Usul Fiqh

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

1.

(a) Pengertian ilmu usul fiqh dan faedah-faedah mempelajarinya Segi bahasa: Usul-berasal daripada perkataan aslu ()bermaksud: i. Asas- Apa yang dibina sesuatu diatasnya dalil dan keterangan. ii. al-Dalil. Contohnya, dalil ijmak. iii. al-Rajih. Iaitu yang lebih kuat dan tepat dalil al-Quran lebih kuat daripada al-Qiyas. iv. Kaedah. Contohnya, mengharuskan makan bangkai bagi orang terdesak. Fiqh: Mengetahui tentang sesuatu/ memahami tentang sesuatu.

Pengertian istilah: Suatu ilmu yang membicarakan kaedah-kaedah yang dijadikan perantaraan untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak yang praktikal dari dalil-dalil tafsili. i. Ilmu: Bermaksud umum yang difahami sama ada secara tasawwur atau tasdik. ii. Kaedah-kaedah (): Kata jamak dari kaedah yang bermaksud kaedah umum (Qadhiah Kulliah) yang dapat memahamkan hukum-hukum Fiqhiah (juz'iyah) yang terangkum di dalamnya: contoh, kaedah 'Kullu Amr lil wujub', kaedah 'Kullu Nahyi Lil Tahrim'. iii. Syarak: Bermaksud bagi mengeluarkan hukum-hukum yang selainnya seperti hukum akal. iv. Praktikal: Bermaksud hukum amali fikah bukan hukum akidah.

Faedah mempelajari Ilmu Usul Fiqh: Mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan dan menggunakan ilmu usul fikah dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah. Mengetahui cara-cara bagaimana ulama menetapkan sesuatu hukum serta mengetahui kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dan menetapkan hukum bagi sesuatu hukum berdasarkan dalil syarak. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah ikut perkembangan zaman dan keperluan masyarakat. Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmatnya. Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan perbuatan mukallaf. Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan pendapat ulama yang berselisih di antara mereka untuk mencari

yang kukuh oleh pendapat yang bergantung dalil yang kuat untuk beramal dengan hukumnya. Ulama yang bertugas mengeluarkan hukum atau fatwa menjadi mudah mengeluarkan hukum kerana mempunyai landasan dan panduan.

(b) kaedah penyusunan ilmu usul fiqh yang berlaku selepas Imam syafi'i. 1. Ulama Kalam berdasarkan nas-nas atau menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil.

mereka meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil tanpa mengira keselarasan kaedah yang mereka ambil dengan masalah fiqh yang diambil daripada imam mereka. Ulamak kalam dan pengikut al-Syafii tidak menyatakan dalam kitab usul fiqh mereka tentang masalah fiqh yang termasuk dalam kaedah kecuali hanya untuk memberi penjelasan. Contoh tentang kehujahan ijmak sukuti. Al-Amidi yang bermazhab Syafii dalam bukunya al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam mengatakan ijmak sukuti boleh dijadikan hujah sedangkan imam syafii sebaliknya. Mengemaskini kaedah yang dikukuhkan dengan dalil mantiq atau logik akal. kitab :

-Al-Burhan : karangan imam Al-Haramain Abdul Malik bin Abdullah Al-Juwaini ( As-Syafii ) -Al-Mustaffa: karangan imam Al-Ghazali ( As-Syafii) -Al Mahsul : karangan Fahrudin Muhammad bin Umar al-Razi

2. Ulama Hanafi Beri perhatian yang mendalam kepada masalah-masalah fikah yang telah sedia ada dalam mazhab Hanafi. Sesuatu kaedah usul fikah disesuaikan dengan hukum-hukum fikah yang terlibat.

Andainya ada sesetengah masalah fikah tidak termasuk dalam kaedah ini maka kaedah itu diubahsuaikan hingga selaras dengan masalah fikah yang dianggap terlibat. Kumpulan ini memahami bahawa kaedah ini juga berpandukan furu yang diambil daripada imam mereka.

Kaedah-kaedah tersebut mencakupi semua furu. Kitab: - Al-Usul : karangan Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Jassas - Al-Usul : karangan Abu Zahid Abdullah bin Umar al-Dabusi - Al-Usul : karangan Fakhrul Al-Islami Ali bin Muhammad Al-Bazdawi

3. Ulama Mutakhir Mengabungkan cara penyusunan yang dilakukan oleh ulama Kalam dan pengikut AlSyafii serta Hanafi iaitu dengan menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta dicantumkan kaedah-kaedah usul terhadap masalah fikah atau dikaitkan dengan masalah tersebut. 2. (a) Sejarah dan perkembangan ilmu usul fiqh. i. Wahyu merupakan asas atau sumber perundangan Islam semasa hayat Rasulullah s.a.w sama ada wahyu al-Quran atau al-Sunnah. Para sahabat semasa hayat Rasulullah s.a.w tidak perlu berijtihad mengeluarkan hukum Islam dari al-Quran kerana mudah mendapatkannya dari baginda. ii. Sahabat yang berada di tempat yang jauh terpaksa berijtihad sendiri bagi mengatasi perkara-perkara yang berlaku semasa itu dan ianya tidak terdapat di dalam al-Quran dan alSunnah. Contohnya Muaz bin Jabal yang bertugas di Yaman, setelah ditemuduga oleh Rasulullah mengatakan ia akan menghukum mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan jika tidak dapat menyelesaikanya beliau akan menggunakan ijtihadnya sendiri. iii. Di zaman para imam mujtahidin telah muncul dengan banyaknya aliran pengajian Fikah. Perselisihan tentang masalah Fikah berlaku dengan hebat. iv. Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelusuk dunia sehingga sampai ke negara-negara yang tidak menggunakan bahasa Arab dan penduduknya telah memeluk Islam. Timbul masalah untuk memahami gaya bahasa Arab dan timbul kesalahan memahami uslub al-Quran dan al-Sunnah serta kesamaran memahami makna-makna keduanya. Keadaan ini mendesak untuk di susun kaedah-kaedah bahasa Arab untuk memudahkan memahami syariat Islam Kaedah usul Fiqh. v. Jarak masa yang lama antara tabi' tabi'in dengan masa Rasulullah s.a.w. menyebabkan mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengetahui tujuan-tujuan syariat, 'illah-'illah dan hikmah-hikmah lalu ditafsir mengikut kehendak sendiri oleh orang yang bukan ahlinya. Timbul kumpulan yang ingkar dengan dalil al-Sunnah, kumpulan lain enggan berdalil dengan hadis Ahad dan adfa yang berhujah dengan istihsan. Semua ini memerlukan kaedah-kaedah

yang mana setiap yang ingin terlibat dalam ijtihad terikat dengan perkara di atas dan berlandas kepadanya.

(b) bidang perbahasan ilmu usul fiqh. i. Menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum syarak.

ii. Membicara dan membahaskan tentang kaedah-kaedah hukum syarak yang umum. iii. Mengistinbat atau mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil dan nas-nas serta beramal dengannya.

Anda mungkin juga menyukai