Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru
1. Masalah
Jika andaian DEB adalah benar, iaitu hubungan etnik atau kaum dapat
diperbaiki melalui interaksi dan kerjasama antara golongan Bumiputera
dengan bukan Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang sama
dan setaraf, maka sebarang perubahan ke arah pencapaian matlamat-
matlamat DEB, seharusnya akan memperkukuhkan proses integrasi
tersebut. Malangnya, sekadar melihat keadaan disekeliling kita pun – di
jalan-jalan raya, diperhentian bas, di pejabat, di Kilang, Kompleks
membeli-belah, sekolah serta di kampus-kampus universiti – sudah cukup
untuk dibuat kesimpulan betapa renggangnya perhubungan antara kaum
di antara kaum di Malaysia. Kajian-kajian juga menunjukkan terdapatnya
kecenderungan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ke arah
pembiakan sentimen perkauman di Malaysia. Walaupun trend ini
merupakan hasil pengaruh pelbagai faktor, ia membayangkan bahawa
dasar dan prestasi ekonomi Malaysia tidak berjaya memupuk perpaduan
bangsa.
Sistem ini, jika tidak dikawal, akan menindas golongan miskin tanpa
mempunyai pertimbangan kemanusiaan. Gejala-gejala seperti dasar upah
rendah, kuasa monopoli, pertentangan antara buruh dengna majikan,
diskriminasi terhadap pengguna, dan kepentingan perbadanan
multinasional, yang semuanya sehaluan dengan kapitalisme tanpa ikatan
etika dan moral, sesungguhnya adalah bibit-bibit yang membiakkan
ketidakadilan dalam masyarakat. Malah ia mewujudkan golongan
oportunitis, menambahkan sifat-sifat pembaziran, tamak, rasuah,
penindasan dan eksploitasi sentimen perkauman.
Bab ini telah menghuraikan prestasi, pencapaian dan masalah yang timbul daripada
pelaksanaan DEB. Apa yang nyata ialah DEB gagal menyatupadukan rakyat kerana ia
beroperasi dalam suasana persaingan (yang tidak adil) dengan budaya yang
mengkesampingkan soal moral dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
Faktor ekonomi (melalui matlamat mengatasi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat) sahaja nempaknya tidak cukup untuk membawa kepada perpaduan
nasional. Pertentangan antara kaum bukan sahaja wujud kerana perbezaan ekonomi
antara kaum, tetapi diburukkan lagi oleh amalan dan pengaruh sistem ekonomi, politik
dan sosial kita. Ini termasuklah sistem pendidikan yang keseluruhannya berteraskan
doktrin persaingan yang mengetepikan aspek kemanusiaan, tanggungjawab dan etika
sosial. Usaha-usaha yang konkrit ke arah pembentukan satu bangsa, kalau ada pun,
amat terbatas dan tidak berkesan.
Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan
unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan
kerjasama antara kaum. Kerjasama hanya akan memberi erti, jika adanya sifat-sifat
bertolak ansur dan berkompromi. Sifat-sifat in dapat dipupuk jika kita dapat bergerak
ke arah keadilan sosial dan ekonomi.