Untuk mengatasi masalah ini, masukkan asam jawa ke dalam sebaldi air dan biarkan seketika. Selepas itu rendamkan kaki anda selama beberapa minit. Lakukanlah tiga kali seminggu. Insyaallah masalah tersebut akan semakin berkurang.
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts
Sunday, 23 January 2011
Tips merawat tumit pecah
Untuk mengatasi masalah ini, masukkan asam jawa ke dalam sebaldi air dan biarkan seketika. Selepas itu rendamkan kaki anda selama beberapa minit. Lakukanlah tiga kali seminggu. Insyaallah masalah tersebut akan semakin berkurang.
Monday, 17 January 2011
Petua atasi makanan melekat semasa menggoreng
Petua dia senang jer dan amat berkesan. Sebelum menggoreng, semasa api telah dipasang dan minyak telah dimasukkan ke dalam kuali, potongkan dua atau tiga biji bawang merah dan masukkan kedalam kuali. Biarkan ia tergoreng sebentar. Apabila minyak telah panas, goreng la ikan atau ayam tu macam biasa. Bawang tu biarkan jer di dalam kuali tu sehingga selesai kerja-kerja menggoreng.
Saturday, 15 January 2011
Petua menghalau lalat
Friday, 14 January 2011
Elak kuku cepat patah
Khususnya kepada yang suka membela kuku panjang dan amnya kepada semua yang pasti mempunyai kuku, tips kali ini adalah tips untuk menguatkan kuku agar tidak mudah patah. Caranya adalah, ambil sebiji bawang putih dan buang kulitnya, potong bawang putih tersebut dan gosokkan bawang putih itu ke atas kuku sekerap mungkin. Sekurang-kurangnya sekali sehari. Cara ini mampu mengukatkan struktur kuku agar ia menjadi lebih kuat dan tidak mudah patah. Ia juga mampu menjadikan kuku bersih dan sihat bersinar.
Thursday, 13 January 2011
Tips wangikan peti sejuk
Sunday, 2 January 2011
Hilangkan jerawat dengan pucuk jambu
Masalah jerawat sering menjadi kegelisahan kepada diri. Golongan yang sering diganggu masalah jerawat ini adalah remaja. Ianya sering mengganggu emosi dan mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Untuk mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan tumbuk hingga halus. Kemudian campurkan bedak sejuk dan ditumbuk dan gaul hingga sebati. Ambil sedikit bahan tadi dan dicampur dengan sedikit ahir dan sapukannya di bahagian muka dan biarkan selama beberapa jam atau boleh juga untuk dibawa tidur. Kemudian basuh muka dan bersihkan. Amalkan petua ini setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang di idamkan. Ianya juga boleh terus diamalkan untuk menjaga kecantikan kulit muka dan menghaluskannya.
Saturday, 1 January 2011
Petua untuk mengelakkan kaki berbau
Sebelum masuk tidur, sapukan kaki anda denganminyak masak yang bersih iaitu yangbelum digunakan. Lakukanlah lebih kurang dua kali seminggu. Insyallah masalah ini akan berkurangan.
Friday, 31 December 2010
Petua menghilangkan urat di kaki

Subscribe to:
Posts (Atom)