Adat Kelahiran Dan Kematian Suku Kaum Bajau Kota Belud

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD

1.0

Adat Kelahiran

Dalam kehidupan masyarakat bajau adat resam yang berkaitan dengan kelahiran amat
dititik beratkan. Orang Bajau sangat menjaga bakal keturunan mereka yang akan lahir
ke dunia ini dengan harapan boleh menjadi anak yang membantu keluarga, menjadi
anak yang soleh dan solehah sejajar dengan pegangan agama mereka iaitu agama
Islam. Adat kelahiran ini dititik beratkan sewaktu anak berada dalam kandungan ibu
lagi.
1.1

Sewaktu mengandung.

Sewatu dalam kandungan ibu lagi, orang Bajau akan mengamalkan beberapa adat,
antaranya adalah adat berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai
tanda kelahiran dan melenggang perut. Berpantang sewaktu mengandung adalah bagi
mengelakkan bahaya kepada wanita dan anak dalam kandungan. Pantang larang juga
adalah bagi tujuan memudahkan wanita bersalin. Beberapa pantang larang harus
dipatuhi oleh wanita bajau yang mengandung, antaranya ialah wanita hamil tidak
boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita
hamil dilarang memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses
kelahiran. Makanan yang pedas serta makanan kategori sejuk seperti timun, nangka
juga menjadi pantang kepada ibu hamil. Wanita bajau yang hamil juga dilarang mandi
atau minum dengan air hujan yang jatuh dari bumbung rumah. Hal ini dipercayai akan
menyebabkan tembuni atau uri dibawah dibimbangi akan menyebabkan kematian
terutama bagi wanita yang hamil sulung.
Pantang larang memarut kelapa bagi wanita hamil dipercayai akan menyebabkan
kesukaran ketika bersalin. Wanita hamil juga dilarang menziarah kematian kerana
dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dipanggil
ketaguran. Sebelum wanita melahirkan, selalunya setelah tujuh bulan hamil,
masyarakat bajau mengadakan upacara menempah bidan, bidan tersebut akan
bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut sehingga 44 hari selepas kelahiran.
Terdapat barangan tertentu yang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut. Wanita
Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai melenggang
di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu
mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh
bulan keatas. Cara adat ini dijalankan hampir sama dengan upacara melenggang perut
yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

1.2

Semasa

Bersalin

Apabila tiba masa bersalin terdapat barang-barang tajam atau jenis limau yang
diletakkan di bahagian-bahagian tertentu rumah bagi mengelakkan
gangguan
makhluk halus. Adat memotong tali pusat, bidan akan memotong tali pusat bayi dan
setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus
disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang
akan dipasang. Bahan-bahan tersebut dengan sedikit wang dan kain putih sepanjang

Enriquez Oribio CT10210186

tujuh hasta diberikan kepada bidan. Namun adat memotong tali pusat ini, sedikit demi
sedikit dilupakan kerana keadaan zaman sekarang wanita yang melahirkan disambut
oleh bidan jururawat di hospital.

1.3

Selepas Bersalin.

Adat-adat yang dijalankan selepas kelahiran bayi adalah seperti Qamat/Azan,


menanam tembuni(uri), rawatan bidan, berpantang, bergunting, bertimbang dan lainlain. Bagi masyarakat Bajau yang menganut ajaran Islam , mengazankan dan
mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan.hal ini bukan satu adat tetapi
lebih berbentuk ritual. Bayi lelaki akan diazankan manakala bayi perempuan akan
diqamatkan di telinga bayi tersebut. Semasa azan diserukan, bayi ditaklik dengan
makanan manis dan selepas itu barulah bayi diberi minum susu. Pada hari kelahiran
itu juga, tembuni atau uri ibu akan dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditaman bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran.
Bagi ibu yang baru bersalin, dia juga akan menjalani pantang dari segi pemakanan,
larangan membuat kerja berat dan adat-adat tertentu. Antara pantang bagi wanita baru
bersalin ialah tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa
lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan.
Pemakanan perlu dikawal dengan rapi sepanjang tempoh ini. Ibu diberikan air ubat
yang diperbuat daripada ramuan akar-akar kayu dan herba akan diminum bagi
memulihkan kesihatan selepas bersalin. Wanita yang baru melahirkan juga tidak
boleh bersiar-siar sebelum hari ke-44 supaya dia tidak diserang angin sejuk.
Bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua
beranak sehingga hari ke-44. Bagi memulihkan kesihatan ibu, bidan akan
memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada
malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke empat puluh empat. Selepas tamat
tempoh berpantang, bidan secara rasminya akan menyerahkan tugasnya kepada suami
dan keluarga wanita tersebut.

1.4

Bergunting dan bertimbang

Upacara bergunting ini merupakan bercukur rambut bayi dalam ajaran Islam, sunat
dilaksanakan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Kenduri besar-besaran diadakan.
Semasa kenduri ini berlangsung upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam
dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk
menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh
mereka yang berzanji secara bergilir- gilir. Lazimnya orang yang menggunting
rambut bayi akan diberikan cenderahati berbentuk makanan atau bunga telur. Bunga
telur juga akan disedekahkan kepada semua tetamu yang hadir. Upacara ini biasanya
diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh keluarga terdekat, sanak saudara,
jiran dan sahabat handai. Secara umunya, orang bajau amat teliti tentang masa

Enriquez Oribio CT10210186

kelahiran anak mereka, bayi yang dilahirkan pada bulan Muharam dan Safar dianggap
bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa bayi. Upacara
bertimbang akan diadakan dimana satu buaian dengan dua buai seperti neraca dibina
menggunakan kayu. Pada satu lekah buaian bayi akan diletakkan dan pada buai yang
sebelah lagi akan diletakkan pelbagai barang seperti beras, tebu, makanan kuih
tradisional dan kelapa bagi menimbangi berat bayi tersebut. Buaian timbang mesti
sama berat antara berat bayi dan berat makanan. Kemudian buaian timbang itu akan
dipusing sebanyak 3 pusingan bagi bayi yang lahir pada bulan Safar dan 7 pusingan
bagi bayi yang lahir pada bulan Muharam. Jika ibu bernazar maka si ibu pun akan
ditimbang sekali bersama bayi dalam buaian timbangan tersebut. Dengan itu maka
tamatlah upacara bergunting bayi tersebut.

Gambar 1 : Adat bertimbang kaum Bajau

Enriquez Oribio CT10210186

2.0

Adat Kematian

Di Sabah etnik Bajau sinonim dengan agama Islam seperti Melayu adalah beragama
Islam, kaum Bajau juga beragama Islam. Maka secara dasarnya adat yang berkaitan
dengan kematian kaum Bajau adalah berlandaskan ajaran Islam. Namun terdapat adat
resam tempatan yang ditambah. Pengurusan jenazah dan mengebumian menurut
syariat Islam. Seperti ajaran Islam orang Bajau percaya akan kehidupan di alam
baqa. Pengurusan pengebumian merupakan fardhu qifayah, iaitu sekiranya tidak
diuruskan dengan betul maka keluarga dan masyarakat setempat berdosa kerana
mengabaikan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan dengan
teliti berlandaskan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati
dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Kehidupan si mati di alam baqa bergantung kepada amalan mereka di dunia. Orang
Bajau percaya bahawa amalan yang baik dan rajin beribadat akan mendapat balasan
yang baik di akhirat. Orang yang buruk amalannya akan mendapat balasan azab yang
setimpal. Tanggungjawab menguruskan hal-ehwal si mati terserah kepada keluarga
atau kaum kerabat dekatnya. Kebaikan yang dilakukan oleh si mati akan diterima oleh
si mati di akhirat. Contohnya amalan sedekah kepada orang lain selepas berlakunya
satu-satu kematian adalah bekalan si mati di akhirat. Oleh sebab itu di kalangan orang
Bajau. Wang, pakaian dan benda kepunyaan si mati disedekahkan kepada orang lain.
Benda-benda yang disedekahkan ini dipercayai kebaikkannya akan diterima oleh si
mati di alam akhirat. Ini adalah berdasarkan konsep buat baik di balas baik buat jahat
dibalas jahat.

2.1

Upacara Memandikan dan Mengafankan Jenazah.

Bagi kaum Bajau apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibacakan dan
mayat si mati ditutup dengan kain. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan
sepenuhnya menurut ajaran Islam. Dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan
menurut cara Islam. Jenazah dimandikan menggunakan beberapa jenis air oleh ahli
agama yang lazimnya terdiri daripada lima atau tujuh orang dewasa dan tiga atau
empat bagi kanak kanak.
Jenazah dimandikan menggunakan air yang telah ditapis dengan kain putih, diasap
dengan kemenyan dan dibacakan ayat-ayat suci oleh iman supaya terlepas dari segala
kotoran. Setelah jenazah dimandikan, rambutnya akan dibersihkan menggunakan air
lubi yang diperbuat daripada santan. Penggunaan air lubi disusuli dengan air
sembilan. Air ini merupakan air yang suci yang telah ditapis dengan menuangkan air
biasa ke dalam cerek yang mulutnya ditutup dengan kain putih. Air ini hendaklah
disiramkan ke atas jenazah dari kepala hingga ke kaki. Selesai dimandikan, jenazah
seterusnya dikafankan. Jenazah dikafankan sebanyak dua lapis. Lapisan pertama

Enriquez Oribio CT10210186

terdiri daripada baju dan seluar putih. Seterusnya jenazah dibungkuskan dengan
sehelai kain putih yang merupakan lapisan kain kafan yang kedua. Setelah
dikafankan, si mati akan disembahyangkan oleh orang ramai. Cara sembahyang
jenazah orang bajau mengikut ajaran agama Islam. Menurut adat orang bajau orangorang yang memandikan jenazah tersebut akan diberikan sedekah berupa kain sarung
dan wang ringgit mengikut kemampuan keluarga si mati.

2.2

Semasa Pengebumian

Setelah selesai sembahyang jenazah, jenazah sudah sedia untuk di bawa ke tanah
perkuburan. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh
ahli keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan. Tujuannya agar keluarga
terdekat terutama anak cucu yang masih kecil tidak teringat-ingatkan si mati. Pada
masa sekarang adat ini seperti tidak dipraktikkan lagi oleh kebanyakan kaum Bajau.
Pengebumian jenazah juga adalah menurut cara Islam. Sebelum jenazah di bawa
berangkat ke tanah perkuburan, wakil si mati sama ada keluarga terdekat atau yang
diwakilkan dengan imam akan memohon maaf dan memohon menghalalkan hutang
piutang di mati kepada para sahabat dan kaum keluarga yang hadir. Menurut
sesetengah pihak Imam akan membayar puasa si mati manakala keluarga si mati akan
memberikan imam wang berbentuk zakat. Panji-panji berwarna kuning, hijau dan
putih akan dibuat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan seterusnya dipacakkan ke
atas kubur si mati, biasanya empat penjuru diwakilkan dengan empat batang panji.
Warna kuning dan hijau melambangkan keturunan atau pangkat si mati. Sama ada si
mati mempunyai keturunan Syarif atau ahli agama. Manakala jika si mati datang dari
kalangan orang biasa akan menggunakan panji warna putih sahaja.

2.3

Selepas Pengebumian Bejogo

Selepas selesai jenazah dikebumikan, kaum keluarga akan balik ke rumah si mati dan
mengadakan acara begojo iaitu kenduri-kenduri kecil yang diiringi oleh bacaan doa
dan tahlil untuk si mati. Bejogo ini sebenarnya adalah bagi menemani keluarga
terdekat si mati agar mereka tidak bersedih dan terhibur dengan kehadiran saudara
mara dan sahabat handai yang datang ke rumah sehingga larut malam. Acara ini
dilakukan selama tujuh hari selepas kematian dan pada hari ketujuh keluarga si mati
akan mengadakan kenduri yang dipanggil kenduri tujuh di mana kenduri ini adalah
secara besar-besaran. Satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta
bantal yang dibentang untuk memperingati si mati akan digulung dan disedekahkan.
Tempat tidur tersebut di panggil bangkai-bangkaian. Pada kenduri-kenduri besar

Enriquez Oribio CT10210186

seperti kenduri tujuh ini, duang diberikan kepada tetamu. Duang ini diisi dengan
pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan tradisional, kuih-muih, laukpauk dan makanan ringan akan diberikan. Satu duang yang besar dipanggil kepala
duang akan diberikan kepada imam yang membaca doa. Kenduri tahlil secara besarbesaran ini akan diadakan lagi pada hari ke 40, ke 70 ke 100 dan setiap ulangtahun
kematian si mati.

Gambar 2 : Perkuburan orang Bajau (Islam) panji putih dan hijau lambang keturunan.

Enriquez Oribio CT10210186

Anda mungkin juga menyukai