap rasional dan tidak gelojah dalam mengambil tindakan.
Pemikiran rasional juga memerlukan seseorang bersifat adil, bertimbang rasa,

logik, objektif dan berfikiran terbuka. Bagi mencorakkan perkembangan rasional,


seseorang digalakkan melahirkan perasaan, membincangkan sesuatu isu secara
rasional, melihat perspektif, mempertimbangkan isu secara pro dan kontra,
memahami dilema moral, analisis nilai serta menunjukkan empati dan simpati.
f) MEMBUAT KEPUTUSAN
Proses membuat keputusan memerlukan seseorang mengenal pasti masalah,
memikirkan resolusi dan penyelesaian masalah, memilih alternatif yang
berkesan bagi mengatasi masalah dan menilai keberkesanan penyelesaian
masalah. Berikutan itu, kesedaran perlu wujud tentang hasil keputusan yang
tidak betul akan menyebabkan risiko yang tinggi seperti akan dipersoalkan,
dipersalahkan, menimbulkan penyesalan dan kekecewaan. Keputusan yang
dibuat juga perlu berasaskan kepada kebenaran dan keadilan. Sebarang bentuk
tuduhan, fitnah dan khabar angin tidak seharusnya diterima kerana boleh
membawa kemusnahan kepada individu, masyarakat atau negara. Dalam
kehidupan yang serba kompleks dan berhadapan dengan pelbagai krisis, berfikir
sebelum membuat keputusan amat penting dalam mencorakkan kekuatan
inteiek, moral dan etika.
46.
g) PENYELESAIAN MASALAH
Kebanyakan isu nilai mementingkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan
masalah. Seperti yang dibincangkan, terdapat pelbagai teknik dan strategi
berfikir bagi menyelesaikan masalah yang kompleks dan rumit dengan
mengembangkan kecekapan intelektual, kemahiran sosial serta kewibawaan
moral dan etika. Selain itu, pendekatan agama dan moral juga berperanan dalam
menangani dan menyelesaikan masalah sosial dan moral dalam masyarakat
kerana pendekatannya lebih menenkan kepada aspek intrinsik yang melahirkan
kesedaran diri yang unggul.
h) PEMIKIRAN STRATEGIK
Nilai wujud dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia, khususnya dari segi
tindakan dan amalan yang memerlukan pendekatan pendedahan nilai dan
analisis nilai yang kompleks. Pendekatan ini memerlukan kemahiran pemikiran
strategik yang memerlukan kecerdasan, kepintaran dan kebolehan otak dalam
mengolah, menelaah, meramalkan, mengkaji pola, motif dan membuktikan data,
peristiwa dan maklumat yang relevan. Pemikiran strategik juga merupakan
pemikiran aras tinggi yang sangat penting dalam membuat dan menolak sesuatu
hipotesis, membuat kesimpulan dan rumusan, menggunakan teori-teori bagi
meramalkan dan membuktikan sesuatu kajian kes dan sebagainya.
47. http://wanbk.page.tl

Anda mungkin juga menyukai