Monday, October 31, 2011

Masterchef Malaysia

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Chef Riz yang jadi chef pengacara Masterchef semalam.Nampak santai tapi profesional.Ada karisma.Nasib baik tak becok sangat macam ayah dia,Chef Wan.Sekali tengok,macam Matt Preston versi muda.Nasib baik tak ikat skarf kat leher.Haha.

Chef Zubiaq pun ok.Nampak natural di depan kamera.Baguih dok ada! Habaq maiiiiiiii!

Kepada Chef Yahya dan chef pompuan sorang lagi tu,hangpa bukan tak baguih.Mungkin depan kamera,kekok sket.Dalam bidang masakan,diorang otai rasanya.Well,bukan senang jugak nak beraksi depan kamera kalau tak biasa.Ye dok?

Ok.Semangat semula untuk menonton Masterchef.

Harap chef pengacara,kalau tengok peserta dah nak sebak tu,cepat-cepat potong! Tamau la nangis depan kamera.We ols letih tau tengok semua program nak nangis-nangis.Tengok AF pun ada nangis-nangis.Ustazah Pilihan pun ada nangis-nangis.

Biar ada aksi gaduh-gaduh macam Masterchef US takpa.Biar ada happening macam Masterchef Australia takpa.Sedih? Tamau la...Tak best.

Kepada rancangan Masterchef Malaysia...

Good Luck!




*Seronok tengok chef Jo buat gaya macam Joe Bastianich.Suap makanan sambil pandang peserta dengan tajam.Auww....gerun youuu...

Ulasan Perlawanan Terengganu lawan Nogori.

Malas pulak nak ulas.Ada satu persoalan yang lebih besar yang sedang berlegar-legar di dalam kepala aku.




Adakah Hai-O akan mengambil Hai-O (Hairudin Omar) sebagai jurucakap @ duta produk mereka?

"Saya menggunakan produk Hai-O untuk kecergasan sepanjang masa,membantu saya menjadi juara."


Dialog Suami Isteri 25

"Ayang benci abang!" jerit si isteri di depan meja make-up.
"Ala,abang kan da minta maaf.Jangan la marah-marah.Ok sayang?" pujuk si suami sambil meletakkan beg di atas katil.

"Abang da janji nak tengok wayang malam ni,ayang tak kira.Abang tipu ayang.Ayang penat-penat bersiap tadi." rajuk si isteri sambil memuncungkan bibir.
"Nak buat macam mana sayang,tiba-tiba ada meeting petang tadi.Malam besok abang janji,kita pergi tengok wayang ok?" si suami cuba meminta simpati.Bukan apa,isteri yang sedang preknen ni,emosi kadang-kadang kurang menjadi.Selaku suami yang matang,dia kena banyak bersabar.

"Sudah la,abang memang tak sayangkan ayang.Hantar ayang balik rumah mak ayang malam ni jugak." rajuk si isteri semakin menjadi-jadi.Namun,si suami masih tenang.
"Jangan macam tu sayang,takkan sampai nak balik rumah mak kot.Bawa bertenang." pujuk si suami.

"Tak nak.Nak balik malam ni jugak." balas si isteri sambil membuka almari baju.Bersedia untuk mengemas baju ke dalam beg.
"Sayanggg..please.Tak mau merajuk-rajuk.Abang minta maaf ya?" si suami masih cuba mengawal keadaan.

"Tak kira.nak balik malam ni jugak!" si isteri berkeras sambil meletakkan baju di dalam beg.
"Sayangg..pleasee....jangan.OK?" rayu si suami lagi.

"Tak nak.Nak balik jugak." tegas si isteri sambil membawa beg menuruni tangga,menuju ke ruang tamu.

"Ha,nak ke mana tu?" soal Mak Cik Mah,ibu kepada si isteri sambil bercekak pinggang di pintu dapur.Baru sampai dari kampung semalam.Di tangannya ada senduk.Senduk berbau gulai.


***********


"Gulai ni,nak tambah garam ke mak?" soal si isteri sambil mengacau gulai di atas dapur.Berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Mak Cik Mah geleng kepala.

Si suami geleng kepala.














Baby dalam perut,juga geleng kepala.


Sunday, October 30, 2011

Terra Nova Review

Setelah beberapa lama diiklankan di TV,akhirnya semalam drama bersiri Terra Nova ditayangkan.Aku berkesempatan menontonnya kerana semalam final Piala Malaysia,Kedah tak masuk pun.*Kelakar betul keeper ganu terlepas bola semalam.*Ehem..ehem.

Jadi,di sini,aku terpanggil untuk menceritakan apa yang aku tonton semalam.

Ceritanya mengisahkan,James Shannon adalah seorang anggota polis.Tapi disebabkan dunia pada masa tersebut telah padat,maka,undang-undang kawalan keluarga telah dikenakan.Syaratnya,hanya dua orang anak dalam satu family.Macam negara China sekarang,sorang satu family tak silap aku.Namun,disebabkan bininya cantik,James gagal mengawal diri.Hasilnya,mereka mempunyai anak yang ke-tiga.

Dipendekkan cerita,setelah pengawas bandar datang buat spot check,keluarga James kantoi.Sebab berang tak kena tempat,James pegi belasah pengawas bandar yang buat spot check tadi.Hasilnya,James dipenjarakan atas kesalahannya.

Setelah 2 tahun,bini James datang melawatnya di penjara.Penjara yang ditunjukkan paling hebat,rupanya paling cikai sebab kawalan keselamatannya longgar sehingga membolehkan bini James seludup masuk barang untuk membantu James melarikan diri dari penjara.

Tidak seperti Michael Schofield dalam cerita Prison Break yang punya susah nak keluar dari penjara,James melakukannya semudah keluar dan masuk ke kedai 7-Eleven.Mungkin pengarah malas nak pecah kepala memikirkan bagaimana untuk menunjukkan betapa hebatnya idea nak keluar dari penjara.

Dipendekkan cerita,Isteri James sedang bersiap menuju ke Terra Nova.Terra Nova adalah satu tempat yang jauh di masa silam.Zaman Dinasour.Untuk pergi ke sana,hanya orang yang terpilih sahaja layak.Terra Nova diwujudkan setelah dunia pada masa tersebut,tercemar teruk.Udara kotor,oksigen kurang,makanan segar kurang..bla bla bla...Jadi,saintis telah temui cara untuk membuat portal pintu rentas masa untuk ke masa silam.

Isteri James terpilih ke sana,kerana beliau adalah doktor dan direkrut.Kira bertuah la.Tak semua orang dapat pergi.Syaratnya,seperti biasa,satu family kena ada 2 anak ja.Jadi,setelah pung pang pung pang cerita sana sini,maka,James dan keluarganya,berjaya sampai ke Terra Nova dengan melompat ke dalam pintu portal merentas masa.

Setelah tiba,mereka terdengar suara dinasour sana sini.Dah dengar macam-macam,diorang berjalan kaki menuju ke penempatan mereka.Setelah berjalan,mereka akhirnya tiba di Terra Nova.Nama satu tempat tanah perancangan.

Bermula baris ayat ini,Terra Nova akan dikenali dengan nama,Felda Terra Nova.

Setelah tiba,James dan keluarganya diberikan taklimat oleh tok ketua Felda Terra Nova.Pakcik Taylor namanya.Pakcik Taylor ni,pendatang pertama.Jadi,lebih kurang macam peneroka kumpulan pertama Felda Terra Nova.Setelah berkenalan dengan pakcik Taylor,James dan keluarnya diberikan sebuah rumah.Setelah membahagikan bilik masing-masing,tiba-tiba anak James paling kecik hilang.Mereka semua cemas.Setelah berlari sana sini,akhirnya mereka terjumpa anak mereka sedang bagi Zirafah makan daun di tepi pagar Felda Terra Nova.Ehem...silap.Anak diorang sedang bagi Dinasour makan daun.Sori Steven Spielberg.

Untuk setiap pendatang baru,sesi orientasi diadakan untuk mengenal kawasan.Namun,anak lelaki James buat degil tak nak join orientasi dan terus pergi melepak dengan sorang awek yang baru dikenali.Awek tadi dan rakan-rakannya ajak anak lelaki James untuk 'fly'.'Fly' di sini bermaksud keluar dari pagar Felda Terra Nova,dan,pergi bersuka ria.Jenis perangai budak-budak asrama di Malaysia nampaknya berjangkit ke dalam filem Steven Spielberg.Malaysia boleh!

Setelah berjaya 'fly',anak lelaki James pergi mandi air terjun dengan awek yang baru dikenalinya.Lepas pekena air terjun,awek tadi bawa anak James pergi melihat rumus pengiraan matematik yang ditulis di batu air terjun tadi.Mungkin rumus membeli barang dapur yang rumit.Atau,mungkin juga rumus mengira insuran kereta.

Jadi,setelah mandi air terjun,anak lelaki James tadi di ajar untuk membuat arak dengan air buah naga.Bab ni malas cerita.Bosan.

Berbalik di kem tadi,bini James menjalankan tugasnya sebagai doktor.Antara tugas bini James adalah membuat terapi lintah dan merawat 'sixers'.Sixers ni pendatang dari trip yang ke-enam ke Felda Terra Nova.Geng sixer ni suka membuat demonstrasi dan terus keluar dari Felda Terra Nova dan tinggal di dalam hutan.Tengah rawat 'sixer' yang cedera tadi,tiba-tiba bini James ditawan oleh sixer yang dirawatnya.

Sixer tadi melepaskan diri dan menuju pantas untuk membunuh pakcik Taylor.Kebetulan,James berada berdekatan dan rezekinya murah untuk tunjuk hero.James menjerit kepada pakcik Taylor untuk tunduk.Sixer tadi melepaskan tembakan dan tersasar.Sejak dari kejadian itu,James dan pakcik Taylor berkawan baik.

Berbalik kepada anak lelaki James tadi,kereta yang mereka naiki,telah dicuri bateri oleh puak Sixter yang nakal.Jadi,kesudahannya,anak lelaki James dan rakan-rakan,terperangkap di tengah hutan.Hari hampir malam.Dipendekkan cerita,mereka berjaya diselamatkan oleh ayah James,pakcik Taylor dan rakan-rakan.



Episod minggu hadapan: Penduduk Felda Terra Nova diserang kelawar buah.Hahaha.

*Untuk yang susah nak bayang sangat tu,kalau dah tengok cerita BILUT,ha,lebih kurang ja.Cuma tambah dinasour sekor dua dalam cerita tu.Hahaha.

Friday, October 28, 2011

Adelelelelelelelelelele...


Sesetengah lagu,ada cara untuk menghayatinya.

Untuk lagu di atas,bagi aku,bagi aku lah....ia sangat sesuai didengar ketika pulang dari tempat kerja,memandu di atas highway semasa hujan turun dengan lebat sambil sebelah tangan letak di tepi tingkap.Gaya henco (hensem + macho) orang kata.

Seperti yang aku buat petang semalam.

Awesome.




Thursday, October 27, 2011

From Melaka With Love - 2

Lokasi: Puduraya -> Melaka
Tahun: 2004

Aku turun dari bas dengan pantas.Jam sudah 4.15 petang tak silap aku masa tu.Bas ke Melaka pulak,dalam 4.30 petang.Jadi,aku berharap sangat dapat naik bas 4.30 petang dengan harapan,dapat sampai ke Melaka dalam jam 6.30 petang.Waktu yang ideal untuk ambil rehat sebelum ke kelas besoknya.Ecececece.

Jadi,aku bergegas menuju ke kaunter Transnasional.Lepas berbaris beberapa minit,nasib aku sangat baik,masih ada lagi 2 tempat kosong untuk perjalanan 4.30 petang.Aku tersenyum puas selepas memegang tiket.Aku suka bas Transnasional ni bukan apa,kalau trip ke Melaka,dia takda berhenti mana-mana dah.Terus je ke Melaka.Aku suka.Sesetengah bas,bukan main berhenti rehat dulu.Macam le jauh sangat KL ke Melaka.Ngada-ngada.

Lepas beli tiket,aku berkejar ke platform yang berkaitan.Lepas dapat tiket,baru aku perasan yang aku sangat lapar sebenarnya.Atas bas dari Kedah tadi,aku tido bukan main sampai tak turun makan.Ok,dilema macam ni yang aku benci.

Tiket dah ada di tangan.Perut pulak lapar.Bas nak bertolak jam 4.30.Masa ada lagi tak sampai 5 minit.Nak beli roti? Perut dari jenis keturunan penduduk asal negeri Jelapang Padi macam aku ni,tak berapa nak mesra sangat dengan roti-roti ni.Tak boleh kenyang.Jenis nak pekena nasi jugak.

Jadi,aku berfikiran waras,untuk naik bas dulu,dan,makan di Melaka nanti.Apa sangat la tahan makan 2 jam je kan? Boleh je tidur dalam bas.Janji selamat sampai Melaka.Jadi,setelah yakin dengan pilihan aku,aku bergegas turun tangga platform ke arah bas,dan terus berguling-guling macam tenggiling masuk ke dalam bas.

Selesai aku duduk di 'seat' aku,pintu bas ditutup,dan bas terus bergerak.Gila tepat masa bergerak.Kalau aku beli roti tadi,memang tak sempat naik lah.Aku tersenyum sebab pilihan aku tadi sangat tepat dan hensem.Dah boleh jadi PM dah tak lama lagi kalau aku terus kekal bijak macam ni.

Bas keluar perlahan-lahan dari Puduraya.Perut aku berbunyi-bunyi.Aku belai-belai perut sendiri dengan penuh kasih sayang sambil berharap perut aku faham situasi yang sedang dialami dan dapat lupakan kelaparan serta terus lena.Takjub sekali,tiba-tiba rasa lapar hilang.Aku senyum lagi.Elok bas dah lintas depan Petaling Street,aku dah senget badan nak tido.Elok-elok nak lelap,tiba-tiba aku dapat kejutan yang maha besar.Betul-betul besar punya terkejut.

Ada sorang penumpang di belakang aku,buka kotak KFC.Aku dah cuak.KFC dengan aku, memang ada sejarah yang panjang.Bau KFC mula berlegar di dalam bas.Perut aku yang sudah lena tadi,kembali terjaga.Hidung aku pula,dinodai dengan rakus oleh bau KFC tadi tanpa belas kasihan.Aku pandang ke luar tingkap,bas belum sampai Tol Sungai Besi lagi pun.Melaka masih jauh.

Ok.Cuma bau sahaja.Aku masih cuba bertahan.Harap-harap,orang yang beli KFC tadi tu makan tak la lahap sangat sampai aku boleh dengar.

"Krap! Krap! Krap!" bunyi kunyahan rangup ayam KFC kedengaran dari belakang kerusi.











Aku histeria.


IKEA

Jadi,kenapa kakak tu ber'posing' dengan penuh bergaya di setiap dapur dan bilik tidur yang dia singgah sambil gambarnya diambil oleh rakan-rakan?

IKEA,destinasi perlancongan terbaru anda.


Monday, October 24, 2011

Isnin Yang Champion

Sudah 4 hari aku bekerja di tempat baru.Jadi,pagi tadi ada satu meeting.Meeting pertama aku di company baru.Meeting rutin setiap hari isnin untuk bos melihat 'progress' pekerja sekalian.

Jadi,selaku pekerja baru,dapat menyiapkan satu sistem pada minggu lepas,adalah amat menyenangkan hati.Bila lagi nak tunjuk terer kan? Ye dok?

Jadi,selepas setiap programmer berceloteh menerangkan tugas yang telah mereka siapkan minggu lepas,giliran aku pula tiba.Segala sistem yang dah aku siapkan,terpapar kemas dari projektor ke dinding bilik meeting.

"Good morning everyone." aku mulakan bicara sambil bagi senyuman paling manis.Konpiden bukan main.Mata aku fokus ke skrin projektor di dinding.Bersedia untuk menerangkan sistem yang telah aku siapkan minggu lepas.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Bait kata-kata dah siap disusun di dalam otak.Opismet pun dah bagi tumpuan pada apa yang aku nak cakap.Bos apatah lagi,memang pandang tajam ke arah aku.Setakat pandang tajam,tadahal.Aku tak nebes langsung.

Untuk keyakinan diri,sekali lagi,aku tarik nafas dengan kemas dan tanpa membuang masa,aku terus memulakan ucapan aku penuh bergaya.

Keluar suara itik.










Jahanam.Masa tu la nak kering leher.Masa tu la nak gatal leher.Masa tu la nak keluar suara itik.Kan dah satu bilik gelak.

Hari pertama meeting dah buat hal.

Benci.


Friday, October 21, 2011

Jamil dan Doktor Gigi

Tahun: 1993
Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius

Cikgu kelas belum masuk.Aku habiskan masa aku dengan melukis kartun bodoh di kertas.Budak-budak mula buat bising.Ada yang berlari.Ada yang berborak.Ada yang terjenguk-jenguk di pintu kelas memerhatikan samada cikgu dah datang atau ke belum.

Selaku ketua kelas yang paling hensem di dalam daerah SmallVille,aku tak boleh biarkan benda ini berlaku.Kalau kelas aku bising,nanti awek anak ustazah yang aku berkenan di kelas sebelah kata apa pulak.Ye lah,kalau kelas pun tak boleh nak jaga,macam mana aku nak jaga beliau di masa depan.Dak gitu?

Aku bangun dari tempat duduk.Baru bangun ja,kelas dah senyap semula.Budak-budak yang melilau tadi,semua dah duduk di tempat masing-masing.Semua memahami nampaknya.Bosan betul.Tak sempat bertindak,dah setel masalah.Hebat tak hebat lah.

Elok aku nak duduk,tiba-tiba aku nampak ada nurse melintas kelas aku.Di tangannya ada kad rekod perubatan gigi warna kuning.Ok,baru aku teringat,minggu tersebut,ada pemeriksaan gigi.Benda paling leceh sekali,bila mengenangkan bau getah sarung tangan yang dipakai oleh doktor gigi.Busuk betul.Boleh buat aku muntah.Berapa kali tahun lepas aku termuntah bila doktor gigi masukkan jari dia dalam mulut aku.

Tengah tunggu cikgu datang,tiba-tiba ada nurse masuk dalam kelas aku bawak kad rekod gigi.Tiga orang budak kelas aku dipanggil.Aku tersenyum.Ada yang takut-takut nak keluar.Apa la,check gigi pun takut.Bukan nak bersalin.Aku tersenyum sinis.

Kelas masih kosong.Rasanya cikgu ada mesyuarat.

Sambil buang masa melepak,tiba-tiba,tiga orang budak kelas aku yang dipanggil untuk pemeriksaan gigi tadi,masuk semula ke dalam kelas.Ada yang gigit kapas,ada yang pegang pipi dan ada yang muka sememeh.Kesian betul.Aku tersenyum melihat budak-budak kelas aku yang baru balik dari pemeriksaan gigi tadi.Punya la penakut,sorang-sorang muka pucat.Tergelak aku dibuatnya.

Tidak lama selepas budak-budak tadi masuk,seorang nurse muncul di pintu kelas.Nurse yang tak cantik.Kurang teruja aku dibuatnya.Di tangannya,ada 3 kad rekod pemeriksaan gigi.Dua orang budak kelas aku dipanggil.Aku rasa,macam nama aku dipanggil selepas itu.Firasat aku memang betul selalunya.

"Jamilllll......" nama aku dipanggil oleh nurse tadi dengan lantang dari muka pintu.Betul kan tekaan aku?

Sepi.

"Dia demam nurse..." ujar salah seorang budak kelas sambil menunjukkan ke arah aku yang secara tiba-tiba terbaring lemah di atas simen belakang kelas dengan hanya berbantalkan beg sekolah.Muka aku setting paling sedih.Paling hiba.Paling seksa.Paling sengsara.










Apa? Aku takut check gigi? Ishh....takde lah.

Manada.


Thursday, October 20, 2011

Panggilan Hangit

Pagi tadi,aku dengar Hot FM sambil-sambil datang ke pejabat.Nak jugak tengok sapa yang terkena panggilan hangit.

Pagi tadi,Fara Fauzana,call sorang mamat ni.Fara Fauzana menyamar sebagai seorang 'meenachi'.Mamat tu pulak,apa nama entah.Fakhrul kot.

Mamat ni belajar di politeknik.Jadi,dipendekkan cerita,mamat ni ditipu bahawa,Fara Fuzana sedang mencari pemenang untuk program nyanyian sempena Deepavali.Hadiah akan diberikan jika berjaya.Jadi,mamat tadi disuruh menyanyi sebarang lagu yang dia tahu.Macam audition lah.

Ingat.Dia boleh menyanyikan sebarang lagu yang dia tahu dan yang dia boleh menyanyi.Dalam kepala aku,paling-paling bosan pun,dia boleh tarik memana lagu cintan-cintun.Senang cerita,memana lagu lah yang ada kat dunia ni yang dia pernah dengar hatta melalui radio mahupun di kaca TV atau konsert.

Mamat tadi mula menyanyi.

Jangkaan aku meleset jauh.Dia punya jauh meleset tu,jenis jauh yang betul-betul jauh punya.Lagu yang dia nyanyi pulak tu,jenis lagu yang jenis tak terfikir dek akal aku untuk masuk dalam audition.















Tanpa rasa bersalah,mamat tadi menyanyikan lagu politeknik beliau dengan bersungguh-sungguh.

Jahanam.Pagi-pagi dah buat aku tergelak besar.

Wednesday, October 19, 2011

Benda-Benda yang tak disangka.

Pagi tadi,aku dengar lagu makwe Jastin Biber dalam radio masa ondewei ke pejabat.Macam mana aku tau lagu tu makwe Jastin Biber punya? Sebab DJ radio yang cakap.Beat dia boleh tahan.Sedap.Ingat lagu Lady Gagah dah.

Jadi,kenapa lagu makwe Jastin Biber bermain-main dalam kepala aku tanpa henti sekarang ni.

Runsing.Risau.





Repeat peat! peat! peat! peat! peat!

Ha,tengok.Dah terikut.

Auw.



Tuesday, October 18, 2011

Sepetang bersama Jamil.

Cuaca mendung.Hujan mahu turun.

Aku duduk di tepi tingkap,hirup air panas.Muka pandang ke luar bangunan.

Gila lah.Sebijik macam iklan-iklan di dalam TV.







Hensem.


Friday, October 14, 2011

Iklan yang berjaya buat aku lenguh pipi.


Minit 1:06 hingga 1:20 memang macam jahanam! Hahaha.


Perhatian! Berita Cemas.

"ALBUQUERQUE, N.M. (AP) — A grocery store worker accused of handing out a semen-tainted yogurt sample at an Albuquerque market pleaded guilty Thursday."

Baca selanjutnya di:Yahoo

Untuk yang gemar sangat rasa sample makanan kat pasaraya tu,check betui-betui naaaaa..... (^_-)

Video yang sesuai ada di bawah.Hahaha.





Thursday, October 13, 2011

Natasha Wah Idris



Jika aku mahu tidur sekejap di ruang tamu,aku cuma perlu pasang lagu ini,baring,pejam mata dan hayati suara dan melodinya dengan tenang.

Natasha Wah Idris,suara hang memang terrraa!


Tuesday, October 11, 2011

Hey! =)

Demam.Terbaring di rumah.Comel.

Jangan culik saya.Jangan culik saya.

Hik hik hik...!






*Jamil....stop it please.

Monday, October 10, 2011

Entry Blog Dia Ni Buat Aku Lapar.




Demyu.Hahaha.Ok,boleh baca entry dia yang lain pasal makan.





Wiken yang Wikos.

Aku parking kereta perlahan-lahan.Dah parking hensem-hensem,aku dengan bini keluar.Kereta dikunci.Kami berjalan menuju ke meja makan.Sambil berjalan,aku nampak ada satu keluarga yang sedang makan.4 orang semuanya.Dua dewasa,sorang kanak-kanak perempuan dan sorang bayi.

Sambil melintas keluarga yang sedang makan tadi,aku perasan,kanak-kanak perempuan tadi tak berhenti memandang ke arah aku.Sampai aku duduk di atas kerusi sebelah meja mereka pun,kanak-kanak perempuan tadi,masih tak berhenti memandang aku.Comel budak tu.Ala-ala Mia Sara.Jadi,aku gelarkan dia,Mia Sara jugak.Umur mungkin dalam 3-4 tahun rasanya.Pakaian terjaga,bersih dan comel.Nak kenal macam mana perangai sesebuah keluarga,tengok anak-anak kecil sudah.Kalau anak-anak bersih terjaga,maknanya,keluarga tersebut memang mementingkan kebersihan.Oh,so random.Hahaha.

Lepas aku duduk,dari ekor mata aku,aku nampak dia masih pandang ke arah aku.Selaku lelaki dari jenis baka-baka yang budiman,aku pandang semula ke arahnya,dan bagi senyuman paling manis sambil kenyit sebelah mata kepada Mia Sara.Special punya kenyit.

Mia Sara terus tersipu-sipu,tersengih-sengih tak tentu hala dan tak boleh nak kontrol senyum.Alhamdulillah,Mia Sarah tak pengsan sambil tersenyum.Risau jugak aku dibuatnya kalau jadi macam tu.Sambil menunggu makanan sampai,beberapa kali jugak aku senyum-senyum kepada Mia Sara.Seperti biasa,Mia Sara tersenyum bukan main.Tersipu-sipu.

Masa aku sedang makan pun,ada jugak dia turun dari kerusi,lintas depan meja dan pandang-pandang kepada aku.Lepas aku bagi senyuman dan lambai-lambai mesra,terus dia tersengih-sengih sambil pergi semula ke kerusinya.Comel yarabbi.rasa nak cubit pipi.

"Dia suka tengok orang yang hensem-hensem." tiba-tiba aku terdengar ibu Mia Sara berbisik secara serius sambil senyum kepada suaminya yang sedang makan di meja sebelah.










Hai.Nama saya Jamil.

Saya hensem.



Friday, October 7, 2011

Hiburan Hari Jumaat.



"Adakah kumpulan Max 247 sudah bersediaaaaa???"

"Yeay!!!"

Astagatisma....




Fakta menarik:
*Kasut brader sorang tu,ada sayap.
*Lenguh otot pipi.

Benda-benda yang membodohkan minda.



Aku rasa,orang yang letak tajuk kat video ni,siap bertakbir lagi tu,betul-betul tidak mengenali apakah itu "awan".Entah membe dia yang mana satu le pegi tipu dia ni sampai jadi macam ni.Tapi kalau dia sendiri yang buat,memang tak dapat nak tolong lah.

Mengejutkan betul jika ada orang yang percaya dengan video ni.Haih....tak tahu nak kata apa.Mengejutkan sungguh.Hahahaha! Entah 'foam' dari lori mana yang tercicir ditiup angin,boleh pulak dikatakannya awan.

Astagatisma.....


Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs




Sayonara Steve Jobs.




Sumber gambar: Sini dan sini.