Assalamualaikum,
alhamdulillah selepas hampir sebulan menyendiri di blog sendiri berjaya juga masalah blog tak updated ini di selesaikan. Pelbagai cara telah saya lakukan termasuk tukar templet seperti yang
nani rekemen dan juga
ummuaidan berikan dan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat maya saya yang sudi buat posting berkenaan masalah blog
nadia yang banyak membantu dan juga kawan2 yang berikan komen membantu untuk saya selesaikan masalah ini. Syukran Jazilan........
Minggu lepas saya telah pulang ke terengganu untuk urusan majlis pertunangan adik ipar saya. Adik ipar saya ni adalah anak tunggal perempuan dalam keluarga mertua dan no dua dan yang paling bongsu baru lepas SPM. Berikut antara gambar semasa majlis dan juga gambar hantaran yang telah di letak semua barang2 hantaran. untuk cupcake saya tak ambil gambar kerana kesuntukan sama.
Salam sayang dari saya untuk kawan2 semua. :)
Hantaran dari kami untuk pihak lelaki
hantaran coklat
Hantaran kain nikah untuk pihak lelaki
Buah2an.
Sireh junjung yang di gubah dalam masa yang suntuk tak sempat nk fikir style macam mana. main cucuk je.
Bunga Rampai
Tuala.
Qasidah pemberian MIL untuk keluarga mertua.
Hantaran dari pihak lelaki kepada kami
Tunang orang ni tau.....heheh. Tukang makeup adik ipar saya ni terlebih make up adik ipar saya. Jadi saya pun berseloroh cakap RCW (rozita che wan) sebab bulu mata terlampau lebat kekdahnye. haha.......itu pun jenuh kene gelak dengan abang2 dan adik mereka.
Bersama MIL / bakal mak mertua dan tunang adik ipar saya.
Sayang makkk.....~~~ mungkin itu lah yang di cakap oleh adik ipar saya kepada kedua2 mak nye ini. hehe..........
RCW. heheh.......
Gelagat anak dara saya bermain.